RSS

Monthly Archives: September 2011

Hargai Masa Pendengar

Dijemput sebagai tetamu undangan ialah penghargaan yang besar kepada seseorang. Ia adalah ruang publisiti yang memiliki kesan tarikan tinggi kepada orang ramai. Oleh itu, gunakanlah ruang itu sebaik mungkin. Saya pernah mendapat tetamu yang membuang masa saya dan pendengar dengan mempromosikan laman akaun Facebook milik majikannya. Pada masa itu juga pemanggil meminta agar program itu dipendekkan kerana tidak begitu memberi manfaat dan impak.

Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di September 30, 2011 in Media & Orang Ramai

 

Pertembungan Watak & Perwatakan

Ketika sesebuah program ke udara, karakter dalam dan luar studio bertembung. Watak dan perwatakan hos, penerbit dan tetamu undangan saling berbeza. Kaji dengan siapa yang bakal anda bertemu, lihat program apa dan kenali jenis penonton yang mengikuti program itu. Apabila tiada kajian, maka salah satu pihak bakal menjadi pendiam kerana ketiadaan persamaan antara kedua belah pihak.

 
Tinggalkan komen

Posted by di September 29, 2011 in Media & Orang Ramai

 

Adab Tetamu Undangan

Tetamu mesti mengambil kira layanannya adalah pada hos, pemanggil dan penonton. Di sini letaknya kepentingan pembawaan diri di hadapan orang ramai. Leraikan rasa panik dan lakukan secara bersahaja. Apabila tetamu tidak pandai menjaga diri, maka penonton / pendengar bakal mendapat mesej negatif yang seterusnya terbawa-bawa hingga ke dunia realiti. Ingat, anda dipilih sebagai tetamu undangan kerana anda memiliki kredibiliti yang tidak dimiliki orang lain.

 
Tinggalkan komen

Posted by di September 26, 2011 in Media & Orang Ramai

 

Slogan Memeningkan

Salah satu punca produk / perkhidmatan tidak laku adalah kerana menggunakan slogan yang sukar untuk difahami. Antara slogan Mengarus Perdana Latihan Kemahiran dan Just Do It, mana yang lebih difahami? Jangan menggunakan slogan yang bunyinya gah tetapi tidak difahami oleh semua orang. Gunakan bahasa yang mudah dan singkat, ia lebih mudah diingati. Slogan diingati, menambahkan kesetiaan dalam kalangan pengguna sedia ada dan berpotensi menarik pelanggan baharu.

 
Tinggalkan komen

Posted by di September 22, 2011 in Media & Orang Ramai

 

Adab Tetamu Undangan

Cipta hubungan dengan kamera. Jaga adab percakapan dan postur badan ketika berbicara. Sebelum bercakap, fikirkan di minda apa yang penonton / pendengar mahukan. Melihat kamera adalah melihat masyarakat di hadapannya. Tidak kira di radio atau di tv, jadilah pendengar dan penjawab yang baik di studio. Soalan yang diajukan mesti difahami dan dibalas bersesuaian dengan kehendak hos.

 
Tinggalkan komen

Posted by di September 20, 2011 in Media & Orang Ramai

 

Pembunuh Tetamu Undangan

Tidak menjawab soalan, tidak bersedia menjawab soalan spontan, tidak mesra kepada set studio, bercakap terlalu laju dan terkeluar topik adalah pembunuh kepada tetamu undangan. Mungkin tetamu sebegini takut melakukan kesilapan ketika ke udara, takut membuat orang berasa bosan dengan mesej yang ingin disampaikan atau lupa akan apa yang ingin dibicarakan. Oleh itu, buat kajian dan berlatih bercakap sebelum muncul ke udara kerana tetamu undangan adalah mereka yang pakar dengan apa yang dibicarakan.

 
Tinggalkan komen

Posted by di September 19, 2011 in Media & Orang Ramai

 

Muncul PERCUMA di ‘Resensi Buku’

Salam rakan-rakan penulis! Berita baik! Sesiapa yang berminat untuk muncul secara PERCUMA di slot ‘Resensi Buku’, mohon e-mel nama pena penulis, tajuk buku, sinopsis & kekuatan buku, kod ISBN dan harga buku itu kepada ramleeawangmurshid@yahoo.com. Beliau adalah pengacara dan juga penerbit untuk slot ini. Ia ke udara setiap Khamis antara pukul 8 pagi hingga 9 pagi di TV1. Di sini adalah video ketika saya muncul di slot tersebut: http://www.youtube.com/watch?v=l1nbZvXOkL4

 
Tinggalkan komen

Posted by di September 15, 2011 in Media & Orang Ramai