RSS

Kenangan Bersama CBH 179

12 Nov

Akhirnya, habis juga ujian akhir penggal semester 1, sesi 2008/ 2009. Sudahlah dapat hari terakhir, ujian terakhir pula bermula pada pukul 3 petang dan tamat pada pukul 5 petang. Alang- alang baru sahaja “merdeka”, terfikir untuk pergi berjalan- jalan. Berikut adalah catatan “pengembaraan” pada 11 November 2008:

5:45 ptg- Saya dan rakan sebilik, Zariff bertolak ke Jusco, Kepong. Pernah lalu di hadapan pusat membeli- belah tersebut cuma tidak pernah menjejak kaki di sana. Dengan menaiki sebuah motorsikal yang tidak cukup “sifat”, kami tekad bertolak ke sana tanpa menghiraukan hari yang kian mendung.

6:15 ptg- Kami tiba di sana sambil meninjau keadaan sekeliling, maklumlah baru sampai di tempat baru. Dari UIAM ke sini, kenderaan memenuhi jalan raya. Kalau menaiki kereta, agaknya 6:30 ptg baru sampai.

7 mlm- Solat Maghrib di situ. Kemudian menelefon ibu memberitahu tidak jadi pulang pada 11 November 2008. Ibu hanya berkata “OK”. Bagi saya, Jusco cawangan Kepong lengkap untuk dikategorikan sebagai sebuah pusat membeli- belah cuma ia sedikit kecil.

7: 20 mlm- Kami mengambil keputusan meronda ke KLCC pula. Tempat kecil, dalam masa sekejap sahaja kami sudah habis menjelajah. Esok kena balik rumah. Bila lagi hendak keluar “berfoya- foya”? Hehehe. Dengan hanya menaiki sebuah motorsikal kapcai, kami bergerak ke sana.

7:55 mlm- Kami tiba di KLCC. Pertama kali di dalam hidup, menaiki motorsikal dan kena mengambil tiket untuk membayar parking. Tiba- tiba, Zariff memegang tayar belakang motorsikal beliau, lalu berkata, “Pelik, tayar panas. Tayar depan tak panas pulak.” Saya hanya diam, kemudian kami memasuki bangunan yang menjadi mercu tanda kemajuan Malaysia ini.

8:55 mlm- Kami hanya singgah sebentar di Kinokuniya, membelek- belek buku. Perut pun sudah mula “bersiul”. Entah apa masalah, tayar belakang motorsikal Zariff pancit. Kedudukan saya duduk di atas motor ketika itu seolah- olah saya ingin memeluk Zariff. Tayar belakang sudah leper, badan ini terpaksa dianjak sedikit ke hadapan. Ekplorasi mencari kedai membaiki motor bermula di saat- saat kebanyakan kedai sudah tutup.

9:15 mlm- Akhirnya kami menemui sebuah kedai membaiki motor di Jalan Raja Laut. Pergi ke kedai motor yang pertama, tauke itu tidak mahu menerima kerana sudah ingin tutup. Nasib baik kedai yang kedua tidak jauh dari situ, sederet pula. Tidak sangka… Ingat ingin berjalan- jalan di ibu kota, sempat juga “berjalan- jalan” di kedai membaiki motor.

9:30 mlm- Mekanik itu memberitahu, “Tiub tayar sudah pecah. Kena ganti baru. Kalau lu angkat baik- baik punya, mahal sikit, takpa ka?” Zariff jawab, “OK la aunty.” Tangannya menghulurkan dua keping wang kertas RM10. “Kalau tiub murah, tak tahan. Cepat haus. Biasanya yang murah ni RM8 je. Alang- alang dah tukar, ambil je la yang mahal dan baik sikit,” jelas Zariff sewaktu saya menanyakan perbezaan tiub murah dan mahal.

10 mlm- Kami tiba di Restoran KFC 24 jam di Wangsa Maju. Kerana lapar, masing- masing memesan tiga ketul ayam Spicy Crunch. Zariff berjaya menghabiskan dua botol cili yang dicecah bersama ayam- ayam goreng beliau. (Akibatnya, pada malam tersebut Zariff berasa panas badan, sakit perut, rasa rimas sehingga terpaksa mandi lewat malam) 

11 mlm- Akhirnya kami selamat sampai di bumi UIAM. Selama 6 jam 15 minit kami berada di luar. Kaki saya sudah rasa kejang. Sampai sahaja di bilik, Zariff terus terlelap. Penat berjalan- jalan, menjelajah menggunakan motor kapcai CBH 179 yang tidak sempurna “sifat”, “bersiar- siar” sebentar di kedai membaiki motorsikal, sememangnya satu pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan sampai bila- bila.

 
Tinggalkan komen

Posted by di November 12, 2008 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: