RSS

Tekanan Menghadapi Tingkatan 1

09 Jun

Semasa di dalam temu duga, bos saya awal- awal lagi sudah berkata pelajar Tingkatan 1 adalah pelajar yang bakal memberikan tekanan kepada saya dek kerana perangai mereka yang nakal. Sangkaan saya pada ketika itu, ia hanyalah sebagai ujian untuk menguji kredibiliti saya sebagai seorang tutor.

Rupa- rupanya, pelajar- pelajar yang nakal inilah saya bakal ajar sehingga ke akhir tahun ini. Tertekan, penat, meradang, kecewa, pening… Inilah semua perasaan yang bercampur- baur ketika saya mengajar pelajar- pelajar Tingkatan 1.

Sehingga sampai ke satu tahap, semua perasaan ini saya terbawa- bawa ke dalam mimpi. Rakan sebilik bertanya, “Aliff, malam tadi kau mengigau. Kau marah budak ke?”  

Semasa kelas saya yang pertama, saya sedang mengajar di hadapan tetapi mereka sibuk bermain PSP ataupun bermain permainan di dalam telefon bimbit masing- masing. Diugut dan digertak banyak kali, ketakutan mereka hanya bertahan selama seminit atau kurang daripada itu.

Mengeluarkan kata- kata kesat sesama mereka, itu sudah menjadi satu kebiasaan. Apatah lagi mengejek sesama mereka dengan memanggil nama ayah masing atau nama keluarga masing- masing pun menjadi satu kelaziman.

Semasa di kelas yang pertama juga, pelajar- pelajar saya ini membaling bola di antara mereka semasa saya sedang sibuk mengajar di hadapan kelas. Kalau bola ping pong, masih boleh diterima. Ini bola tenis yang mereka gunakan. Apabila saya rampas bola tersebut, mereka mengeluarkan pemadam pula untuk dijadikan bahan permainan.

Kalau diberikan kerja rumah, daripada sembilan orang pelajar di dalam kelas, hanya dua orang sahaja yang berjaya menyiapkan kerja tersebut. Yang lain hanya memberikan alasan seperti sibuk, lupa serta terlalu banyak kerja rumah yang guru sekolah mereka berikan.

Hendak gunakan kaedah psikologi yang bagaimana untuk mengubah pelajar- pelajar sebegini? Bagaimana untuk memupuk minat mereka supaya belajar bersungguh- sungguh? Melihat dari sudut kematangan mereka, saya rasa seperti mengajar pelajar sekolah rendah.

Apa pun, motivasi saya sedikit berkurang setiap hari Selasa, 8.30 malam kerana pada waktu ini saya akan mengajar pelajar Tingkatan 1. Ya Allah, bantulah hamba- Mu ini….

 

 
2 Komen

Posted by di Jun 9, 2009 in Jurnal Tutor

 

2 responses to “Tekanan Menghadapi Tingkatan 1

  1. hemart

    Jun 9, 2009 at 2:49 pm

    artikelnya cukup menarik,perkenalkan saya dari indonesia, saya suka blog anda.
    ikutilah blog kontes indonesia dengan hadiah-hadiah menarik, jadilah pemenangnya di indonesia blog kontes, daftarkan blog anda info di http://herbamart.blogspot.com

     
  2. intan

    Oktober 17, 2009 at 11:58 pm

    ada lagi ke kerja kosong di pusat tuisyen tu. saya macam berminat untuk part time. student Uitm

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: