RSS

Pekerja “Bintang” Lari

10 Oct

Baru- baru ini, seorang pensyarah dari Jabatan Komunikasi Media di salah satu universiti ternama meletakkan jawatan. Apabila saya selidik, salah satu sumber yang boleh dipercayai mengatakan pensyarah yang bertaraf “Prof. Madya” itu berhenti atas sebab- sebab kesihatan.

Sumber itu menambah pihak atasan yang tidak “menjaga” pensyarah ini sebaik mungkin, antara faktor- faktor yang membuatkan pensyarah ini meletakkan jawatan.

Saya bukan hendak menuduh pihak atasan universiti itu tidak pandai menjaga orang bawahan, tetapi selepas melakukan pemerhatian di jabatan tersebut, saya yakin pihak pentadbiran organisasi itu memang tidak tahu “menjaga” pekerja.

Apabila saya pergi ke jabatan tersebut, tempat pertama yang saya lawat ialah bilik- bilik pensyarah. Ternyata, kebanyakan bilik pensyarah kosong, tiada orang. Saya bertanya pula kepada rakan- rakan di universiti itu, mereka mengatakan sesetengah bilik pensyarah yang kosong sepatutnya sudah berpenghuni.

Dengar kata sesetengah pensyarah yang pergi menyambung pengajian tidak mahu berkhidmat di kampus itu lagi kerana menerima tawaran yang lebih baik daripada pihak lain.

Situasi ini membuatkan saya terfikir… Kalau penyaing saudara mampu menjanjikan tawaran yang lebih hebat daripada saudara, saudara pula berada di dalam keadaan serba kekurangan, maka saudara patut mengambil langkah yang murah tetapi mampu memberikan momentum yang kuat untuk satu jangka masa panjang.  

Langkah itu saya panggil “menjaga” orang bawahan. Ramai di antara kita fokus untuk menjaga dan menarik hati pelanggan tetapi kita lupa menjaga hati orang bawahan. Orang bawahan juga adalah manusia seperti pelanggan dan diri kita sendiri, mereka juga punya perasaan dan hati yang perlu dijaga sebaik mungkin.

Apabila seorang pekerja bertaraf cemerlang, berkualiti, mengharumkan nama organisasi meletakkan jawatan, orang luar akan mula bercakap sesuatu yang buruk mengenai kepimpinan syarikat tersebut. Secara tidak langsung, imej syarikat juga akan tercemar.

Kajian yang dilakukan mendapati lebih daripada 40 peratus pekerja yang berhenti kerja kerana sumbangan mereka tidak dihargai.

Apabila seorang pekerja yang cekap berhenti, syarikat itu terpaksa merekrut pekerja baru bagi mengganti tempat pekerja tersebut. Latihan yang sama perlu diberikan. Ini akan meningkatkan kos operasi.

Dr. Aubrey C. Daniels (2003), pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif firma perundingan pengurusan Aubrey Daniels& Associates (ADA), dalam artikelnya bertajuk “How to Prevent Employee Turnover” menyatakan tiga sebab kukuh mengapa pekerja yang cemerlang meninggalkan syarikat.

Kurang dan lemahnya penghargaan bos kepada pekerjanya,tidak berlaku adil dalam memberi ganjaran dan bos merasakan dia berjaya mewujudkan persekitaran kerja yang positif. Namun sebenarnya bos itu syok sendiri. Hakikatnya bos yang terlalu menekankan aspek pengukuhan positif terlupa untuk memberikan aspek pengukuhan negatif seperti denda kepada berprestasi rendah.

Lama- kelamaan, isu pilih kasih timbul dan ini bakal membuatkan pekerja memasang niat untuk meninggalkan organisasi.    

 
3 Komen

Posted by di Oktober 10, 2008 in Dari Kamar Office

 

3 responses to “Pekerja “Bintang” Lari

  1. sean dexter

    Oktober 11, 2008 at 6:01 am

    Assalamualaikum,

    Saudara pengarang , saya setuju dengan saudara bahawa “Saya bukan hendak menuduh pihak atasan universiti itu tidak pandai menjaga orang bawahan, tetapi selepas melakukan pemerhatian di jabatan tersebut, saya yakin pihak pentadbiran organisasi itu memang tidak tahu “menjaga” pekerja.”

    Kerana pihak pentadbiran (Jika dilihat sejak akhir- akhir ini, kerap melakukan pembaziran, lebih- lebih lagi setelah pihak pentadbir menukarkan songkok kepada mortar board dalam sambutan konvo yang berlangsung beberapa bulan yang lalu).

    Kalau mengikut pengalaman kawan- kawan (Secara spesifik, mereka layak menerima zakat), wang saku sebanyak RM 800 untuk satu semester normal umpama telur dihujung tanduk kalau dibandingkan ketika kami berada di kampus matrik UIAM di Petaling Jaya.

    Pada tanggapan saya, pihak pentadbir umpama vakum yang hanya bijak menyedut wang pelajar tetapi setalah wang kami diambil, kebajikan pelajar dan juga pekerja UIAM diabaikan.

    Saudara, pensyarah yang saudara mungkin maksudkan adalah pensyarah yang paling baik yang saya pernah jumpa. Keupayaan pihak pentadbir untuk memberi kebajikan boleh dianggap sebagai OBSOLETE yang mana selayaknya di humban saja ke dalam sungai…..

     
  2. ciklee

    Oktober 16, 2008 at 9:30 am

    Saudara pengarang,

    Suasana di atas bukan hanya berlaku dalam institusi pendidikan, malah mana-mana institusi pekerjaan sekalipun. Kebanyakan organisasi hanya memandang mereka yang setia dan berkelayakan sebelah mata sahaja. Yang rata-rata ditatang adalah mereka yang pandai merapu dan pandai berkipas. Yang nyatanya, itu lah fakta bukannya teori.

     
  3. razif

    Mei 29, 2009 at 2:17 am

    saya amat bersetuju dengan ciklee.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: