RSS

Orang Dalam

29 Oct

Pernah dengar perkataan “orang dalam”, “kabel”? Dua perkataan yang mempunyai makna yang hampir sama iaitu mempunyai kenalan di dalam sesebuah organisasi yang mempunyai potensi untuk menolong kita.

Tidak kira untuk mendapatkan projek besar, untuk melayakkan diri memasuki universiti, mendapatkan sesuatu pekerjaan, ada sesetengah orang menggunakan “orang dalam” untuk mencapai hajat masing- masing.

Apabila difikirkan, kadang- kadang perkara mustahil pun boleh menjadi kenyataan dengan adanya “orang dalam”. Suatu masa dulu, saya tidak suka perkataan “orang dalam”.

Bagi saya, orang yang menggunakan “orang dalam” seolah- olah terdesak sehingga menggunakan orang lain untuk mencapai matlamat tertentu.

Secara tidak langsung, ia seperti menunjukkan mereka seperti bermain kotor pula. Namun, semakin saya meningkat dewasa saya semakin memahami apa itu konsep “orang dalam” dan fungsinya supaya ia tidak menjadi satu perbuatan hina yang bakal menjadi bahan mengumpat orang ramai suatu hari nanti.

Menggalas tugas sebagai seorang Pencari Berita di PRO UIAM, membuatkan saya terfikir ada sesetengah situasi kita memang memerlukan bantuan orang luar. Sebagai contoh, untuk mendapatkan sesuatu bahan berita ia mempunyai kaitan antara satu pihak dengan satu pihak yang lain. Oleh itu, memang perlu saya menjaga tingkah laku dan tutur kata.

Ibu berpesan, buat baik dengan semua orang walaupun kita tidak suka orang itu. Ada kebenarannya kata- kata tersebut. Kita tidak tahu kita mungkin memerlukan pertolongan seseorang nanti. Hidup di dunia ini perlunya sifat tolong- menolong

Buat baik dengan orang lain, mampu membuka hati orang itu untuk menolong kita suatu hari nanti. Seandainya orang itu tidak membantu kita, Tuhan pasti akan membuka hati orang lain untuk menolong kita.

Tetapi ada juga syarat- syarat sekiranya ingin meminta “orang dalam” melakukan sesuatu. Kalau menghulurkan duit, ia boleh dianggap rasuah.

Hakikatnya, kalau kita ingin meminta pertolongan orang untuk mendapatkan sesuatu, kita mesti buktikan bahawa kita mampu melakukan dan menunjukkan yang kita tidak akan menghampakan orang lain.

Apa gunanya kenal “orang dalam” tetapi kita tidak mempunyai sesuatu untuk dibanggakan? “Orang yang kita perlukan pertolongan juga berasa gusar untuk menolong. 

Di sini menunjukkan perlunya hubungan baik dengan semua orang. Mengukuhkan persaudaraan dan persahabatan biasanya memberikan keuntungan bagi kedua- dua belah pihak. Di mana- mana sekalipun, sememangnya wujud unsur “orang dalam”, nepotisme dan kronisme.

Ia bergantung kepada diri sendiri sejauh mana kita mampu mengolahnya menjadi satu aspek untuk mencapai kejayaan, InsyaAllah.

 
Tinggalkan komen

Posted by di Oktober 29, 2008 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: