RSS

Setelah Ditunggu- Tunggu…

15 Mar

cover-perisik-kota-saba2

Setelah berhempas- pulas dari bulan Julai 2008 sehingga ia siap sepenuhnya pada akhir tahun lepas, buku pertama saya siap akhirnya. Tiada apa yang saya mampu katakan kecuali kepuasan yang tidak terhingga apabila melihat karya- karya yang saya tulis dibukukan.

Buku bertajuk “Perisik Kota Saba’” menghimpunkan 31 koleksi kisah- kisah teladan berkisarkan cerita- cerita nabi, para sahabat dan rakyat biasa di mana terdapat binatang di dalam setiap cerita yang turut memberikan impak tersendiri dari awal sehingga kepada akhir sesebuah cerita tersebut.

Apa yang menarik, buku ini menghimpunkan kisah- kisah yang sarat dengan nilai- nilai murni yang boleh diambil sebagai pengajaran seperti sifat setia di dalam cerita “Qitmir dan Penghuni Gua”, taat kepada Tuhan dan pemerintah seperti di dalam cerita “Perisik Kota Saba’”, amanah di dalam menjalankan tugas dan berpegang teguh kepada janji seperti di dalam kisah “Perjanjian dengan Binatang” bukan sahaja dipersembahkan oleh manusia tetapi juga haiwan turut menampilkan kesemua sifat- sifat ini.

Berharga RM15 di Semenanjung Malaysia dan RM17 di Sabah dan Sarawak, buku ini boleh dibaca oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal usia, agama dan bangsa. Malah, diselitkan juga ayat- ayat dari Quran yang mempunyai kaitan dengan cerita yang dipersembahkan.

Ayat- ayat Al- Quran ini bukan bertujuan untuk dibuat perhiasan pada setiap cerita tetapi sebagai salah satu kaedah untuk berdakwah kepada orang ramai mengenai Islam di mana Al- Quran bukan hanya menyentuh isu agama semata- mata, tetapi mesej yang disampaikan mencangkupi setiap aspek kehidupan manusia seharian.

Berikut adalah isi kandungan di dalam buku “Perisik Kota Saba’”:
1. Amaran Tulang Unta
2. Buraq yang Pantas
3. Disumpah Menjadi Kera
4. Gagak Mengajar Qabil
5. Gembala yang Amanah
6. Jasa Anai- Anai
7. Perisik Kota Saba’
8. Halimah Menunggang Keldai Kurus
9. Bercakap Dengan Serigala
10. Harimau Menjaga Nabi
11. Pengawal Istimewa
12. Bertemu Nabi Khidir
13. Tongkat Menjadi Ular
14. Ular Hitam di dalam Perut
15. Unta Keluar Daripada Batu
16. Zakat Tsalabah Tertolak
17. Perjanjian dengan Binatang
18. Khidmat Harimau
19. Perlumbaan Kuda
20. Keldai Uzair menjadi Bangkai
21. Kuda Cacat Pergi Berperang
22. Hidangan Kambing Tua
23. Anjing Hormat Kadi
24. Ikan Tidak Berlidah
25. Masuk Neraka Kerana Lalat
26. Himar Membawa Barang
27. Qitmir dan Penghuni Gua
28. Hilang Kuasa 40 Hari
29. Azam untuk Berhijrah
30. Musa Menggembala Ternakan
31. Petani Tamak Harta 

 

 
2 Komen

Posted by di Mac 15, 2009 in Penulisan

 

2 responses to “Setelah Ditunggu- Tunggu…

  1. fitzry

    April 12, 2009 at 4:33 am

    ada dijual secara online tak?

     
  2. writerdruid

    April 13, 2009 at 6:20 pm

    Salam Tuan Fitzry,

    Terima kasih kerana bertanya soalan tersebut. Tuan boleh merujuk kepada URL di bawah bagi membeli secara online:

    http://www.bookcafe.com.my/index.php?target=products&product_id=945

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: