RSS

Category Archives: Bisnes, Kewangan dan Pengurusan

Membina Network dengan Media

Apakah faedah menjalinkan hubungan rapat dengan media? Adakah ia dapat membantu daripada sudut promosi atau mencipta kontroversi semata-mata? Jika ia membantu, apakah cara-cara bagi membina hubungan yang baik dengan media?

Soalan-soalan sebegini biasanya muncul apabila kita mempunyai bahan menarik untuk dihebahkan tetapi kita tidak tahu bagaimana untuk memulakan hubungan dengan pihak media. Read the rest of this entry »

 

Kursus Tip Publisiti Percuma di Media

Umum mengetahui publisiti di media menelan belanja yang besar. Ditambah pula dengan lambakan publisiti tentang pesaing saudara, lebih sukar untuk orang ramai mengenali produk / perkhidmatan anda.

Apakah cara terbaik bagi mengurangkan kos promosi tetapi mampu mendapatkan liputan media secara besar-besaran?

Adakah wujud publisiti percuma di media pada masa semua harga barangan sedang meningkat?

Ya. Publisiti percuma sememangnya wujud! Read the rest of this entry »

 

Kawan: Agen Pemasaran atau Menghambakan Saudara?

Adakah saudara berkemahiran melakukan sesuatu pekerjaan yang boleh mendatangkan hasil?

Sesetengah daripada kita tidak menyedari bahawa kita sendiri mempunyai potensi atau kemahiran melakukan sesuatu sehingga ia boleh menjana keuntungan.

Kadang- kadang, mereka yang berada di sekeliling kita seperti ibu bapa, adik- beradik, saudara- mara, rakan- rakan dan jiran tetangga juga tidak perasan bahawa kita boleh membuat duit dengan skil yang kita miliki.

Apa yang lebih mengecewakan, ada juga sesetengah orang yang berkemahiran seperti membaiki komputer, menjadi pengerusi majlis, menyanyi di majlis keramaian dan pelbagai lagi skil yang lain tidak tahu bagaimana ingin menjana pendapatan daripada skil mereka.

Malah, ada di kalangan mereka yang memiliki bakat istimewa ini tidak tahu bagaimana untuk membuat bisnes di kalangan rakan masing- masing. Read the rest of this entry »

 
 

Pentingnya 4P

Pada minggu ini, UIAM menyambut majlis konvokesyen yang ke- 24. Di mana- mana institusi pengajian sekalipun, majlis konvokesyen akan diiringi dengan pesta dan gerai- gerai yang menjual pelbagai barangan dan makanan sepanjang tempoh seminggu.

UIAM juga mengadakan pesta konvokesyen yang dinamakan STABAZ 2008 (Stall and Bazaar 2008). Sepanjang seminggu ini, gerai- gerai makanan yang berada di kolej dan kuliyyah hanya dibenarkan buka sehingga pukul 5 atau 7 petang sahaja.

Antara gerai makanan yang menarik perhatian ialah gerai makanan Leha Kel Food. Gerai ini merupakan cawangan daripada sebuah restoran Leha Kel Food di Taman Melati. Harganya boleh tahan, berbaloi dengan servis serta makanan yang diberikan.

Disebabkan restoran ini sudah pun mempunyai nama, maka tanpa rasa gusar saya terus pergi ke gerai itu. Read the rest of this entry »

 
2 Komen

Posted by di Ogos 29, 2008 in Bisnes, Kewangan dan Pengurusan