RSS

Kawan: Agen Pemasaran atau Menghambakan Saudara?

05 Sep

Adakah saudara berkemahiran melakukan sesuatu pekerjaan yang boleh mendatangkan hasil?

Sesetengah daripada kita tidak menyedari bahawa kita sendiri mempunyai potensi atau kemahiran melakukan sesuatu sehingga ia boleh menjana keuntungan.

Kadang- kadang, mereka yang berada di sekeliling kita seperti ibu bapa, adik- beradik, saudara- mara, rakan- rakan dan jiran tetangga juga tidak perasan bahawa kita boleh membuat duit dengan skil yang kita miliki.

Apa yang lebih mengecewakan, ada juga sesetengah orang yang berkemahiran seperti membaiki komputer, menjadi pengerusi majlis, menyanyi di majlis keramaian dan pelbagai lagi skil yang lain tidak tahu bagaimana ingin menjana pendapatan daripada skil mereka.

Malah, ada di kalangan mereka yang memiliki bakat istimewa ini tidak tahu bagaimana untuk membuat bisnes di kalangan rakan masing- masing.

Contoh yang paling mudah, Azmer mengambil masa hampir seminggu lamanya bagi membaiki sebuah komputer rakan beliau sehingga masa tidur beliau terganggu gara- gara komputer tersebut.

Apabila ditanya, berapakah kos bagi membaiki computer tersebut, dengan selamba beliau menjawab “Alah, kawan- kawan. Kalau dia nak bagi, aku ambil. Kalau tak bagi, aku tak kisah.”

Ini pendapat saya secara peribadi. Apabila kita meminta pertolongan orang yang memiliki kemahiran yang kita tiada, ringankan tangan. Hulurkan sedikit wang atau berikan saguhati di atas pertolongan orang tersebut.

Hanya kerana orang cakap “Tak payah, aku ikhlas” kita pun dengan segera menganggap orang itu tidak mahukan apa- apa sebagai balasan. Seelok- eloknya, berilah sesuatu. Janganlah kedekut.

Kepada saudara yang mempunyai kemahiran, saya mencadangkan agar saudara menukarkan skil tersebut sehingga mampu mendatangkan pulangan dan hasil. Pada masa yang sama, asah dan gilap bakat itu agar saudara benar- benar menguasai bidang itu.

Dari segi caj bayaran, kenakan harga yang berpatutan bersesuaian dengan sasaran pelanggan. Seandainya pelanggan saudara adalah pelajar, janganlah menetapkan kadar harga bagi orang luar pula kepada pelajar.

Kawan merupakan salah satu ejen terpenting bagi memasarkan produk ataupun kemahiran yang kita miliki. Mereka yang pernah menggunakan khidmat saudara dan berpuas hati, sudah tentu akan menyampaikan kepada rakan yang lain.

Semua orang mesti berkawan. Hakikatnya, bisnes ialah bisnes. Janganlah kerana kawan, kita melakukan semua kerja atas nama persahabatan semata- mata. Biarlah kedua- dua pihak mendapat faedah.

Paling penting, jangan membiarkan orang lain menghambakan saudara.

 
 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: