RSS

Monthly Archives: November 2008

Pengajaran Manuskrip Pertama

Setelah berhempas- pulas mencari dan memerah otak bagi mencari idea untuk mengembangkan cerita yang pendek daripada 3 muka surat menjadi sebuah cerita panjang yang mempunyai 5 sehingga 6 muka surat, akhirnya siap juga manuskrip saya yang pertama.

Jumlah cerita yang diminta oleh PTS Islamika adalah 31 buah cerita. Namun setelah melalui proses suntingan, ada beberapa buah cerita terpaksa ditolak kerana cerita tersebut sudah digunakan oleh penulis lain, ia lebih kepada memberi peringatan dan cerita tersebut memang tidak boleh dikembangkan lagi.

Buat, buat dan buat, akhirnya saya telah menyiapkan 43 buah cerita untuk PTS Islamika. Ada tujuh buah cerita terpaksa ditolak kerana mempunyai ciri- ciri sebuah cerita seperti yang saya sebut di atas. Banyak benda baru yang saya pelajari di dalam menyiapkan manuskrip ini. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di November 27, 2008 in Kisah Hidup, Penulisan

 

Selamat Hari Lahir ke- 22, Aliff

Pada hari Sabtu yang lalu, genaplah usia saya 22 tahun dan menyambut hari lahir pada November 22. Tidak sangka, tahun ini menyambut hari lahir pada angka yang cantik.  Kepada mereka yang menghantar SMS, emel dan apa juga bahan yang bertujuan untuk memberitahu 22 November adalah hari lahir saya, terima kasih!

Hadiah apa yang saya dapat? Setakat ucapan daripada keluarga, orang tersayang dan rakan- rakan sudah cukup memadai untuk membuat saya tersenyum seorang diri.

Beberapa hari kemudian, saya menatap wajah seorang pelakon muda yang namanya sedang meningkat naik, Diana Danielle di dalam surat khabar Harian Metro. Tidak sangka, beliau juga menyambut hari lahir pada 22 November.

Bezanya antara beliau dan saya, beliau menyambut hari lahir di dalam satu majlis gilang- gemilang sehingga wakil media dijemput hadir untuk meraikan hari jadi beliau.

 Saya pula meraikan hari lahir di rumah, berbekalkan lauk tom yam dan nasi putih yang terpaksa menunggu hampir dua jam untuk dimakan. Lebih memilukan, baik ibu atau adik- adik, tiada seorang pun mengingati Sabtu yang lepas merupakan hari lahir saya. Read the rest of this entry »

 
4 Komen

Posted by di November 25, 2008 in Diari PDAJ, Kisah Hidup

 

The Making of Manuskrip Pertama

Pada awal Oktober 2008, saya telah menghantar manuskrip yang pertama ke PTS Islamika. Disebabkan baru hendak berjinak- jinak dengan dunia penulisan buku, maka saya memilih untuk menulis buku yang menghimpunkan koleksi cerita- cerita untuk remaja.

Cerita tersebut berkisarkan kisah- kisah binatang yang mempunyai kaitan dengan Islam. Contoh yang paling mudah, saya ada menulis kisah Nabi Yakub bercakap dengan serigala. Manuskrip tersebut mempunyai 31 koleksi cerita.

Ingatkan menulis cerita ini mudah, rupanya boleh tahan penat otak untuk memerah idea bagi menghasilkan cerita- cerita yang bertepatan dengan kehendak editor. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di November 21, 2008 in Kisah Hidup, Penulisan

 

Kenangan Bersama CBH 179

Akhirnya, habis juga ujian akhir penggal semester 1, sesi 2008/ 2009. Sudahlah dapat hari terakhir, ujian terakhir pula bermula pada pukul 3 petang dan tamat pada pukul 5 petang. Alang- alang baru sahaja “merdeka”, terfikir untuk pergi berjalan- jalan. Berikut adalah catatan “pengembaraan” pada 11 November 2008:

5:45 ptg- Saya dan rakan sebilik, Zariff bertolak ke Jusco, Kepong. Pernah lalu di hadapan pusat membeli- belah tersebut cuma tidak pernah menjejak kaki di sana. Dengan menaiki sebuah motorsikal yang tidak cukup “sifat”, kami tekad bertolak ke sana tanpa menghiraukan hari yang kian mendung. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di November 12, 2008 in Kisah Hidup