RSS

Pentingnya 4P

29 Aug

Pada minggu ini, UIAM menyambut majlis konvokesyen yang ke- 24. Di mana- mana institusi pengajian sekalipun, majlis konvokesyen akan diiringi dengan pesta dan gerai- gerai yang menjual pelbagai barangan dan makanan sepanjang tempoh seminggu.

UIAM juga mengadakan pesta konvokesyen yang dinamakan STABAZ 2008 (Stall and Bazaar 2008). Sepanjang seminggu ini, gerai- gerai makanan yang berada di kolej dan kuliyyah hanya dibenarkan buka sehingga pukul 5 atau 7 petang sahaja.

Antara gerai makanan yang menarik perhatian ialah gerai makanan Leha Kel Food. Gerai ini merupakan cawangan daripada sebuah restoran Leha Kel Food di Taman Melati. Harganya boleh tahan, berbaloi dengan servis serta makanan yang diberikan.

Disebabkan restoran ini sudah pun mempunyai nama, maka tanpa rasa gusar saya terus pergi ke gerai itu.

Hairan, hanya empat buah khemah didirikan di kawasan sekitar gerai makanan Leha Kel Food. Lebih kurang pukul 8.45 malam, suasana nampak malap, suram dan ketika saya mengunjungi gerai itu, tiada seorang pun pelanggan di sana.

Lauk- pauk banyak dan nampak menyelerakan, cuma ia nampak macam hendak basi sahaja. Mungkin dimasak di awal pagi, kemudian lauk yang sama juga dijual sehingga ke waktu malam.

Kak, kenapa takde orang ni?” saya tanya dengan nada ingin tahu. Kakak yang menjaga gerai itu hanya memberikan tawar.

Muncul pula seorang lelaki di tepi kakak tadi. “Adik tanya apa tadi?” lelaki ini bertanya kepada saya, muka macam seorang lelaki yang tidak puas hati.

Saya berkata, “Saya tanya kenapa gerai ni takde orang datang? Yelah, saya tau kedai ni ada buka kat Taman Melati. Memang saya tau makanan di kedai ni sedap- sedap. That’s why saya tanya tadi kenapa langsung takde orang.”

Abang ini hanya diam, mungkin tiada jawapan yang beliau boleh balas.

Saya bertanya lagi, “Macam mana bisnes, bang? Laku tak?”

“Memang teruk, tak balik modal langsung. Sewa tapak untuk seminggu RM3000. Apa yang kami dapat tak dapat nak cover modal yang kami keluarkan. Tempat kami ni terlindung daripada pandangan orang, sebab tu orang tak datang,” jawab abang. Kecewa sungguh bunyinya.

Pada malam itu, saya membeli nasi putih, kuah masak lemak, ayam rendang dan beberapa ketul daging daripada gerai Leha Kel Food. Harga semuanya RM6.50. Mahal, tetapi saya rasa mengah apabila makan. Sedap dan terasa berbaloi apa yang saya bayar.

Majoriti pelajar mencari makanan yang banyak dan murah, kesedapan makanan itu perkara kedua. Saya pula mencari makanan yang sedap dan banyak, kalau mahal sekalipun saya sanggup bayar asalkan berbaloi. Itu prinsip saya.

Peristiwa di atas menunjukkan sungguh pun kedai itu sudah mempunyai nama, ia tidak akan berjaya kalau kedudukan tempat berniaga terlindung daripada kawasan orang ramai.

Kalau perniagaan yang saudara uruskan memang terkenal sehingga tidak perlu diperkenalkan lagi, mungkin bisnes saudara akan laku. Jenama seperti KFC dan McDonald memang terkenal di seluruh dunia. Dibuka di mana- mana, InsyaAllah hidup.

Seorang pengusaha perniagaan sepatutnya mempelajari dan memahami dulu siapakah sasaran pelanggan mereka.

Kalau di universiti awam, sudah tentu sasaran pelanggan yang terbesar ialah pelajar universiti, diikuti dengan pekerja pentadbiran dan ahli akademik. Kalau pelajar, mereka menginginkan yang murah dan banyak.

Kalau harga makanan yang saya ambil seperti nasi putih, kuah masak lemak, ayam rendang dan beberapa ketul daging, di dalam kampus baru RM4 atau RM3.50. Jauh beza harga dengan gerai Leha Kel Food. Tetapi kesedapan makanan di dalam kampus tidak mampu mencapai setaraf restoran ini.

Kesimpulannya, gunakanlah prinsip 4P; product, place, price, promotion (Produk, tempat, harga, pemasaran) sebelum memulakan perniagaan. Takut rugi, modal pun hangus.

 
2 Komen

Posted by di Ogos 29, 2008 in Bisnes, Kewangan dan Pengurusan

 

2 responses to “Pentingnya 4P

  1. hartini omar

    Ogos 29, 2008 at 8:33 am

    selamat berpuasa, aliff.. (maaf lari tajuk)

     
  2. writerdruid

    Ogos 29, 2008 at 8:43 am

    Kepada semua, selamat menyambut Ramadan al- Mubarak!

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: