RSS

Monthly Archives: Oktober 2008

CGPA… Oh PGNK…

CGPA (Cumulative Grade Point Average) atau PGNK (Poin Gred Nilai Kumulatif) merupakan sistem keputusan pemarkahan yang digunapakai di semua institut pengajian tinggi, awam serta swasta.

Setiap kali apabila seorang pelajar baru sahaja menjejakkan kaki di kampus, maka beliau akan ditarbiyah oleh pihak pentadbiran akan pentingnya mendapat CGPA atau PGNK yang tinggi. Setiap semester, pasti pelajar- pelajar akan berusaha bersungguh- sungguh untuk mendapat atau mengekalkan CGPA/ PGNK yang tinggi.

PGNK/ CGPA yang baik ialah dari tangga 3.00 sehingga 4.00. Bagaimana pula nasib pelajar- pelajar yang mendapat PGNK/ CGPA di bawah 3.00? Ada sesetengah pelajar tidak berani memberitahu keputusan sebenar kerana malu dengan kawan- kawan.

Malah, ada juga pelajar berasa gusar untuk meminta kerja kerana PGNK/ CGPA mereka berada di tahap sederhana sahaja. Seperti kebiasaan, syarikat- syarikat besar hanya berminat untuk mengambil pelajar- pelajar yang mendapat keputusan yang baik sahaja tanpa mengambil kira nilai serta sikap bakal pekerja mereka.

Isu CGPA/ PGNK ini sememangnya penting tetapi masih ramai orang tidak mengerti kesan CGPA/ PGNK selepas tamat pengajian. Saya harap artikel ini dapat melegakan hati pelajar- pelajar yang mempunyai CGPA/ PGNK pada taraf sederhana. Read the rest of this entry »

Advertisements
 
13 Komen

Posted by di Oktober 31, 2008 in Kisah Hidup, Motivasi

 

Orang Dalam

Pernah dengar perkataan “orang dalam”, “kabel”? Dua perkataan yang mempunyai makna yang hampir sama iaitu mempunyai kenalan di dalam sesebuah organisasi yang mempunyai potensi untuk menolong kita.

Tidak kira untuk mendapatkan projek besar, untuk melayakkan diri memasuki universiti, mendapatkan sesuatu pekerjaan, ada sesetengah orang menggunakan “orang dalam” untuk mencapai hajat masing- masing.

Apabila difikirkan, kadang- kadang perkara mustahil pun boleh menjadi kenyataan dengan adanya “orang dalam”. Suatu masa dulu, saya tidak suka perkataan “orang dalam”.

Bagi saya, orang yang menggunakan “orang dalam” seolah- olah terdesak sehingga menggunakan orang lain untuk mencapai matlamat tertentu.

Secara tidak langsung, ia seperti menunjukkan mereka seperti bermain kotor pula. Namun, semakin saya meningkat dewasa saya semakin memahami apa itu konsep “orang dalam” dan fungsinya supaya ia tidak menjadi satu perbuatan hina yang bakal menjadi bahan mengumpat orang ramai suatu hari nanti. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Oktober 29, 2008 in Kisah Hidup

 

Nak Buang Air Baru Nak Korek Lubang

Agak lama saya tidak mengemaskini blog ini. Terikat dengan ujian di kampus, pelbagai projek yang perlu disiapkan, dengan kerja- kerja pembentangan yang perlu dilakukan, komitmen kepada buku pertama dan buku kedua juga perlu dijaga.

Makin membesar, makin banyak kerja, makin besar tanggungjawab yang harus dipikul. Lagi banyak kerja yang harus dilakukan, lagi banyak tekanan yang bakal menimpa.

Perangai buruk yang saya sedang cuba untuk atasi sekarang ialah sikap yang suka bertangguh. Sudahlah kerja banyak, lagi hendak bertangguh- tangguh kerja. Setiap kali saya menerima sesuatu tugasan, itulah azam saya. Tidak mahu bertangguh. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Oktober 26, 2008 in Kisah Hidup

 

Pekerja “Bintang” Lari

Baru- baru ini, seorang pensyarah dari Jabatan Komunikasi Media di salah satu universiti ternama meletakkan jawatan. Apabila saya selidik, salah satu sumber yang boleh dipercayai mengatakan pensyarah yang bertaraf “Prof. Madya” itu berhenti atas sebab- sebab kesihatan.

Sumber itu menambah pihak atasan yang tidak “menjaga” pensyarah ini sebaik mungkin, antara faktor- faktor yang membuatkan pensyarah ini meletakkan jawatan.

Saya bukan hendak menuduh pihak atasan universiti itu tidak pandai menjaga orang bawahan, tetapi selepas melakukan pemerhatian di jabatan tersebut, saya yakin pihak pentadbiran organisasi itu memang tidak tahu “menjaga” pekerja. Read the rest of this entry »

 
3 Komen

Posted by di Oktober 10, 2008 in Dari Kamar Office

 

Budaya Raya di Malaysia

Selamat Hari Raya! Rasanya masih tidak terlambat untuk saya menungkapkan kata- kata keramat itu walaupun Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Rabu minggu lepas.

Apabila saya menemui rakan- rakan, ucapan “Selamat Hari Raya” diungkap dan dibalas antara kami. 

Kalau di Malaysia, kitalah yang akan berkata, “Puasa sebulan, raya pun sebulan!” Dalam erti kata lain, dalam sepanjang bulan Syawal amalan kunjung- mengunjungi rumah saudara- mara dan sahabat- handai dilakukan selagi bulan Syawal tidak habis. Bagi saya, inilah budaya masyarakat Malaysia. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Oktober 10, 2008 in Kisah Hidup