RSS

Segelintir Kita Kurang Ajar

01 Feb

“ OK dear, nite. Minta ampun, maaf daripada awak tau. Gud nite.”

TQ sgt2 coz teman malam ni. Tido elok- elok, baca doa. Nite…”

“Terima kasih sangat- sangat sebab tolong saya.”

Apa yang saudara rasakan sekiranya semua ucapan di atas tidak mendapat sebarang respons atau  jawapan? Sekiranya orang itu mahukan anda memberitahu sesuatu dan anda memahami apa yang dia sampaikan, adakah anda akan menjawab “Terima kasih” atau pun sekadar menjawab “OK”?

Sanggupkah saudara mengeluarkan sedikit duit untuk menghantar SMS yang hanya mempunyai dua perkataan sahaja seperti “Terima kasih”, “Thank you”, “Good Night”? Adakah saudara sanggup berbelanja untuk menghantar SMS sekiranya SMS itu hanya mempunyai satu perkataan seperti “Morning”, “OK”, “Orait”, “Yelah?

Ketika saya berusia belasan tahun, saya menganggap budaya mengucapkan perkataan “Terima kasih”, “Thank you”, “Good night”, “OK”, “Yelah” adalah sesuatu yang remeh. Kalau hendak menghantar SMS mengatakan semua ini, jangan haraplah. Namun itu dulu disebabkan teguran orang tua- tua.

Ibu saya berkata orang yang tidak tahu mengucapkan kata- kata “Terima kasih”, “Thank you”, “Good night”, “OK”, “Yelah” adalah orang yang no menace, tidak beradap. Saya lagi suka kalau orang sebegini dilabel orang kurang ajar.

Bagi saya, ia umpama kita memberi salam kemudian salam itu disahut dengan suara bisu. Lihat dari pelbagai sudut, mungkin orang itu sibuk sangat sehingga hendak mengeluarkan kata- kata itu pun terasa payahnya.

Mungkin orang itu penat sangat buat kerja atau belajar sehingga susah nak ucapkan semua itu, mungkin orang itu mengantuk sangat sehingga perkataan mudah seperti itu susah untuk ditaip dan dihantar dalam SMS, mungkin orang itu tiada kredit untuk membalas atau mungkin orang itu malas sangat hendak mengucapkan kata- kata sedemikian rupa. 

Difikirkan kembali, ada kebenaran dengan kajian yang dijalankan oleh pihak Reader’s Digest beberapa tahun dulu yang mengatakan segelintir orang Malaysia kurang ajar.

Salah seorang pensyarah saya dari dulu hingga sekarang, setiap kali dia meninggalkan kelas dia akan meninggalkan papan putih yang penuh dengan pelbagai tulisan. Semester ini, sayalah yang menjadi tukang pembersih papan putih setiap kali dia tamat mengajar.

Salah seorang guru sekolah saya dulu pernah berkata, “Guru yang tidak reti membersihkan papan hitam atau putih, macam orang berak tak flush.”

Kadang- kadang kita terlupa, benda remeh itulah sebenarnya yang membawa kepada masalah yang lebih besar. Dosa- dosa kecil itulah yang membawa kepada dosa- dosa yang lebih besar.

Kepada sesiapa yang terasa dengan artikel ini, minta maaf. Yang mana saudara fikirkan patut diubah, ubahlah. Orang lain hanya mampu menegur, yang bertindak adalah saudara sendiri. 

 
5 Komen

Posted by di Februari 1, 2009 in Kisah Hidup, Motivasi

 

5 responses to “Segelintir Kita Kurang Ajar

  1. lolita bisu

    Februari 2, 2009 at 10:38 am

    kalo msg yg tak berbalas, tu good manner ke?

     
  2. sean dexter

    Februari 2, 2009 at 11:16 am

    Brader, bertaubatlah sebelum kamu dikerjakan oleh pensyarah itu….hahaha.

     
  3. sekilas

    Februari 3, 2009 at 4:18 am

    oh ye…
    tak pasti dengan keterangan ni..
    ada yang benar ada yang boleh dipertikaikan…
    tapi, kebenarannya ramai yang tidak tahu hargai sesuatu hanya dengan mengucapkan Terima kasih…

     
  4. bicaraqalbi

    Februari 9, 2009 at 4:30 pm

    emm..seandainya tidak mahu kita diperlakukan begitu,bertindaklah dahulu dengan diri kita sendiri..=)anda juga seperti saya..=)

     
  5. ecahz

    April 10, 2009 at 1:07 am

    kadang2 kite terlepas pandang tentang benda yang remeh ini…

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: