RSS

The Making of Manuskrip Pertama

21 Nov

Pada awal Oktober 2008, saya telah menghantar manuskrip yang pertama ke PTS Islamika. Disebabkan baru hendak berjinak- jinak dengan dunia penulisan buku, maka saya memilih untuk menulis buku yang menghimpunkan koleksi cerita- cerita untuk remaja.

Cerita tersebut berkisarkan kisah- kisah binatang yang mempunyai kaitan dengan Islam. Contoh yang paling mudah, saya ada menulis kisah Nabi Yakub bercakap dengan serigala. Manuskrip tersebut mempunyai 31 koleksi cerita.

Ingatkan menulis cerita ini mudah, rupanya boleh tahan penat otak untuk memerah idea bagi menghasilkan cerita- cerita yang bertepatan dengan kehendak editor.

Pada asalnya setiap satu cerita saya mempunyai tiga hingga empat muka surat. Setelah memasuki proses suntingan, daripada 31 buah cerita 16 buah cerita terpaksa diubah supaya menjadi lebih panjang. 16 buah cerita ini pada asalnya hanya 3- 4 muka surat sahaja.

Saya memang seorang yang tidak suka menulis panjang- panjang dan meleret- leret. Maka sudah menjadi satu kebiasaan di mana kebanyakan bentuk penulisan saya pendek. Apabila menjawab kertas peperiksaan, saya tidak suka menulis jawapan yang panjang- panjang.

Dan saya selalu berkata begini, “Tulis panjang- panjang siapa nak baca?” Apabila saudara menulis, saudara perlu mematuhi peraturan tatabahasa yang standard dan isinya perlu menarik minat orang untuk membaca.

Kalau tersilap langkah, isi penulisan saudara akan tersasar daripada matlamat asal dan ia akan menjadi meleret- leret. Lagi panjang saudara tulis, potensi untuk saudara melakukan kesalahan di dalam artikel saudara lebih tinggi.

Jadi sewaktu saya menyiapkan manuskrip pertama, saya hanya menulis beberapa perenggan bagi setiap cerita supaya pembaca dapat memahaminya. Rupanya saya tersilap. Apa yang ingin saudara tulis, berapa panjang artikel tersebut, semuanya bergantung kepada siapakah sasaran pembaca artikel saudara dan tujuan ia ditulis.

Saya sempat berborak dengan Editor saya, Siti Nor Asyuura Jamaluddin mengenai bilangan muka surat. Apabila ditanya apakah sebab- sebab menulis cerita untuk remaja sehingga mencecah 5- 6 mukasurat, inilah jawapannya.

“Kami menerima complain daripada para ibu. Mereka kata anak- anak mereka tidak puas membaca sesuatu cerita. Baru nak dapat feel membaca cerita, cerita yang dibaca dah habis. Itulah sebab kami meminta penulis PTS Islamika menulis cerita yang boleh mencecah antara 5 hingga 6 mukasurat,” kata Cik Asyuura.

Hendak menulis cerita untuk remaja pun bukan suatu kerja yang mudah. Apatah lagi untuk menjadi seorang penulis buku. Saya cuma mempunyai masa selama seminggu sahaja lagi untuk mengubah suai cerita yang sedia ada menjadi 5- 6 mukasurat.

Namun saya mampu tersenyum dan menarik nafas lega apabila Editor memberitahu manuskrip pertama sudah pun memasuki proses untuk menghasilkan kulit buku dan penyusunan cerita untuk dijadikan sebuah buku. Alhamdulillah…

Rasa segala usaha saya selama ini terbalas. InsyaAllah, kalau tidak ada apa- apa masalah buku ini akan berada di pasaran tidak lama lagi.

 
Tinggalkan komen

Posted by di November 21, 2008 in Kisah Hidup, Penulisan

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: