RSS

Monthly Archives: Ogos 2011

Tanya, Jangan Tidak Tanya

Dua minggu sebelum program, dua kali saya sebut “slot motivasi”. Pada hari program, lain jadinya. “Puan, sepatutnya slot hari ini ialah slot motivasi,” saya berkata. “Yakah? Habis itu kenapa saya diminta bercakap tentang topik kecederaan dan kematian hari ini?” Tetamu itu bertanya. Kami terdiam, bingung. Program sudah ke udara, apa hendak buat? Inilah akibat apabila tetamu tidak mendapatkan keterangan jelas daripada penerbit. Jika tidak faham atau memerlukan kepastian, tolong tanya.

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 26, 2011 in Media & Orang Ramai

 

Jangan Berharap Pada Skrip

Seorang tetamu bercakap sambil memegang kertas skrip yang beliau sediakan. Temu bual hampir setengah jam, beliau masih lagi bercakap manakala tangan memegang kertas dan pen. Apabila diajukan soalan oleh pemanggil, beliau menyelak kertas itu beberapa kali mencari jawapan. Kesan negatif apabila terlalu berharap pada skrip ialah pendengar / penonton boleh tahu sama ada anda bercakap atau membaca dan hilangnya pengaruh seseorang.

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 25, 2011 in Media & Orang Ramai

 

Pentingnya Komunikasi Dua Hala

Amat penting untuk tetamu & penerbit berbincang dahulu sebelum muncul di tv / radio. Ini untuk mengelakkan perbualan tidak lari daripada topik, perbincangan memenuhi kehendak penerbit & pendengar dan waktu ini adalah masa sesuai bagi penerbit menyatakan pantang-larang kepada tetamu sebelum program bermula. Oleh kerana kurangnya komunikasi, seorang penerbit tertidur ketika tetamu sedang ke udara. Tetamu itu membincangkan topik yang melibatkan banyak istilah yang jarang didengar umum.

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 24, 2011 in Media & Orang Ramai

 

Buah Tangan Pengikat Ukhuwah

Baru-baru ini saya saya menerima buah tangan daripada PTS. Terima kasih PTS! Individu / syarikat seharusnya memberikan sesuatu kepada media, jangan tunggu apabila ada program sahaja baru hendak memberi buah tangan. Perbuatan itu amat jelas menunjukkan anda amat terdesak untuk mendapatkan publisiti. Pemberian buah tangan bukanlah satu rasuah. Ia menjadi simbol pengikat ukhuwah antara media dan individu / syarikat. Sekiranya kita tidak tahu menghargai orang lain, orang juga tidak akan menghargai kita.

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 23, 2011 in Media & Orang Ramai

 

Masyarakat Boleh Memanipulasi Media

Ketua Pegawai Eksekutif Apple Steve Jobs mencetuskan fenomena Apple dengan berkata, “MacBook Air: Laptop ternipis di dunia”. Walaupun beliau yang mengeluarkan kata-kata itu, kenyataan itu jugalah yang digunakan oleh ramai pengamal media semasa memperkenalkan MacBook Air. Sesiapa sahaja mampu menguasai media asalkan kena pada cara dan waktunya. Tontoni video ini: http://www.youtube.com/watch?v=Z0jIpSCndtw

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 22, 2011 in Media & Orang Ramai

 

Yosh! Backpackers

Di Malaysia, golongan backpackers masih tidak begitu popular. Sungguhpun begitu, terdapat beberapa buah hotel bajet yang menyediakan penginapan untuk kumpulan ini. Malah, ada juga hamba Allah yang mengambil inisiatif menubuhkan kelab backpackers secara online. Apakah itu backpackers? Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 21, 2011 in Cerita Teman

 

Kepentingan Bersolek

Apabila anda ingin ditemu bual di tv, pastikan anda telah disolek. Tidak kira lelaki atau perempuan, pastikan anda disolek supaya bahan alat solek yang digunakan ke atas wajah anda dapat disesuaikan dengan lensa kamera. Salah satu faktor kekalahan Richard Nixon kepada John F. Kennedy ketika merebut jawatan Presiden Amerika Syarikat ialah kerana Richard Nixon tidak mahu disolek. Akibatnya, wajah beliau nampak muram dan lesu yang menyebabkan kurangnya keyakinan orang ramai terhadap Nixon.

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 21, 2011 in Media & Orang Ramai