RSS

Kursus Tip Publisiti Percuma di Media

06 Jun

Umum mengetahui publisiti di media menelan belanja yang besar. Ditambah pula dengan lambakan publisiti tentang pesaing saudara, lebih sukar untuk orang ramai mengenali produk / perkhidmatan anda.

Apakah cara terbaik bagi mengurangkan kos promosi tetapi mampu mendapatkan liputan media secara besar-besaran?

Adakah wujud publisiti percuma di media pada masa semua harga barangan sedang meningkat?

Ya. Publisiti percuma sememangnya wujud!

ANTARA TOPIK -TOPIK YANG BAKAL DIBINCANGKAN

1. Pengiklanan VS Perhubungan Awam. Apakah perbezaan antara kedua-dua terma ini? Mana yang lebih baik bagi mendapatkan promosi yang maksimum dengan mengeluarkan kos yang minimum?

2. Analisis diri melalui SWOT – Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman. Setiap aspek ini bakal dibincangkan bersama menggunakan teknik perancangan media agar perniagaan peserta mendapat promosi yang berpanjangan.

3. Taktik Perhubungan Awam – Sekapur Sirih Daripada Kenyataan Media, Cipta Menang-Menang dengan Wawancara, Bina Rangkaian Kenalan Melalui Sidang Media , Jadikan Media Sebagai Rakan Susah Senang & Internet Senjata Promosi Percuma.

PENYERTAAN ADALAH TERBUKA KEPADA:

– Ahli perniagaan yang mencari cara promosi di media yang berkesan dan percuma
– Para penulis yang ingin mempromosikan karya agung mereka kepada orang ramai
– Kakitangan jabatan perhubungan awam dan pemasaran
– Mereka yang melakukan pekerjaan sepenuh masa / separuh masa dari rumah
– Pelajar universiti / kolej yang ingin mendapatkan publisiti media bagi program di kampus masing-masing
– Pelajar universiti / kolej yang melakukan kerja sambilan dan memerlukan khidmat publisiti media bagi melariskan produk / perkhidmatan mereka
– TUAN & PUAN!

Berapakah nilai pelaburan yang bakal mengubah hidup anda ini?

Kursus selama empat jam, dilengkapi dengan nota dan alat bantu yang lengkap untuk setiap peserta, bimbingan daripada tenaga pakar yang berpengalaman, pelaburan anda ialah sebanyak RM70.

Yuran : RM 70
Bank Islam : 1203 8010 0808 30 (Ultra Mind Resources) atau ke akaun
Maybank : 5621 0620 0279 (Shamsuddin bin Abdul Kadir)

Tempat kini terhad kepada 9 orang sahaja.

Mohon tuan dan cik puan cc slip pembayaran ke info@sk.my atau faks slip ke nombor 03 4142 7300. Kursus ini bakal diadakan pada 11 Jun 2011 dari 9 pagi hingga 1 tengah hari bertempat di pejabat Ultra Mind Resources di 11-2 JALAN WANGSA SETIA 3, WANGSA MELAWATI, 53300 KUALA LUMPUR.

BONUS! Setiap peserta bakal mendapat direktori media cetak dan media elektronik tempatan secara PERCUMA agar promosi dapat dilakukan secara besar-besaran dan berpanjangan. Jangan lepaskan peluang ini! Daftar sekarang!

Kursus ini bakal dikendalikan oleh saudara Mohd Aliff Mohd Nor. Beliau ialah penulis buku ‘Perisik Kota Saba’ dan ‘Tambah Duit DenganKerja Part-Time’. Memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan dan Ilmu Wahyu (Komunikasi Massa) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Kini beliau berkhidmat sebagai penerbit rancangan di salah sebuah stesen radio di bawah RTM. Beliau juga pernah menggalas tugas sebagai Eksekutif Perhubungan Awam dan Pemantau Media.

Saudara Mohd Aliff juga adalah seorang yang aktif dalam bidang penulisan dan turut diundang sebagai trainer untuk bercakap mengenai publisiti media oleh beberapa organisasi tempatan.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: