RSS

Pemimpin NATO

18 Sep

Baru- baru ini, pihak Alumni UIAM melancarkan sebuah buku bertajuk “IIUM Silver Jubilee Coffee Table Book”. Buku ini memuatkan program- program penting berlaku sepanjang 25 tahun pembangunan UIAM.

Saya ditugaskan untuk membuat berita mengenai buku ini, maka saya pun pergi ke Pejabat Alumni UIAM setelah diarahkan oleh orang atasan di pejabat (PRO UIAM).

Setibanya di sana, pegawai Pejabat Alumni UIAM memberitahu beliau sudah pun menghantar semua maklumat tentang buku tersebut dua minggu lalu. Saya pun kembali semula ke PRO UIAM.

Lantas saya memberitahu perkara tersebut kepada orang atasan saya. Inilah jawapan beliau dengan muka selamba, langsung tiada rasa bersalah, “Saya dah delete hari tu.”

Bagaimana seorang yang berpangkat penting di dalam sesebuah organisasi boleh membuang maklumat- maklumat penting yang diberikan oleh pihak lain dan diperlukan oleh orang bawahan beliau?

Saudara bekerja di barisan hadapan universiti, sudah tentu saudara adalah orang tengah antara orang luar dan pihak universiti. Adalah menjadi tanggungjawab saudara untuk mempunyai pengetahuan setiap unit dan aktiviti di dalam sebuah organisasi penting.

Tetapi kalau saudara sebagai pemegang maklumat penting, membuang maklumat yang saudara tahu perlu digunakan, adakah saudara layak bekerja di pejabat Perhubungan Awam?

Sia- sia sahaja pegang jawatan besar, tapi perbuatan tidak serupa seperti apa yang termaktub di dalam spesifikasi pekerjaan.

Operasi kerja yang sempurna berlaku apabila ketua bekerjasama dengan orang bawahan, di mana kedua- dua pihak menolong untuk menyenangkan kerja di dalam organisasi pekerjaan.

Ini lain pula yang terjadi. Ketua ini bukan sahaja menyusahkan orang bawahan yang perlu meminta maklumat yang sudah dihantar, tetapi menyusahkan pihak lain sehingga terpaksa membuat kerja dua kali.

Saya malu sahaja sebaik tiba di Pejabat Alumni UIAM. Maklumlah, salah orang lain saya yang kena tanggung. Dengan tiada ucapan maaf yang dipesan kepada saya, bertindak macam seorang raja pula.

Saya yang berstatus pekerja sambilan, sehingga ke hari ini saya masih menyimpan semua maklumat sejak hari pertama saya bekerja di PRO UIAM.

Kajian Prof. George Gallup menyatakan individu yang mempunyai ketokohan seorang pemimpin yang hebat dinilai daripada tiga aspek utama iaitu 50% personaliti, 35% ilmu yang dimiliki dan hanya 15% sahaja jawatan.

Kalau jawatan besar, ilmu penuh di dada tetapi personaliti tiada, orang bawahan dan orang luar tidak akan menghormati saudara. Saya panggil bos sebegini pemimpin NATO ( No Action Talk Only). Tiada perbuatan, hanya cakap sahaja pandai. 

 
1 Komen

Posted by di September 18, 2008 in Dari Kamar Office

 

One response to “Pemimpin NATO

  1. aliman

    September 18, 2008 at 6:34 pm

    Macam manalah desain buku itu ya? Hendak pergi tengok nanti.

    ZAMRI MOHAMAD
    http://www.zamrimohamad.com

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: