RSS

Budaya Raya di Malaysia

10 Oct

Selamat Hari Raya! Rasanya masih tidak terlambat untuk saya menungkapkan kata- kata keramat itu walaupun Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Rabu minggu lepas.

Apabila saya menemui rakan- rakan, ucapan “Selamat Hari Raya” diungkap dan dibalas antara kami. 

Kalau di Malaysia, kitalah yang akan berkata, “Puasa sebulan, raya pun sebulan!” Dalam erti kata lain, dalam sepanjang bulan Syawal amalan kunjung- mengunjungi rumah saudara- mara dan sahabat- handai dilakukan selagi bulan Syawal tidak habis. Bagi saya, inilah budaya masyarakat Malaysia. 

Kalau di Arab Saudi, terutamanya di Mekah… Pada hari pertama Syawal sahaja amalan kunjung- mengunjungi rumah saudara dan rakan- rakan diamalkan. Pada hari kedua Syawal, rakyat di sana sudah memulakan puasa sunat di bulan Syawal.

Sehinggakan kalau saudara berada di sana pada hari kedua Aidilfitri, saudara tidak akan rasa hari tersebut adalah hari raya.

Di Malaysia, apabila pengumuman mengenai tarikh hari raya dikeluarkan maka surau dan masjid sibuk bertakbir selepas solat Isyak sehingga lewat malam. Habis sahaja bertakbir di masjid atau surau, maka jemaah akan memulakan ekspedisi bertakbir dari rumah ke rumah. 

Di Arab Saudi, tiada suasana begini. Tiada takbir raya, baik selepas pengumuman hari raya, sebelum solat sunat di pagi raya ataupun selepas solat tersebut.

Namun ada satu fenomena yang membuatkan saya rasa sedikit pelik. Apabila Hari Raya tiba, hari tersebut diraikan dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran kepada Allah SWT kerana berjaya menunaikan salah satu rukun Islam.  

Tetapi ada orang di Malaysia yang menyambut kedatangan bulan Syawal dengan rasa sedih dahulu sebelum mereka bergembira dengan teman dan saudara- mara. Sebagai contoh, rata- rata orang yang bertakbir di masjid dalam suara yang sayu dan sedih.

Mengapa keadaan sedemikian rupa? Pendapat saya, bulan Ramadan bakal melabuhkan tirainya dan digantikan dengan bulan Syawal. Pahala dan rahmat di dalam bulan Ramadan tidak dapat diperolehi di dalam bulan- bulan Islam yang lain.

Aidilfitri ialah hari kemenangan umat Islam, ia patut disambut dengan kegembiraan dan kesyukuran bukannya ditangisi pemergiannya. Setiap bulan di dalam kalendar Islam mempunyai kelebihan dan sejarah tersendiri yang terpulang kepada kita untuk sama- sama berfikir nikmat- Nya.

Apa yang pasti, hanya roh- roh orang yang telah meninggal dunia akan bersedih apabila bulan Ramadan kian berakhir kerana seksaan ke atas mereka akan disambung kembali.

Mungkin ada budaya di Malaysia yang kita perlu sama- sama ubah. Wallahualam…

 
Tinggalkan komen

Posted by di Oktober 10, 2008 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: