RSS

Nak Buang Air Baru Nak Korek Lubang

26 Oct

Agak lama saya tidak mengemaskini blog ini. Terikat dengan ujian di kampus, pelbagai projek yang perlu disiapkan, dengan kerja- kerja pembentangan yang perlu dilakukan, komitmen kepada buku pertama dan buku kedua juga perlu dijaga.

Makin membesar, makin banyak kerja, makin besar tanggungjawab yang harus dipikul. Lagi banyak kerja yang harus dilakukan, lagi banyak tekanan yang bakal menimpa.

Perangai buruk yang saya sedang cuba untuk atasi sekarang ialah sikap yang suka bertangguh. Sudahlah kerja banyak, lagi hendak bertangguh- tangguh kerja. Setiap kali saya menerima sesuatu tugasan, itulah azam saya. Tidak mahu bertangguh.

Tetapi azam tinggal azam, harapan tinggal harapan. Kalau ada tugasan yang perlu disiapkan saya pasti akan membawa balik tugasan tersebut ke rumah untuk disiapkan. Namun apabila tiba di rumah, tugasan tersebut masih tidak dilakukan, hanya menjadi satu beban di dalam beg yang digalas.

Hendak kata membuang masa di rumah, tidak juga. Ibu benar- benar menjaga kami berlima dengan baik. Kalau keluar rumah, kena pulang sebelum waktu Maghrib. Kalau hendak guna kereta ibu, seorang adik kena ikut. Rasa macam jadi Mr. Cinderella pula.

Benar kata orang, kalau ada di rumah susah hendak buat kerja. Beberapa orang rakan saya yang tinggal berdekatan dengan UIAM mengaku mereka tidak boleh belajar kalau tinggal di rumah.

Dalam erti kata lain, pelajar- pelajar ini sanggup menghabiskan RM420 untuk yuran kolej kediaman supaya pelajaran tidak terganggu.

Ada sesetengah orang sengaja menangguhkan kerja. Kata mereka kerja di saat- saat terakhir berkualiti kerana kerja di saat- saat terdesak mampu membuatkan idea bernas datang bertalu- talu. Saya pun tidak tahu mana datangnya teori yang mereka cipta ini.

Sama ada kerja dilakukan dengan secepat yang mungkin atau dilakukan pada saat- saat akhir, terpulang. Setiap perbuatan mempunyai faedah dan risiko yang perlu dihadapi.

Seandainya seseorang itu bijak memanipulasi keadaan persekitaran, tidak mustahil beliau mampu memperoleh kejayaan walaupun kerja disiapkan di saat- saat akhir.

Seorang yang bijak juga adalah seorang yang mampu mengubah masalah menjadi satu peluang.

 
Tinggalkan komen

Posted by di Oktober 26, 2008 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: