RSS

Pelajar dan Kerja Part- Time

23 Sep

Baru- baru ini, saya menggunakan Yahoo Messenger (YM) dan tidak sangka, saya bertemu seorang kenalan lama yang sama- sama belajar di sekolah sama dengan saya lima tahun lalu.

Nama beliau Elya Ali, kini berada di Australia melanjutkan pelajaran di dalam Ijazah Pentadbiran Bisnes (Pengiklanan). Nama pun kawan lama, satu sekolah, dari pukul 1 pagi sehingga pukul 4 pagi kami berbual.

Antara topik yang dibincangkan ialah kehidupan masing- masing pada masa kini. Kalau saya sibuk bercerita kehidupan saya sebagai penulis, beliau pula sibuk bercerita kehidupan sehari beliau yang dibahagikan kepada tiga fasa.

Tidak sangka, ingat pergi belajar ke luar negara semuanya indah belaka. Rupanya tidak semua orang merasa keindahan itu. Kalau nama pun sudah pergi belajar di rantau orang, pasti ada pengalaman pahit yang terpaksa ditelan.

Sewaktu di zaman persekolahan, Elya boleh dikategorikan sebagai seorang pelajar taraf sederhana sahaja. Meluangkan masa bersama kawan- kawan di kedai mamak, restoran dan berlatih muzik, itulah perkara yang biasa dilakukan pada lima tahun yang lalu.

Sekarang, pada waktu pagi beliau akan pergi ke kelas seperti pelajar lain. Pada waktu petang pula, rakan saya ini akan melakukan kerja sambilan di mana beliau akan terlibat bersama tiga orang lagi rakan kongsi bekerja seperti staf di organisasi perhubungan awam.

Kerja mereka ialah menguruskan program kebajikan yang diadakan sekitar universiti beliau. Kerja mereka meliputi mencari orang, membuat promosi, pendek kata, bekerja supaya sesebuah program berjaya dari awal hingga ke akhir.

Di sebelah malam pula, Elya akan bekerja sebagai seorang janitor (tukang bersih/ cleaner). Kalau sebahagian rakyat Malaysia memandang rendah  pekerjaan seorang cleaner, hidup di rantauan memaksa seseorang untuk melakukan kerja- kerja berat dan dipandang rendah oleh orang lain asalkan ia mampu menampung hidup.

Kedua- dua pekerjaan ini boleh dikategorikan sebagai pekerjaan sambilan, pekerjaan separuh masa. Itu cerita pelajar yang belajar di luar negara, ada juga pelajar Malaysia yang pergi belajar di perantauan yang hidup senang- lenang sehingga terkandas di pertengahan jalan.

Cerita yang sama juga terjadi kepada pelajar yang belajar di dalam negara. Namun ada sesuatu yang ketara yang saya lihat antara pelajar di rantau orang dan pelajar di negara sendiri di dalam melakukan kerja sambilan.  

Kalau di luar negara, boleh dikatakan pelajar Malaysia bekerja bermati- matian untuk mendapatkan duit bagi menampung kos belajar dan hidup di sana. Perkara sebaliknya berlaku bagi pelajar Malaysia yang belajar di dalam negara.

Saya melihat segelintir pelajar yang belajar di dalam Negara pada masa yang sama melakukan kerja sambilan, biasanya tidak bertahan lama. Ibarat melepaskan batuk di tangga sahaja.

Buat kerja dengan tidak meletakkan fokus maksima, akhirnya tidak sampai setengah tahun sudah berhenti.

Ditanya kenapa berhenti, pelbagai alasan popular keluar dari mulut. Antaranya, kerja hanya untuk kumpul duit bagi mencapai sesuatu dalam masa terdekat, hendak dulukan pelajaran, mahu terlibat dengan aktiviti pelajar dan hanya ikut kawan.

Ini antara cerita yang bakal saya muatkan di dalam manuskrip kedua, InsyaAllah. Semua ini hanya cerita permulaan.  

 
4 Komen

Posted by di September 23, 2008 in Cerita Teman, Kisah Hidup

 

4 responses to “Pelajar dan Kerja Part- Time

  1. Jai

    Oktober 2, 2008 at 5:21 pm

    Assalamualaikum Aliff! Selamat hari Raya Maaf zahir dan Batin! Bile Free? Jom datang tempat kerja aku! Lalalala…

     
  2. Abdul Latip

    Oktober 9, 2008 at 3:27 pm

    Assalamualaikum

    Selamat Hari Raya Aidilfitri. Terima kasih kerana sudi membaca Sultan Muhamad al fateh.

     
  3. writerdruid

    Oktober 11, 2008 at 8:06 pm

    Selamat Hari Raya Aidilfitri Tuan Abdul LAtip! Terima kasih kerana mengunjungi blog saya!

     
  4. Part Time Students

    Disember 22, 2008 at 7:11 pm

    Wah..
    menarik cerita ni..
    Pelajar dengan part time job..
    Betul juga tu, duduk di negara org,
    tak semuanya indah belaka..huhu

    Adios.
    Part Time Students

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: