RSS

Menguap? Bagaimana….

13 Sep

Hanya tinggal lagi setahun untuk saya menuntut ilmu di Taman Ilmu dan Budi. Sekarang, apabila bangun tidur kena fikir untuk menyiapkan kerja- kerja yang diberikan oleh pensyarah.

Kini, apabila celik mata maka saya akan bersiap untuk pergi ke kelas. Banyak kali ponteng, alamatnya akan menerima “surat cinta” daripada pensyarah. Silap- silap, dilarang memasuki dewan peperiksaan kerana terlalu banyak ponteng.

Perangai saya, seboleh- bolehnya saya akan cuba mengelak daripada mengambil kelas yang bermula pada 8 atau 8.30 pagi. Ini adalah kerana saya takut tidak dapat bangun untuk ke kelas.

Kadang- kadang pergi ke kelas yang bermula pada pukul 10 pagi, 11.30 pagi, 2 petang, 3.30 petang, saya masih mengantuk, menguap berkali- kali di dalam kelas yang hanya sejam setengah.

Apabila seseorang menguap, beerti oksigen tidak sampai sepenuhnya ke otak. Menguap, beerti orang itu mengantuk. Menguap, juga memberi pengertian bahawa seseorang itu kepenatan. Tetapi menguap juga dipengaruhi faktor luaran seperti keadaan sekeliling orang itu.

Contoh keadaan sekeliling ialah suasana di dalam kelas. Minggu lepas, seorang pensyarah memerli kami dengan berkata kebanyakan pelajar menghabiskan masa dengan aktiviti tidak berfaedah di malam hari dan akhirnya mengantuk dan tidur di dalam kelas.

Benar kata- kata itu. Namun beliau lupa mungkin salah satu faktor pelajar mengantuk di dalam kelas adalah kerana pengajarannya yang bosan dan bahan yang disampaikan tidak sesuai dengan pemikiran pelajar.

Perbuatan mengajar sahaja tanpa mengambil kira tahap pemikiran pendengar adalah seumpama penyampai meletakkan diri ala- ala malaikat manakala pendengar adalah orang jahil.

Apabila menyampaikan sesuatu, seorang penyampai harus menyama tarafkan bahan penyampaian dengan sasaran penonton.

Kalau bahan yang disampaikan terlalu tinggi untuk diterima penonton, maka tiada minat untuk mendengar hujah- hujah yang disampaikan. Seterusnya, mereka akan menguap dan tidur.

Alangkah indah kalau berlakunya situasi tolong- menolong di dalam situasi sebegini. Penyampai cuba memahami apa yang sasaran penonton mahukan manakala penonton pula memberikan respons dan mengenepikan perasaan malu untuk bertanya.

Kalau kedua- dua belah pihak saling bekerjasama, suasana akan menjadi interaktif, tidak membosankan dan semua akan mendapat faedah. Sebelah pihak mendapat kepuasan mengajar dan sebelah pihak mendapat ilmu di dalam situasi yang menyeronokkan.

 
Tinggalkan komen

Posted by di September 13, 2008 in Coretan Pelajar

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: