RSS

Kawan, Rakan dan Sahabat

13 Sep

Dua minggu yang lalu, saya telah berkunjung ke MPH yang terletak di Mid Valley, Kuala Lumpur. Pergi ke sana bertujuan untuk menambah bahan bagi manuskrip yang saya tulis, membeli buku yang ibu minta dan mendengar ceramah daripada penulis- penulis PTS.

Pada hari tersebut, mentor saya dan seorang rakan yang saya kenali semasa di tahun pertama pengajian di UIAM, Tuan Zamri Mohammad dan Tuan Sharifuddin Sulaiman berhempas- pulas memberikan persembahan terbaik untuk mempromosikan buku mereka.

Mentor saya dengan buku “Mengurus Bos Gaya StreetSmart”  manakala Tuan Syarafuddin dengan dua buah buku beliau bertajuk “Hidup Sebagai Sebuah Akademi” dan “Akademi Kehidupan untuk Remaja Kreatif”.

Semasa program bicara buku itu diadakan, saya tertarik apabila Tuan Syarafuddin mengutarakan konsep kawan, rakan dan sahabat. Apa istimewanya konsep- konsep ini? Ada perbezaankah antara semua ini?

Tuan Syarafuddin berkata, “Bagi saya semua orang ada kawan. Kawan ialah mereka yang kita kenal. Ingat rupa dan nama mereka. Apabila kita terserempak dengan mereka di mana- mana, kita akan saling berbalas salam.”

“Bagi saya, rakan ialah mereka yang selalu dengan kita. Pergi makan bersama, sebilik, keluar bersama, itulah yang saya panggil kawan. Sahabat? Sahabat ialah mereka yang berani menegur kesilapan kita,” kata Syarafuddin.

Beliau menambah sambil mata seolah- olah merenung sesuatu, “Tidak semua orang berani kritik. Yelah, nak jaga hati orang bukan senang. Tetapi saya menganggap sahabat sebagai orang yang sanggup membetulkan kita supaya berada di landasan betul.”

Dalam maknanya, dalam renungan matanya sewaktu membincangkan konsep- konsep ini.

Ada orang mudah melenting apabila kita menegur kesilapan mereka, ada juga yang merajuk kalau ditegur dan ada juga yang masih mengatakan mereka betul walaupun kebenaran menunjukkan mereka sememangnya salah.

Tidak ramai yang boleh menganggap kritikan dan komen membina tapi pedas merupakan satu platform bagi memperbaiki diri bagi menjadi lebih hebat. Dulu, saya juga tidak terkecuali untuk berperasaan sebegitu.  

Setelah agak lama, saya sedar orang lain adalah pemerhati kita. Apa yang kita lakukan, tidak semestinya betul dan tidak semestinya salah. Mungkin apa yang kita rasa betul, sebenarnya ia salah. Apa yang salah, tetapi orang lain menganggap ia betul.

Satu- satunya orang atas dunia ini yang mengetahui sejarah saya di dalam dunia penulisan, ialah mentor saya. Naik dan turun penulisan saya, beliau mengetahui isu itu.

Sewaktu di awal pembabitan, hampir semua komen beliau berbentuk cabaran dan kritikan pedas tapi membina.

Komen beliau yang saya masih ingat sehingga kini ialah kita mesti sentiasa berusaha majukan diri. Apa yang saudara rasakan hebat, sebenarnya mungkin suatu yang biasa di mata orang lain.

Tanamkan semangat sentiasa cabar diri untuk bergerak maju dari semasa ke semasa. Biarlah hari ini lebih baik daripada hari semalam, biarlah hari esok lebih hebat daripada hari ini.

Difikirkan kembali, mudah untuk mendapat kawan dan rakan. Sahabat pula bagaimana? Susah atau senang? 

 
2 Komen

Posted by di September 13, 2008 in Motivasi

 

2 responses to “Kawan, Rakan dan Sahabat

  1. Syigu_Me

    September 15, 2008 at 10:38 am

    Yup,betul tu..

    Sahabat mmg susah nak jumpa…

    terharu la plk..huhu

     
  2. armadrafar

    September 17, 2008 at 7:12 am

    APE ERTI BERKAWAN???
    KITA RAMAI KAWAN TIME KITE SERONOK JER…
    KITA AKAN BERSENDIRIAN DIKALA KITA BERSEDIH DAN BERMASALAH…
    BUKAN NAK KATA APE….
    TP TU LAR HAKIKAT NYA….

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: