RSS

Merangkak Seorang Pengulas Buku

19 Sep

Kau dah buka emel tak hari ni?” Abang Roslan (bertugas sebagai Eksekutif PR di syarikat PTS Publications and Distributors) bertanya kepada saya.

“Belum bang. Kenapa?” saya bertanya.

“Media seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo dan Harian Metro memang mencari pengulas buku. Banyak orang tak tahu tentang benda ni,” beliau menjawab.

Saya mendengar dengan penuh minat.

“Abang ada hantar sedikit maklumat tentang pengulas buku. Kat situ, ada letak berapa bilangan patah perkataan yang perlu ditulis, macam mana nak claim duit, upah untuk setiap bahagian… Senang cerita kau buka, baca nanti la,” kata Abang Roslan.

“Buku yang kita nak ulas, semua buku PTS la ye?” saya tanya.

“Haah. Buku ni kami beri free. Tapi eloklah kau buat homework sikit. Study konsep suratkhabar tu. Biar buku yang kau ulas sesuai dengan tajuk yang dibincangkan di akhbar tu pada minggu tersebut,” jawab Abang Roslan.

Saya tanya lagi, “Kalau ulasan buku tak keluar, kena pulangkan balik ke buku tu bang?”

Eh, tak. Kalau minat, abang boleh bagi alamat wartawan- wartawan yang in- charge benda ni,” kata Abang Roslan. Lega hati saya mendengarnya.

Rasa tamak pula. Tapi kalau peluang ini saya gunakan, apa salahnya? Saya sudah merasa jadi penulis untuk buletin kolej kediaman, bekerja sebagai penulis berita untuk sebuah organisasi di dalam kampus, kemudian saya menulis di blog pula.

Kini saya sedang berusaha untuk menyiapkan dua buah buku. Dalam erti kata lain, saya sedang berlari untuk mencapai status seorang penulis buku. 

Jadi pengulas buku, bila lagi? Tunggu pengalaman? Tunggu ilmu cukup baru hendak bermula? Kalau begitu sampai bila- bila takkan jadi pengulas buku. Pepatah Inggeris berbunyi “Journey of thousand miles begins with a single step.”

Maka saya mengambil langkah berani meminta sebuah buku daripad Abang Roslan untuk diulas. Biasalah kerja yang dilakukan kali pertama, setelah dua minggu saya menerima buku tersebut barulah ulasan tersebut dihantar kepada media.

Saya sudah mencari buku- buku yang dapat memberi tunjuk ajar di dalam membuat ulasan buku, namun hampa. Saya tidak menemui buku tersebut.

Jadi caranya adalah dengan membuka laman- laman web atau blog- blog yang memaparkan kritikan dan ulasan pelbagai buku. Malah, saya mengaplikasi konsep lihat akhbar dan belajar cara pengolahan penulis- penulis mengulas buku.

Walaupun dua strategi digunakan, apabila saya amati kembali ulasan buku yang saya hantar kepada akhbar rasa seperti tiada bahan penarik yang kuat untuk membuat orang membaca.

Nampaknya, masih banyak lagi yang saya perlu pelajari. Doakanlah semoga ulasan buku tersebut disiarkan.

 
Tinggalkan komen

Posted by di September 19, 2008 in Kisah Hidup, Penulisan

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: