RSS

Kerja Sambilan Menjanjikan Faedah Lumayan

11 Apr

Buletin Utama malam tadi menyiarkan di Vietnam, separuh juta rakyatnya telah kehilangan pekerjaan.

Baru- baru ini, salah sebuah bank terkemuka di Malaysia telah memberikan cuti selama enam bulan tanpa gaji kepada ribuan pekerjanya dan pekerja- pekerja ini dipaksa ambil cuti tersebut. Lebih memeranjatkan, bank yang disangka selama ini kukuh terpaksa menutup beberapa buah cawangan akibat krisis ekonomi sekarang.

Krisis ekonomi sekarang yang dikatakan lebih teruk berbanding The Great Depression yang berlaku pada akhir 1929 juga mengakibatkan ribuan graduan terus menganggur.

Ada yang mengambil langkah selamat dengan menyambung pengajian ke peringkat pasca ijazah. Malah, ramai rakan- rakan saya yang telah tamat pengajian pada akhir tahun lepas sehingga kini masih mencari- cari pekerjaan.

Di saat sebahagian daripada kita susah hati demi mendapatkan pekerjaan, seorang rakan saya bernama Nizam (bukan nama sebenar) sedang sibuk memikirkan pelbagai tawaran kerja yang beliau terima.

Beliau adalah pelajar tahun keempat di UIAM namun gaji yang beliau terima setiap bulan hasil pelbagai kerja sambilan yang beliau lakukan adalah sekitar RM3000++.

Beliau tidak mempunyai kelulusan pasca ijazah daripada mana- mana institusi tetapi beliau sudah pun bergelar pensyarah di beberapa buah kolej swasta. Sehingga kini, beliau masih mendapat tawaran untuk mengajar di beberapa institusi pengajian tinggi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Di samping itu, Nizam turut membuat kelas tuisyen untuk subjek Sejarah, Matematik dan Sains di bagi pelajar sekolah menengah dan rendah. Oleh sebab beliau melakukan pelbagai pekerjaan, saya pun meminta untuk melihat resume beliau.

Terus- terang saya katakan, saya sedikit terkejut melihat resume beliau. Point Gred Nilai Kumulatif (PGNK) atau CGPA beliau hanya 2.5. Dengan PGNK 2.5, gaji beliau boleh mencecah empat angka sebulan walaupun beliau masih lagi belajar.

Saya berani cakap PGNK yang tinggi tidak memberi jaminan bahawa saudara akan mendapat pekerjaan. Rakan saya ini mempunyai PGNK yang agak rendah tetapi pengalaman mengajar beliau selama lima tahun membuka pelbagai peluang untuk membuat duit.

Pendapat saya pengalaman kerja lebih penting berbanding apa yang tertera di atas segulung ijazah.

Kebanyakan daripada kita masih lagi menanam fahaman kuno PGNK yang tinggi mampu memberikan masa depan yang cerah. Bagi saya, rezeki Allah itu banyak dan bergantung kepada kita bagaimana kita ingin mengolah dan untuk mendapatkannya.

Sekiranya anda mempunyai PGNK yang tinggi dan aktif di dalam persatuan semasa di kolej atau universiti dahulu, apa yang membezakan anda dengan graduan- graduan lain yang turut meminta pekerjaan yang sama?

Tidak semua pelajar sanggup melakukan pekerjaan sambilan semasa belajar kerana susah untuk memberikan komitmen masa dan tenaga. Hakikatnya, kerja sambilan semasa belajar memberikan pelbagai faedah, baik semasa saudara belajar dan semasa saudara ingin meminta pekerjaan.

Buktinya sudah pun ada, rakan saya Nizam merupakan salah satu contoh terbaik yang saya boleh berikan kepada saudara.

 
4 Komen

Posted by di April 11, 2009 in Cerita Teman, Motivasi

 

4 responses to “Kerja Sambilan Menjanjikan Faedah Lumayan

  1. hartini omar

    April 13, 2009 at 12:00 pm

    salam aliff

    -pertamanya, tahniah atas penerbitan buku baru anda. sudah pun saya belek2 dan belikan satu untuk koleksi adik2 saya di rumah
    -ya, saya juga seorang pelajar yg berkerja secara sambilan sewaktu menuntut di uia dulu
    -saya menjadi peer tutor untuk program di bawah kelolaan sleu office, petangnya bekerja di 7-eleven sambil menuntut secara sepenuh masa
    -cumanya, cgpa saya tidak rendah dan saya lebih menghargai jika seorang pelajar dapat membahagikan masa belajar dan berkerjanya dengan sempurna
    -pengalaman bekerja boleh menambah-baikkan skil2 komunikasi dan memperbanyakkan cabang ilmu yang kita pelajari

    dan sekarang, di samping bekerja, saya menuntut pula di peringkat sarjana secara separuh masa

    ia benar2 menjadikan saya seorang yg menghargai masa!

     
  2. makcu

    April 15, 2009 at 2:16 pm

    en aliff, tahniah tuk buku baru andaa.. wowoowoowoww.. glammmmlaaaa kamu hehhehehehe

     
  3. roxyzai

    Oktober 7, 2010 at 1:22 am

    sy menuntut d uia skrg..sy nak buat kerja sambilan tapi masih memerlukan sokongan..sy tekad nak menjadi pengedar herbalife..^__^

     
  4. Mohd Zaini Nanyan

    Julai 23, 2011 at 9:47 am

    Satu cerita yang pebuh inspirasi. Tahniah!

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: