RSS

Terima Kasih PRO!

04 Jan

Hari ini, genap sudah saya berada di Pejabat Perhubungan Awam UIAM (PRO) selama dua tahun. Saya mula bekerja di sini semasa saya menjadi pelajar tahun kedua, kini saya merupakan seorang pelajar tahun keempat di UIAM.

Dua tahun di PRO, macam- macam pengalaman, orang- orang yang saya temui dan pelbagai cerita UIAM yang saya tidak tahu kesahihannya. Saya tidak pernah menyangka saya masih bertahan di sini.

Maklumlah, kerja separuh masa biasanya tidak tahan lama. Tidak sampai setahun, biasanya seseorang itu akan berhenti. Sepanjang dua tahun ini, pelbagai kisah suka dan duka terlakar di dalam diari hidup.

Kerja saya mencari dan melaporkan berita tentang program- program anjuran persatuan- persatuan UIAM.

Dan saya dibayar berdasarkan bilangan artikel yang ditulis. Kalau banyak berita, banyaklah duit. Duit gaji saya ini mampu menampung perbelanjaan saya dalam sebulan.

Banyak pengalaman manis yang tidak saya lupakan. Antaranya ialah saya mendapat jam tangan sempena 25 tahun tertubuhnya UIAM di Malaysia. Saya pernah mendapat thumbdrive secara percuma apabila membuat liputan berita.

Kalau hendak katakan goodie bag, terus- terang saya katakan bilik saya ini sudah penuh sehingga tidak muat untuk letakkan barang- barang yang saya terima daripada program.

Banyak barang- barang yang saya terima, saya sedekahkan kepada teman sebilik dan ahli keluarga kerana tidak tahu barang tersebut hendak digunakan untuk tujuan apa.

Yang seronoknya, kalau sepuluh buah program yang saya pergi, tujuh program tersebut mesti menyediakan makan- makan untuk para jemputan yang hadir. Secara tidak langsung, perbelanjaan makanan saya dapat dijimatkan.

Oleh kerana spesifikasi kerja saya begini, maka sudah ramai staf- staf UIAM mengenali saya. Walaupun mereka tidak tahu nama, namun mereka tahu saya bekerja di bawah PRO.

Kebanyakan daripada mereka terkejut kerana bagaimana seorang “budak” boleh memasuki program- program eksklusif dan bekerja di pejabat yang menjadi “muka hadapan” di dalam sebuah kampus.

Secara jujur, pihak UIAM ada mengambil pelajarnya bekerja separuh masa namun jumlahnya kecil jika dibandingkan dengan UiTM.

Kalau saudara tanya tentang kesusahan, bagi saya, jawapan tersebut ialah masa. Saya perlu menguruskan masa sebagai seorang pelajar, penulis dan pekerja. Tanggungjawab seorang anak dan abang kepada empat orang adik lelaki juga saya kena jaga sebaik mungkin.

Selama saya kerja di UIAM, dapat juga pergi jalan- jalan secara percuma hampir ke semua pelosok negeri di Semenanjung Malaysia.

Daripada sudut protokol, menguruskan sesebuah program sehinggalah kepada bagaimana menarik media untuk datang membuat liputan berita, semua ilmu ini saya pelajari semasa berada di PRO.

Kalau orang lain terpaksa membeli bagi mendapatkan barang- barang yang mempunyai logo UIAM, tidak kira sama ada cawan, planner, diari, calendar meja, T- Shirt dan pelbagai barang lagi, saya mendapat kesemua ini secara percuma.

Kepada warga PRO UIAM yang sedang membaca entri ini, tidak kira saudara masih lagi di bawah PRO atau sudah ditukar ke unit lain, saya ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada saudara!

Kalau bukan kerana usaha saya, pertolongan saudara dan izin Tuhan, saya tidak mampu berada di sini sehingga ke tahap sekarang. TERIMA KASIH!!

 
Tinggalkan komen

Posted by di Januari 4, 2009 in Dari Kamar Office, Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: