RSS

Aku Cakap Tak Nak, Tak Nak, Tak Nak!

28 Aug

Seperti yang dijangka, ramai orang akan terkejut dengan pendirian saya tidak mahu menjadi wartawan bagi televisyen atau surat khabar apabila sudah tamat pengajian nanti.

Baik ibu, teman yang rapat, kawan- kawan dan pensyarah semuanya bertanyakan mengapa saya memilih jalan sedemikian. Ikutkan hati, mahu sahaja saya menyuruh mereka membuka blog saya dan membaca entri bagi merungkai persoalan tersebut.

Antara ramai sahabat yang bertanya, ada seorang sahabat yang saya sempat bertukar pandangan mengenai kerjaya media di Malaysia. Ikuti perbualan kami di bawah.

“Aku tak sangka la kau tak nak jadi wartawan. Yelah, kau ada pengalaman, boleh mengajar orang lagi untuk tulis berita. Dah kira cukup bagus tu,” kata Nurul.

Nak buat macam mana. Hati aku takde untuk menulis kat surat khabar dan TV. Kalau kerja kat sana, mungkin sebab terpaksa. Faham- faham sahajalah macam mana media di Malaysia dikuasai kuasa politik,” saya menjawab ringkas.

Ala, kat mana- mana pun memang media kena kawal dengan kuasa politik beb. Kau jangan duduk meja politik kalau tak nak terlibat dengan politik. Duduk meja education ke, hiburan ke,” Nurul berkata dengan bunyi untuk menyakinkan saya.

“Memanglah, tapi media kat Malaysia ni lain sikitlah. Kalau seorang wartawan menulis tentang politik yang berat sebelah, confirm dapat dosa. Kalau dia belong to one company and benda tak betul tu tersebar, of course semua orang dalam company tu dapat dosa,” saya berkata dengan nada bersungguh- sungguh.

Nurul menyambung, “Alah, setiap orang takkan terlepas daripada buat dosa. Mana ada manusia yang sempurna.”

Saya senyap, terdiam memikirkan kata- kata terakhir Nurul. Kemudian saya bertanya di dalam hati, “Nurul ni tak fikir ke sebelum bercakap?”

Mengapa hati saya terdetik untuk mengeluarkan soalan sebegitu? Jawapan rakan saya itu mencerminkan dia seolah- olah tidak berfikir sebelum mengeluarkan jawapan.

Daripada pemahaman saya, kata- kata beliau memujuk agar saya redha dan menerima takdir bekerja sebagai wartawan walhal pekerjaan tersebut sudah jelas menampakkan ciri- ciri mengundang dosa kalau tidak dipraktiskan secara betul dan profesional.

Dosa kepada Tuhan, merayulah, menangislah, InsyaAllah Tuhan akan ampunkan dosa kita walaupun ia sebanyak buih- buih di lautan. Allah itu Maha Pengampun.

Dosa kepada manusia? Kalau pun orang itu sudah memaafkan kita, ‘parut’ itu masih ada. Boleh dimaafkan tetapi peristiwa itu tidak akan dilupakan sampai bila- bila. Manusia mempunyai emosi dan kadang- kadang emosi memandu keputusan kita.

Kalau menyebarkan maklumat yang salah, meragui, memihak kepada sebelah pihak sahaja dan menyembunyikan kebenaran daripada umum, adakah ia tergolong di dalam kategori berdosa? 
 
Saya sudah membuat pembacaan mengenai profesion wartawan, sedikit kajian, membina jalinan persahabatan dengan wartawan di dunia media, melihat suasana terkini, dahulu dan masa akan datang,

Memang menjadi kebiasaan saya, sebelum saya melakukan sesuatu saya akan mengkaji perkara tersebut habis- habisan. Kalau dahulu saya berkata “YA”, kini hati saya berkata “TIDAK” untuk menjadi wartawan di televisyen dan suratkhabar. Sebelum terjebak di dalam melakukan dosa, lebih baik menjauhkan diri dahulu.

Kepada Nurul, sedarlah apa yang kamu katakan. Berfikir dahulu sebelum bercakap! Jangan kerana satu profesion, hukum agama pun boleh dipandang remeh!

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 28, 2008 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: