RSS

Selepas Satu Demi Satu

24 Dec

Cerita Pertama
“Aliff, sem ni jadual awak macam mana? Kelas pack tak?” tanya seorang rakan. “Pack la juga. Dah lama tak pergi kelas pukul 8 pagi sejak tinggalkan matriks. Sem ni, kelas Selasa dan Khamis mula pada 8 pagi dan tamat pada 3.20 petang. Habis sarapan dan lunch,” saya menjawab pertanyaan gadis muda ini.

Hmm, kesian juga ye awak ni. Tapi ada orang kelas lagi banyak daripada awak. Takpe la, kalau tak habiskan semua subjek, tak grad la,” pujuk kawan saya ini.

Cerita Kedua
Sedang saya berjalan, tiba- tiba satu notis ditampal di sebelah tandas yang berbunyi begini, “Due to further mechanical work rectification, main water supply tank on the rooftop has to be temporarily closed beginning from 19th until 20th December 2008.”

Hari ini, kita sudah menginjak ke 24 Disember dan blok saya masih tidak mempunyai air. Kalau hendak mandi atau bersuci, terpaksa berlari ke blok sebelah.

Semester ini, kelas pada hari Selasa dan Khamis bermula pada pukul 8 pagi sehingga 3.20 petang. Kalau sehari, dua, ia mungkin tidak menjadi satu bebanan tetapi sehingga sekarang pihak pengurusan hostel sendiri tidak tahu sehingga bila kami terpaksa menanggung “penderitaan” sebegini.

Tanpa apa- apa pemberitahuan terbaru kepada pelajar, tiada notis, seolah- olah kami membayar yuran dan mendapat sebuah blok yang sudah pun ketiadaan air.

Cerita Ketiga
Aliff: Mak, rasanya Aliff dah dapat demam daripada Adib la. Badan dah mula panas, target nak ponteng kelas pagi tadi. Kahak pun mula dah banyak, takde batuk lagi.

Mak: Belum masa batuk lagi. Tak lama lagi, hingus pula. Minggu ni awak balik kita pergi klinik. Banyakkan minum air kosong dan 100 Plus. Kalau ada Panadol, telan la.

Aliff: Yelah mak, nanti Aliff campurkan air kosong dan 100 Plus nak bagi hilang demam ni. Hmm, nak bagitau tu je. Mak jaga diri ye. Assalamualaikum.

Bukannya saya tidak mahu pergi ke klinik UIAM tetapi ubatnya yang tidak efektif dan kerenah birokrasi membuatkan saya melupakan sahaja klinik tersebut. Seorang rakan terpaksa berulang- alik ke klinik tersebut lima kali, barulah dia sembuh.

Saya sudah pun menjadi pelajar tahun keempat tetapi sehingga ke hari ini saya tidak pernah menjejakkan kaki langsung ke klinik UIAM.

Kesimpulan
Ketiga- tiga buah cerita di atas berlaku kepada saya pada minggu ini. Di saat entri ini ditulis, hidung saya sudah mula berhingus, muka pucat, suara pun sudah sedikit berbeza dan badan semakin panas. Dalam masa beberapa hari sahaja lagi, saya akan terkujur baring di atas tilam.

Khamis ini, saya ada mesyuarat dengan seorang pensyarah dan seorang wartawan bagi membincangkan sebuah projek terbaru yang bakal dinaungi oleh Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).

Khamis ini juga, saya dan rakan- rakan sudah berpakat untuk pergi bercuti di sebuah kawasan air terjun berdekatan UIAM.

Sabtu ini pula ada perjumpaan dengan rakan- rakan sekolah setelah lima tahun kami berpisah membawa haluan masing- masing, masih tidak pasti lagi saya dapat pergi atau tidak. Harap- harap dapatlah.

 
Tinggalkan komen

Posted by di Disember 24, 2008 in Coretan Pelajar, Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: