RSS

Susah Hendak Jadi Penulis

25 Dec

Cerita Pertama
Kawan: Aliff, is there any vacancy that got to do with writing at PR? Think I also want to be like U la. But, I hope U can trained me.
Aliff: Sure, no problem.

Dialog di atas berlaku pada pertengahan bulan Julai 2008, namun sehingga ke hari ini rakan saya ini hanya diam membisu apabila ditanya tentang bekerja sebagai penulis berita di PRO.

Cerita Kedua
Kawan: Awak, saya tak tau buat news la. Ajarlah saya.
Aliff: Yelah, nanti saya bagi pinjam buku macam mana nak jadi wartawan. Think buku tu boleh bantu awak. PTS ada anjur kursus penulisan tiap- tiap bulan. Kalau awak free, kita boleh pergi kursus tu satu hari nanti. 
Kawan: Iye? Ah, boleh la juga. Boleh dapat ilmu baru. Kalau ada guideline buat news, rasa dapat tolong saya kot.
Aliff: Takpe, nanti saya buat. Ada juga kawan- kawan lain yang minta saya ajar macam mana buat berita. Dah siap, nanti saya emel pada awak.

Dialog ini berlaku sekitar bulan Ogos 2008. Guideline yang dipinta sudah pun dihantar namun sehingga hari ini, saya tidak pernah melihat satu berita ataupun artikel daripada gadis ini. Cakap hendak pergi ke kursus anjuran PTS, sehingga ke hari ini tiada pula dia bertanyakan tentang kursus tersebut.

Cerita Ketiga
Kawan: Aku pun teringin nak menulis tapi aku tak tau nak start kat mana. Kalau boleh, aku nak kau jadi mentor aku, boleh guide and ajar aku sikit- sikit tentang dunia penulisan.
Aliff: OK je. Kerja pertama, aku nak tau apa yang kau minat. Kita ada cuti lima minggu, jadi kau hantar artikel- artikel kau pada emel aku, tulis any topik yang kau minat.
Cuti UIA selama lima minggu sudah tamat, namun sehingga ke hari ini tiada pun artikel daripada wanita tersebut. Apabila ditanya mana artikel, mukanya hanya senyum meleret tanpa berkata apa- apa.

Terus- terang saya katakan, saya sudah bekerja di PRO UIAM, saya tidak pernah lagi jumpa pelajar yang bekerja seperti saya, TIDAK PERNAH. Bukan mudah hendak menjadi penulis. Minat, komitmen dan disiplin adalah aspek- aspek utama yang diperlukan seseorang bagi bergelar seorang penulis.

Sekiranya saudara tidak tahu selok- belok penulisan, saudara boleh belajar dan menimba pengalaman dari semasa ke semasa. Banyak peluang terbentang di luar sana tentang bagaimana ingin bergelar penulis.

Sekadar memetik kata- kata daripada website Puan Ainon Mohd, menjadi penulis boleh mencapai taraf seorang selebriti. Memang betul, apabila penulisan saudara disiarkan di mana- mana bahan media cetak, secara tidak langsung ia mengangkat nama saudara.

Ketiga- tiga orang rakan saya di atas, sudah pun mempunyai minat untuk berkecimpung di dalam dunia penulisan tetapi atas sebab- sebab tertentu yang saya sendiri tidak tahu, semua dialog dan impian mereka hanya menjadi satu sejarah dan kenangan.

 
3 Komen

Posted by di Disember 25, 2008 in Cerita Teman, Kisah Hidup, Penulisan

 

3 responses to “Susah Hendak Jadi Penulis

  1. Bayan

    Disember 26, 2008 at 11:22 pm

    ya, hendak ribu-ribu daya tak hendak juta-juta dalih.

     
  2. zamrimohamad

    Disember 27, 2008 at 5:02 am

    Itu yang saya sebut, dalam penulisan mesti ada dua perkara

    Mahu
    Tahu

    Mahu adalah keinginan, ‘desire’ mereka ada asas pertama
    Tahu adalah cara bertindak, mereka tahu apa perlu dilakukan
    Mahu sekali lagi adalah mahu bertindak, ‘action’

    Mahu-tahu-mahu

    ZAMRI MOHAMAD
    http://www.zamrimohamad.com

     
  3. Bayan

    Disember 30, 2008 at 6:49 am

    Encik Zamri, ada lagi satu istilah;

    Tahu- Mahu-Mampu
    Tahu (akal), mahu (hati), dan mampu (laksanakan)

    Mungkin.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: