RSS

Antibodi Badan Menahan Virus Hujan

29 Aug

Sepanjang lima hari di UIAM, hujan turun mencurah- curah. Begitu juga dengan beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur yang dilaporkan banjir akibat hujan. Bulan lepas, ramalan kaji cuaca menyatakan Malaysia akan mengalami musim panas berpanjangan sehingga September 2008.

Kalau tidak hujan, sudah tentu pagi itu harinya mendung sahaja. Hakikatnya, ia hanya satu ramalan. Ramalan itu sudah pun tersasar daripada apa yang dijangkakan. Hujan turun mencurah- curah dan rakan sebilik saya, Zariff sudah pun demam.

Mengingati peristiwa hujan yang berlaku sepanjang minggu ini, seperti biasa saya akan membonceng motorsikal Zariff untuk ke kuliah dan pesta konvokesyen UIAM. Dan kadang- kadang, hujan turun. Maka, badan kami basah kuyup kerana hujan.

Kalau bukan sebab perut kami lapar, memang kami tidak akan keluar membeli makanan sewaktu hujan sedang turun.

Kata orang, kalau badan sudah bermandikan hujan, eloklah mandi. Kelemahan badan saya ialah saya tidak boleh mandi malam. Paling lewat, kena mandi sebelum Maghrib. Kalau mandi selepas itu, harapan cerah untuk saya mendapat penyakit selesema dan demam.

Sampai sahaja kami di bilik, Zariff terus mencapai tuala dan mandi. Saya? Hanya membiarkan badan kering di bawah kipas dan membasahkan rambut dan badan, itu sahaja.

Tetapi kini beliau sedang demam, saya pula masih dalam keadaan sihat sejahtera. Alhamduillah, mungkin antibodi kami berdua berbeza. Seorang sakit dan seorang lagi sihat.

Melihat keadaan kawan saya ini, teringat saat- saat saya demam beberapa bulan yang lalu. Demam sehingga mengambil masa hampir tiga bulan untuk sembuh. Mengunjungi tiga buah klinik swasta dengan pelbagai jenis ubat sudah ditelan.

Pada ketika itu, saya melihat ayam goreng macam orang melihat emas, hendak makan tidak boleh takut menambah lagi kemudaratan badan. Telan air liur sahaja. Makanan yang boleh dijamah adalah roti dan sup.

Derita ketika itu… Kahak yang sentiasa hendak keluar, batuk yang bertahan selama tiga bulan, cukup perit. Pergi ke mana- mana, gula- gula Hacks mesti ada di dalam poket seluar.

Itulah diri saya sewaktu sakit. Susah hendak ditimpa penyakit tetapi kalau sudah terkena, memang lama untuk sembuh.

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 29, 2008 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: