RSS

Yosh! Backpackers

21 Aug

Di Malaysia, golongan backpackers masih tidak begitu popular. Sungguhpun begitu, terdapat beberapa buah hotel bajet yang menyediakan penginapan untuk kumpulan ini. Malah, ada juga hamba Allah yang mengambil inisiatif menubuhkan kelab backpackers secara online. Apakah itu backpackers?

Backpackers ialah mereka yang melancong dalam kumpulan ke tempat-tempat tertentu bagi mencapai misi masing-masing. Mereka akan tinggal di tempat penginapan sementara yang menawarkan harga yang rendah dan berpatutan dan mereka tidak akan tinggal lama di tempat tersebut.

Malah, mereka juga tidak membawa duit yang banyak untuk melancong. Duit yang mereka ada sememangnya untuk bekalan pergi bercuti di beberapa buah destinasi lain.

Salah seorang rakan penulis yang menubuhkan Yosh! Backpackers memulakan siri penjelajahan tiga hari ke Alor Setar, Kedah. Misi itu diketuai oleh Azree Hanifiah. Seramai 12 orang menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke sana dan membuat penggambaran video. Video itu kemudiannya disunting dan dimuat naik ke laman sesawang YouTube. Azree menyatakan misi itu lebih kepada pendedahan kepada peserta untuk belajar dan mempraktikkan ilmu fotografi dan mengambil video.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang backpackers, anda bolehlah pergi ke http://www.backpackingmalaysia.com/. Namun, apakah kaitan backpackers dengan blog ini?

Nantikan kemunculan buku ketiga saya yang bertajuk “Percutian Bajet”. Tajuk backpackers ada dibincangkan dalam buku ini. Sekiranya orang ramai mengeluh tidak dapat bercuti kerana tidak cukup wang, buku ini bakal menjengah ke pasaran pada hujung tahun 2011, mengupas bagaimana menggunakan sumber wang yang terhad untuk mendapatkan nikmat percutian yang tidak terhad.

Oleh itu, tunggu kemunculan buku “Percutian Bajet”!

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 21, 2011 in Cerita Teman

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: