RSS

Monthly Archives: Oktober 2011

Pesaing Berkongsi Matlamat

Walaupun setiap orang memiliki kepakaran berbeza dan bersaing dalam bidang sama mencari rezeki halal, perlu ada kesepaduan dan persamaan dalam satu aspek bagi membangunkan masyarakat. TV1 mempunyai ‘Forum Perdana Ehwal Islam’, TV3 memiliki ‘Al-Kuliyyah’ dan Astro Oasis dengan ‘Anjakan Paradigma bersama Dato’ Dr. Fadzilah’. Penulis juga begitu, berada di bawah penerbit yang berbeza tetapi menetapkan matlamat memandaikan bangsa dan membuat duit untuk jangka masa panjang.

Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di Oktober 11, 2011 in Media & Orang Ramai, Penulisan

 

Perbanyakkan Kepakaran

Apabila mencari tetamu untuk dibawa ke studio, saya cenderung mencari tetamu yang memiliki lebih daripada satu kemahiran / kemahiran. Kononnya apabila terlalu banyak kepakaran susah untuk proses penjenamaan. Muhammad bin Abdullah memiliki lebih daripada satu kepakaran; pemimpin agung, suami soleh, sahabat, motivator, panglima perang dan ayah yang baik. Sehingga hari ini namanya disanjung oleh orang Islam dan bukan Islam walaupun beliau telah meninggalkan dunia ini lebih daripada 1,000 tahun.

 
Tinggalkan komen

Posted by di Oktober 4, 2011 in Media & Orang Ramai