RSS

Pengembaraan Mencari Minat

17 Dec

“Sebenarnya Aliff, I pun tak tau apa sebenarnya yang I nak jadi. I ambil course ni pun coz dapat. Actually, I lagi minat kerja- kerja dalam office,” beritahu Azura.

Seorang lagi rakan berkata, “Apa saya nak buat dengan apa saya belajar sekarang, memang jauh beza. Saya nak Ekonomi tapi dapat Pelancongan. Sekarang dah pening kepala, tak tau macam mana nak buat kerja yang saya tak suka.”

Dua tahun yang lalu, seorang pensyarah di kampus saya pernah meluahkan rasa kecewa dengan sikap pelajar- pelajar Komunikasi Media. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata beliau, “I really disappointed with them. They are already final year student, yet they have no idea why they go for Mass Comm.”

Kajian yang dilakukan mendapati 84% daripada kita benci dengan apa yang kita lakukan setiap hari. Oleh itu, tidak hairan jika kita lihat sesetengah pekerja tidak sabar menunggu hari Jumaat dan rasa malas apabila hari Isnin bakal tiba.

Maka, ambil sedikit masa untuk renungi diri saudara. Adakah apa yang saudara lakukan setiap hari merupakan sesuatu yang saudara minat? Di dalam buku “Think Big” karya Donald J. Trump, beliau ada menyediakan beberapa senarai soalan untuk saudara melakukan “penjelajahan” bagi mengenal minat saudara di dalam sesuatu bidang.

Berikut adalah soalan- soalannya:
Sekiranya saudara boleh lakukan sesuatu kerja pilihan saudara sendiri, apakah kerja itu?

Apa yang saudara seronok dan gembira lakukan sehingga saudara tidak sedar masa berlalu?

Apa yang saudara akan lakukan dengan senang hati walaupun tidak menerima bayaran?

Apa yang saudara lakukan untuk memuaskan hati?

Apa yang saudara lakukan yang boleh menghasilkan keputusan yang terbaik?

Sekiranya saudara boleh menjadi idola anda/seseorang yang anda minat, siapakah  orang itu?

Aktiviti apa yang saudara rasa mudah dan senang untuk dilakukan dan susah untuk orang lain?   

Semoga berjaya menjawab soalan- soalan di atas! Seandainya saudara melakukan sesuatu yang saudara minat, perkara yang susah boleh menjadi senang dan bilangan masalah pasti dapat dikurangkan. Harap- harap, kita tidak tergolong di dalam 84% orang yang tidak suka dengan pekerjaan mereka. 

 
Tinggalkan komen

Posted by di Disember 17, 2008 in Cerita Teman, Kisah Hidup, Motivasi

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: