RSS

Pelajar, Pekerja dan Isu Pakaian

30 Dec

Dialog Pertama
Mentor Zamri: Aku tengok budak- budak junior Comm sekarang dah tak macam time aku la. Makin kurang disiplin, aku pun tak tau apasal. Kalau dressing, lagi la. Baik lelaki, perempuan. Yang laki tu, rambut panjang, warna pun ada juga. Pakai selipar, baju takde kolar. Kau sebagai student Comm yang baru, aku tak nak kau macam tu.

Aliff: Then, abang nak saya jadi macam mana?

Mentor Zamri: Aku hendak kau berdiplin sikit. Semua benda- benda tu, aku nak kau ubah. Daripada semua aspek, aku hendak kau follow university rules terutama dalam pemakaian. Apa yang kita pakai, akan jadi bahan tontonan orang dan aku tak nak orang anggap budak- budak Comm takde berdisplin sebab aku tak buat semua tu.

Dialog Kedua
Fazrul: Aku tak boleh jadi budak Comm. Susah la nak suit dengan cara aku sekarang.

Aliff: Eh, kenapa? Apa yang tak kena dengan jadi budak Comm?

Fazrul: Jadi budak Comm ni, kena dress smart. Aku tak suka semua tu.

Memang betul apa yang rakan saya ini katakan. Bagi saya, setiap pelajar Komunikasi perlu berpakaian kemas kerana mereka bakal berada di “barisan hadapan” di dalam sesebuah organisasi apabila mereka bekerja kelak.

Imej yang pertama dilihat, itulah imej yang akan melekat di minda kita sampai bila- bila. Tidak kira saudara pelajar Komunikasi atau tidak, orang melihat saudara daripada semua sudut dan sudut yang pertama sekali yang akan dinilai adalah pakaian.  

Kalau dulu, saya memakai pakaian ikut suka hati. Baju tanpa kolar dan hanya memakai selipar sahaja untuk ke kelas. Kini, saya amat cerewet dan berhati- hati di dalam memilih pakaian untuk dipakai ke kelas.

Malah, ramai kawan- kawan mengetahui saya bekerja sambilan di PRO UIAM. Secara tidak langsung, apa yang saya lakukan, pakaian, semuanya diperhatikan. Ke mana- mana saya pergi, saya membawa nama PRO bersama selagi saya bekerja untuk mereka.

Sesetengah orang berkata, mereka yang memakai baju kemas ialah budak “skema”. Ada juga menganggap seseorang itu kelihatan segak atau “smart” apabila berpakaian kemas. Bagi saya, mulut orang tidak boleh ditutup. Segala perlakuan kita akan diperhatikan dan menjadi bualan orang.

Terpulang kepada diri masing- masing. Ramai sahaja rakan- rakan saya yang mengambil jurusan Komunikasi tetapi perangai dan pakaian tidak mencerminkan mereka adalah pelajar Komunikasi. Bak kata pepatah “Lembu bermandi lumpur, habis seluruh badan terpalit”.

Oleh kerana saya ingin menjaga nama saya sebagai seorang pelajar Komunikasi dan pekerja di PRO UIAM, maka saya mengambil keputusan untuk melakukan transformasi kepada memakai pakaian yang telah digariskan oleh pihak universiti. Moga- moga saya sentiasa berimej kemas sampailah bila- bila, InsyaAllah.  

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: