RSS

Selamat Hari Lahir ke- 22, Aliff

25 Nov

Pada hari Sabtu yang lalu, genaplah usia saya 22 tahun dan menyambut hari lahir pada November 22. Tidak sangka, tahun ini menyambut hari lahir pada angka yang cantik.  Kepada mereka yang menghantar SMS, emel dan apa juga bahan yang bertujuan untuk memberitahu 22 November adalah hari lahir saya, terima kasih!

Hadiah apa yang saya dapat? Setakat ucapan daripada keluarga, orang tersayang dan rakan- rakan sudah cukup memadai untuk membuat saya tersenyum seorang diri.

Beberapa hari kemudian, saya menatap wajah seorang pelakon muda yang namanya sedang meningkat naik, Diana Danielle di dalam surat khabar Harian Metro. Tidak sangka, beliau juga menyambut hari lahir pada 22 November.

Bezanya antara beliau dan saya, beliau menyambut hari lahir di dalam satu majlis gilang- gemilang sehingga wakil media dijemput hadir untuk meraikan hari jadi beliau.

 Saya pula meraikan hari lahir di rumah, berbekalkan lauk tom yam dan nasi putih yang terpaksa menunggu hampir dua jam untuk dimakan. Lebih memilukan, baik ibu atau adik- adik, tiada seorang pun mengingati Sabtu yang lepas merupakan hari lahir saya.

Seorang teman pula tampil memberikan semangat, “Alah, itu lebih baik daripada mak ayah yang langsung tidak ingat hari lahir anak mereka.” Di taska ibu, seorang ibu menyangkakan anaknya berusia lima tahun.

Apabial diteliti, rupa- rupanya kanak- kanak tersebut sudah patut memasuki Darjah 1. Kesilapan ibu tersebut hanya disedari setelah melihat surat beranak anak beliau. Teman, terima kasih sebab sedarkan saya walaupun ketika itu awk tengah “sakit”. Terima kasih, awak!

Usia saya sudah melangkah ke 22 tahun. Kadang- kadang pergi ke mana- mana, masih ada orang ingat saya ini budak sekolah. Mungkin kerana ketinggian yang tidak cukup dan rupa paras. Lagi meningkatnya usia, lagi banyak rancangan dan impian yang kita ingin capai sebelum tidur untuk selama- lamanya.

Usia saya 22 tahun ini pun membawa erti saya sudah tidak mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersama orang yang saya sayang. Kepada semua, terima kasih! 

 
4 Komen

Posted by di November 25, 2008 in Diari PDAJ, Kisah Hidup

 

4 responses to “Selamat Hari Lahir ke- 22, Aliff

  1. hartini omar

    November 26, 2008 at 2:11 am

    selamat hari lahir, aliff. semoga panjang umur, murah rezeki, diberkati duniawi ukhrawi..

     
  2. MNgah

    November 26, 2008 at 3:05 am

    22/11 tetap dlm ingatan dan akan terus terpahat sehingga keakhir hayat.. kerna 22 thn yg lalu.. aku, adik ku & arwah ayahku disuruh balik ke KL dgn segera oleh ibuku.. sebab nyer.. kita orang baru dapat anak saudara yg pertama dan cucu yg pertama bg ayahku.. hampeh.. cancel percutian di Penang.. uwaaaa.. terbantut semua lawatan.. dah lah susah nak p bercuti.. kerna mu aliff.. kami korbankan.. Selamat Hari Lahir.. Semoga Allah memberkati hidupmu, menjadi anak & cucu yg soleh kpd ibumu, mak2 sedara & nenekmu serta mendapat pasangan yg solehah spt mak ngah mu.. yeehahhhhh

     
  3. Mdm Shahrizad

    November 28, 2008 at 1:28 am

    I know it is late.. very-very late, anyway, its better be late than never.. So, EPI BESDAY…

     
  4. sean dexter

    Januari 8, 2009 at 1:45 pm

    hepi besday abang jambu

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: