RSS

Pengajaran Manuskrip Pertama

27 Nov

Setelah berhempas- pulas mencari dan memerah otak bagi mencari idea untuk mengembangkan cerita yang pendek daripada 3 muka surat menjadi sebuah cerita panjang yang mempunyai 5 sehingga 6 muka surat, akhirnya siap juga manuskrip saya yang pertama.

Jumlah cerita yang diminta oleh PTS Islamika adalah 31 buah cerita. Namun setelah melalui proses suntingan, ada beberapa buah cerita terpaksa ditolak kerana cerita tersebut sudah digunakan oleh penulis lain, ia lebih kepada memberi peringatan dan cerita tersebut memang tidak boleh dikembangkan lagi.

Buat, buat dan buat, akhirnya saya telah menyiapkan 43 buah cerita untuk PTS Islamika. Ada tujuh buah cerita terpaksa ditolak kerana mempunyai ciri- ciri sebuah cerita seperti yang saya sebut di atas. Banyak benda baru yang saya pelajari di dalam menyiapkan manuskrip ini.

Yang pertama, jangan bertangguh. Sungguhpun pihak penerbit memberikan tempoh bagi menyiapkan manuskrip, seboleh- bolehnya ia disiapkan lebih awal daripada tempoh yang telah ditetapkan. Lagi cepat saudara menyiapkan penulisan tersebut, lagi cepat manuskrip saudara boleh dibukukan. InsyaAllah…

Kedua, rapatkan hubungan antara saudara dengan editor. Apabila penulis dan editor memperbanyakkan komunikasi antara mereka, maka penulis dapat mengetahui apa kehendak editor. Editor mampu membaca apa yang dimahukan pembaca.

Oleh yang demikian, editor dan penulis perlu bekerjasama. Editor akan memberi panduan kepada penulis apa yang dikehendaki pembaca. Apabila penulis menulis sesuatu yang mampu memberikan kesan mendalam kepada pembaca, isi- isi di dalam bahan penulisan tersebut akan diingati dan jasa penulis dan editor akan dihargai kerana mampu memberi input yang berguna.

Cuba kurangkan jurang komunikasi, perbalahan dan ketidaksefahaman antara penulis dan editor. Banyakkan bersetuju sambil memberikan pendapat yang bernas. Editor juga seperti penulis, hanya manusia biasa yang tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan.

Seandainya penulis merasakan ada sesuatu yang boleh ditingkatkan, eloklah perkara tersebut dibincang bersama editor.  

Begitu juga dengan penulis. Kadang- kadang penulis terlepas pandang atau terlupa memasukkan sesuatu yang penting, maka dari awal lagi editor boleh memberikan penerangan yang pendek tapi berisi agar kesilapan dapat diminimumkan.

Ini adalah perkara- perkara yang saya belajar semasa menyiapkan manuskrip pertama. Alhamdulillah, ia sudah pun masuk di dalam proses membuat kulit buku dan susunan cerita. Pelukis pula sedang sibuk melukis gambar yang sesuai bagi setiap cerita. Manuskrip tersebut akan dicetak pada bulan depan, InsyaAllah.

Kalau daripada apa yang disampaikan editor saya semalam, kalau tiada apa- apa masalah, buku saya ini akan berada di pasaran pada Januari 2009, lnsyaAllah. Kepada mereka yang minat menulis, bila lagi mahu menulis buku? Jangan tunggu lama- lama, nanti tertinggal.  

 
Tinggalkan komen

Posted by di November 27, 2008 in Kisah Hidup, Penulisan

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: