RSS

Catatan Pertama Seorang Tutor

05 Jun

Pada akhir bulan April 2009, saya menemui sebuah kerja baru. Sebuah pekerjaan yang saya tidak pernah fikir saya akan lakukan. Menjadi seorang tenaga pengajar di salah sebuah pusat tuisyen di Selayang, mengajar subjek Bahasa Malaysia dan Geografi untuk pelajar Tingkatan 5, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1 serta Darjah 6.

Setakat ini, saya mempunyai 30 orang pelajar. Ada sesetengah kelas saya mengajar sekumpulan pelajar dan ada juga sesetengah kelas saya hanya perlu mengajar seorang pelajar sahaja.

Pada asalnya, saya ditugaskan untuk mengajar subjek Bahasa Malaysia sahaja pelajar- pelajar Tingkatan 5, Tingkatan 2 serta Tingkatan 1. Jadual asal adalah saya akan mengajar dari hari Isnin sehingga hari Rabu.

Kalau tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu… Alhamdulillah, rezeki saya murah sejak akhir- akhir ini. Sejak pertengahan bulan lepas sehingga kini, jumlah pelajar saya bertambah. Secara tidak langsung, jumlah kelas saya pun bertambah.

Kini, saya mengajar dari Isnin sehingga Jumaat. Habis sahaja kelas pukul 4 petang, saya akan bergegas ke tempat tuisyen. Kalau dapat rehat pun mungkin sejam sebelum kelas tuisyen saya bermula.

Sepanjang cuti sekolah, kelas saya akan bermula pada pukul 5 petang dan tamat pada 10 malam. Dapat rehat lebih kurang sejam atau setengah jam sebelum kelas seterusnya bermula.   

Dalam erti kata lain, masa lapang saya adalah selepas 10 malam dari Isnin sehingga Jumaat! Penat? Alah bisa, tegal biasa. Sudah sebulan saya mengajar, kepenatan itu sudah pun sebati di dalam diri.

Ada juga rakan- rakan yang “gatal” mulut bertanya berapa bayaran yang saya dapat. Cukuplah untuk saya katakan duit yang saya terima ini mampu untuk saya belanja makan dan buat sedikit simpanan.

Apabila kelas mengajar bertambah, maka duit yang saya bakal terima pun bertambah. Matlamat saya bulan ini saya akan cuba dapatkan RM1000 dan ke atas. Rancangan saya yang kedua pula, InsyaAllah, sama ada pada akhir tahun ini atau pada awal tahun depan saya akan beli kereta saya sendiri.

Seorang rakan saya yang juga seorang tutor seperti saya hanya berkata, “Big dream… Big effort.” Ye, memang big dream dan sememangnya satu usaha yang besar saya perlu curahkan untuk mencapai matlamat ini. InsyaAllah…

 
Tinggalkan komen

Posted by di Jun 5, 2009 in Jurnal Tutor

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: