RSS

Part- Timer Mangsa Kedengkian Staf

07 Jan

“Awak, ada orang tak suka saya. Diorang tak suka cara saya kerja. Yang problemnya, bos saya OK je dengan kerja saya. Tapi orang lain dari pejabat lain yang tak suka cara saya kerja. Tak tau nak buat macam mana dah,” kata seorang gadis berusia 24 tahun kepada saya.

Pernahkah saudara mengalami kejadian yang serupa seperti dialog di atas? Pernahkah anda berada di dalam situasi di mana majikan atau ketua menyukai cara kerja saudara tetapi orang lain, daripada unit yang berbeza tidak suka saudara serta cara kerja saudara?

Mengimbas kembali setahun yang dulu, semasa saya bekerja untuk PRO. Ada pihak dari pejabat lain yang tidak menyenangi kehadiran saya. Kerja saya sebagai seorang News Seeker (Pencari Berita) memberikan saya akses mudah untuk memasuki mana- mana program tanpa sebarang halangan.

Kemudahan ini memberikan saya peluang untuk duduk semeja dengan orang- orang yang bertaraf eksklusif dan berpangkat besar.

Suatu hari, satu majlis makan- makan bersama tetamu kehormat UIAM telah diadakan. Selepas ucapan dan pemberian cenderamata, maka tetamu dijemput untuk menjamu selera. Maka, saya pun duduk dan makan seperti biasa. Sudah tentu, makanan yang saya makan itu bertaraf VIP.

Beberapa hari kemudian, saya dipanggil oleh salah seorang pegawai pejabat kerana makan masakan bertaraf VIP semasa program. Mungkin kerana status saya sebagai part- timer, maka ada staf dari pejabat lain yang berasa kurang senang melihat situasi sedemikian.

Inilah kata- kata pegawai itu, “Aliff kalau hendak makan boleh tapi kena ambil kerusi makan kat belakang atau tepi dewan. Kalau tidak pun Aliff makan selepas habis program.”

Oleh kerana ingin menjaga hati orang- orang PRO, maka saya terima teguran pegawai tersebut namun sehingga ke hari ini teguran itu hanya tinggal teguran.

Saya berfikir sesuatu, “Besar sangat ke pangkat staf lain sampai tidak senang lihat saya hendak makan? Orang itu ada pangkat Dato’ atau mempunyai kaitan dengan kerabat diraja? Selama ini dia yang bayar gaji saya setiap bulan?”

Kalau orang itu bos saya, mungkin saya akan terima teguran tersebut tetapi dia adalah staf lain yang tiada kaitan dengan kerja saya. Kenapa saya perlu ambil peduli akan teguran yang ingin orang itu sampaikan?

Mungkin ia berbunyi sedikit egoism. Namun prinsip saya mudah. Kalau orang lain menghina atau menegur hasil kerja saya, saya tidak akan peduli semua itu.

Sekiranya hinaan atau teguran itu datang daripada majikan saya, InsyaAllah, saya akan berubah untuk menjadi apa yang majikan saya mahukan.

Thomas Stamford Raffles yang mengasaskan Singapura pernah menulis berkenaan Tanah Melayu dan orang Melayu. Antara tulisan mendiang yang masih lagi melekat di kepala saya ialah, “Orang Melayu tidak akan maju sekiranya memiliki empat sifat iaitu malu, malas, dengki dan suka menyibuk hal orang lain.”

Mendiang menulis kata- kata ini pada tahun 1817 namun sehingga ke hari ini empat perangai ini masih lagi bersarang di kalangan orang Melayu dan saya menjadi salah seorang mangsa dengki daripada bangsa sendiri.

 

 
3 Komen

Posted by di Januari 7, 2009 in Dari Kamar Office, Kisah Hidup

 

3 responses to “Part- Timer Mangsa Kedengkian Staf

  1. sean dexter

    Januari 8, 2009 at 2:05 pm

    buat bodo jer bro….bukannya jadik dosa pun kalau makan dengan vip….

     
  2. sapiah hussien

    Januari 21, 2009 at 3:03 pm

    Assalamualaikum. Ini masalah biasalah. Akak pun pernah mengalaminya. Buat “bodos” jelah. Yg penting kita tau apa tugas kita dan kita jalankan tanggungjawab dgn betul. Kan?

     
  3. zamrimohamad

    Januari 27, 2009 at 3:26 am

    Mungkin ini isu protokol majlis😀

    Bukankah PR itu banyak bermain dengan protokol.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: