RSS

Transformasi 180 Darjah

10 Sep

So Puteri, apa perkembangan hidup U sekarang?” saya bertanya kepada rakan saya ini yang pernah menjadi Pengacara Majlis bersama ketika di matrik dulu.

“Oh, now I’m attached to one website. Jadi columnist and subeditor. Oklah, dapat RM300++ per month. As student, jadi la. U? How is your writing doing?” soal Puteri seperti ingin tahu.

Muka rakan saya seperti ingin menarik saya untuk bekerja sama dengan beliau di dalam bidang penulisan.

Saya imbas kembali hidup saya sewaktu mula berjinak- jinak dengan bidang penulisan. Pantang mendengar isu berkaitan penulisan dan duit, saya begitu berminat untuk menyertai.

Semasa mula- mula bekerja di Pejabat Perhubungan Awam UIAM (PRO IIUM), kalau dengar event, sedaya- upaya saya akan pergi untuk mendapatkan duit semata- mata.

Walaupun program itu tiada bahan berita untuk ditulis, saya tetap akan pergi sampai sanggup ponteng kelas.

Kerana duit, saya berkhidmat untuk seorang pensyarah demi menyiapkan projek majalah beliau. Hampir setengah tahun saya bekerja secara percuma kepada pensyarah ini. Niat pada asal ingin melakukan amal, akhirnya memakan diri.

Kalau menulis secara percuma dan bekerja pada tahap optimum, saya masih boleh terima. Tetapi, tenaga dan otak saya dikerjakan habis- habisan. Keringat diperah sehingga bermalam di rumah pensyarah, bangun pukul 3 pagi untuk menyiapkan projek itu tetapi hampir setahun kemunculan majalah itu masih dinanti.

Itu semua cerita dulu. Kini, saya berhati- hati apabila menerima sesuatu tugasan. Takut pisang berbuah dua kali. Kalau dulu, saya memandang duit. Duit bersamaan dengan menulis. Menulis bersamaan dengan duit.

Sekarang, saya lebih memandang kepada bahan yang saya hasilkan. Apalah guna kalau dapat duit tetapi bahan yang dihasilkan tiada nilai kepada pembaca?

Menulis di PRO IIUM, kadang- kadang nama saya tidak akan tertera di atas artikel yang saya tulis walaupun saya mendapat upah atas artikel tersebut. Dulu, saya boleh menerima keadaan sebegini.

Lama- kelamaan, saya berpendapat lebih baik menerima penghargaan berupa nama dicetak di atas semua artikel yang saya tulis daripada menerima upah.

Kalau nama saudara terpampang di atas apa yang saudara tulis, ia menjadi bahan bukti untuk dibawa ke mana- mana dan boleh ditunjuk kepada sesiapa sahaja. Berbeza dengan duit, bila- bila masa sahaja boleh habis digunakan.

Benar, penulisan mampu menjana pendapatan berupa duit kalau pandai mengolahnya. Memang benar, manusia memerlukan duit untuk digunakan pada hampir setiap aspek kehidupan.

Namun begitu, nilai duit tidak akan sama sekali setaraf dengan bahan yang mempunyai penghargaan berupa nama saudara di dalamnya.   

 
2 Komen

Posted by di September 10, 2008 in Cerita Teman

 

2 responses to “Transformasi 180 Darjah

  1. littlebursts

    Oktober 9, 2008 at 6:36 am

    Hey Alif =)
    I was looking thru your blog and baru tersedar my name is mentioned here!

    The life of a journalist is never easy, and I hope your bad experiences wont demotivate you because you have potential and passion to pursue the field.

    Hope to see your name in major newspapers and publications in the future! I’ll proudly tell people, “You know the one who wrote this good piece of article? That’s my friend” =)

    – Puteri =)

     
  2. writerdruid

    Oktober 11, 2008 at 8:09 pm

    Thanks Puteri:) Hope one day we’ll be working side by side in writing field. Wish it will comes true:)

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: