RSS

Roh Patriotisme

31 Aug

Semalam 31 Ogos 2008. Semalam membawa erti Malaysia sudah 51 tahun mencapai kemerdekaan. Sambil memandu, pelbagai lagu bertemakan kemerdekaan berkumandang di corong- corong radio.

Oleh kerana tidak banyak jumlah lagu berorakkan patriotik, maka lagu- lagu tersebut dimainkan berulang- ulang kali. Antara lagu yang saya gemari ialah “Warisan” nyanyian Allahyarham Sudirman.

Apabila diamati setiap baris di dalam lagu itu, memang kita dapat melihat Allahyarham memiliki sifat patriotik kepada negara yang begitu tinggi. Semangatnya boleh dirasa, seolah- olah ‘roh’ beliau ada bersama lagu itu.

Setiap lagu punya sejarah tersendiri. Begitu juga dengan lagu Warisan.

Sewaktu album yang turut memuatkan lagu “Warisan” dan “Tanggal 31 Ogos” siap, Allahyarham telah membawa album tersebut ke studio untuk dijualkan di pasaran.

Pada awalnya, kedua- dua lagu itu ditolak kerana tiada unsur percintaan antara uda dan dara sepertimana intipati lagu- lagu yang sedang popular ketika era itu. Kalau tiada unsur cinta, maka lagu itu tidak akan popular dan ia mampu membuatkan syarikat rakaman menanggung kerugian.

Kalau bukan kerana sikap Allahyarham yang berkeras untuk memuatkan lagu patriotisme itu ke dalam album, agaknya sehingga ke hari ini lagu itu tidak akan mendapat tempat di radio.

Lagu “Tanggal 31 Ogos” sememangnya tidak asing bagi semua kaum di Malaysia. Baik yang kecil, pertengahan usia dan warga emas, boleh dikatakan hampir semua mengenali lagu ini yang mempunyai kaitan rapat dengan kemerdekaan.

Ada sesetengah daripada kita lebih memikirkan keuntungan dan kesenangan sehingga mereka tidak nampak unsur lain yang nyata lebih penting daripada aspek kebendaan.

Nama sahaja penduduk Malaysia, tetapi pemikiran mereka seolah- olah menggambarkan mereka ini penjajah. Hanya berminat kepada harta dan wang semata- mata. Adakah mereka ini merdeka dari sudut pemikiran?

Merdeka itu luas pengertiannya. Bagi setiap orang ia punya makna yang tersendiri dan peristiwa yang meningatkan mereka kepada erti “merdeka”.

Kalau diri sudah merdeka, janganlah pula biarkan minda kita dijajah. Kepada semua, selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke- 51! 

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 31, 2008 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: