RSS

Category Archives: Coretan Pelajar

Kreatif Mencari Masa Membaca

Seorang rakan saya bertanya, bagaimana saya mencari masa untuk membaca buku. Ya, membaca buku. Kalau sesetengah daripada kita tidak sanggup untuk membelanjakan sedikit wang untuk membeli buku, apatah lagi untuk membaca buku.

Kehidupan saya sekarang ini, dari waktu siang hingga petang digunakan untuk ke kelas dan belajar. Di sebelah petang sehingga malam pula, saya ke kelas untuk mengajar. Apabila sampai bilik, jam sudah menunjukkan hampir 11 malam.

Persoalannya, bagaimana saya mencari masa untuk membaca buku dengan jadual harian yang padat? Ada pelbagai cara yang boleh digunakan bagi mencari waktu yang sesuai untuk membaca. Bergantung sama ada kita pandai mencari waktu tersebut atau tidak. Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di Jun 13, 2009 in Coretan Pelajar, Kisah Hidup

 

Pelajar, Pekerja dan Isu Pakaian

Dialog Pertama
Mentor Zamri: Aku tengok budak- budak junior Comm sekarang dah tak macam time aku la. Makin kurang disiplin, aku pun tak tau apasal. Kalau dressing, lagi la. Baik lelaki, perempuan. Yang laki tu, rambut panjang, warna pun ada juga. Pakai selipar, baju takde kolar. Kau sebagai student Comm yang baru, aku tak nak kau macam tu.

Aliff: Then, abang nak saya jadi macam mana? Read the rest of this entry »

 

Selepas Satu Demi Satu

Cerita Pertama
“Aliff, sem ni jadual awak macam mana? Kelas pack tak?” tanya seorang rakan. “Pack la juga. Dah lama tak pergi kelas pukul 8 pagi sejak tinggalkan matriks. Sem ni, kelas Selasa dan Khamis mula pada 8 pagi dan tamat pada 3.20 petang. Habis sarapan dan lunch,” saya menjawab pertanyaan gadis muda ini.

Hmm, kesian juga ye awak ni. Tapi ada orang kelas lagi banyak daripada awak. Takpe la, kalau tak habiskan semua subjek, tak grad la,” pujuk kawan saya ini.

Cerita Kedua
Sedang saya berjalan, tiba- tiba satu notis ditampal di sebelah tandas yang berbunyi begini, “Due to further mechanical work rectification, main water supply tank on the rooftop has to be temporarily closed beginning from 19th until 20th December 2008.”

Hari ini, kita sudah menginjak ke 24 Disember dan blok saya masih tidak mempunyai air. Kalau hendak mandi atau bersuci, terpaksa berlari ke blok sebelah. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Disember 24, 2008 in Coretan Pelajar, Kisah Hidup

 

Menguap? Bagaimana….

Hanya tinggal lagi setahun untuk saya menuntut ilmu di Taman Ilmu dan Budi. Sekarang, apabila bangun tidur kena fikir untuk menyiapkan kerja- kerja yang diberikan oleh pensyarah.

Kini, apabila celik mata maka saya akan bersiap untuk pergi ke kelas. Banyak kali ponteng, alamatnya akan menerima “surat cinta” daripada pensyarah. Silap- silap, dilarang memasuki dewan peperiksaan kerana terlalu banyak ponteng.

Perangai saya, seboleh- bolehnya saya akan cuba mengelak daripada mengambil kelas yang bermula pada 8 atau 8.30 pagi. Ini adalah kerana saya takut tidak dapat bangun untuk ke kelas.

Kadang- kadang pergi ke kelas yang bermula pada pukul 10 pagi, 11.30 pagi, 2 petang, 3.30 petang, saya masih mengantuk, menguap berkali- kali di dalam kelas yang hanya sejam setengah. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di September 13, 2008 in Coretan Pelajar

 

10 hari 9 malam

Berikut adalah tarikh- tarikh peperiksaan yang saya telah selamat menempuh; bermula pada tanggal 19 Mac, bersambung pula pada 23, 25 dan 26 di dalam bulan yang sama. Kemudian, dapatlah berehat selama 10 hari.

 

Peperiksaan saya kemudian diteruskan pada 6 dan 7 haribulan April 2008. Saya tidak tahu mengapa, peperiksaan bagi pelajar aliran Sastera biasanya akan menduduki ujian pada minggu- minggu terakhir peperiksaan.

 

Lihat contoh pada diri saya. Terpaksa “honeymoon” di rumah selama 10 hari bagi menunggu kertas ujian seterusnya. Seronok ke? Hanya Tuhan yang tahu betapa bosannya menanti ujian untuk satu jangka masa yang lama.

 

Seorang rakan berkata, “Cuti lama- lama, result mesti gempak.” Saya hanya tersenyum dan membalas kadang- kadang cuti yang terlalu lama hanya membuat kita semakin malas dan kemahiran yang ada kalau ditinggalkan terlalu lama akan “tumpul” kalau tidak praktis. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di April 9, 2008 in Coretan Pelajar

 

Justifikasi Sebuah Reshuffle

 Kalau di hostel saya, setelah setahun saudara tinggal di dalam kolej saudara diarahkan untuk mengosongkan bilik dan larangan keras kepada semua warga kolej untuk tidak menetap di dalam bilik yang sama lagi.

 

Bagi mereka yang duduk jauh, memang kasihan. Kena kemas bilik dan kemudian terpaksa berulang- alik dari bilik ke setor bagi menempatkan barang masing- masing. Kalau barang saudara kena curi, itu adalah atas risiko sendiri.

 

Pada asalnya, idea penukaran bilik ini yang dikenali sebagai “reshuffle” dicetuskan oleh mantan Rektor UIAM, Tan Sri Prof. Dr. Kamal Hassan.

 

Ia bertujuan untuk memastikan pelajar Malaysia dan pelajar antarabangsa dapat tinggal dalam sebuah bilik, bertukar pendapat dan berinteraksi selama setahun.

 

Saya sudah tinggal di UIAM selama tiga tahun, saya melihat idea beliau sebagai sesuatu yang tidak dapat direalisasikan. Mengapa saya berkata begitu? Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di April 9, 2008 in Coretan Pelajar

 

Pencarian Roommate Bermula!

Oleh kerana sistem reshuffle (pertukaran bilik hostel setelah menetap setahun) sudah dilaksanakan, maka saya perlu mengemaskan bilik dan keluar.

 

Keluar dan pindah ke bilik lain, ke bilik yang saya sendiri tidak tahu apakah sejarah silam bilik yang bakal saya duduki pada semester akan datang.

 

Oleh kerana ketiga- tiga orang rakan sebilik saya pada semester ini semua akan membuat praktikal dan masuk UIAM pada bulan Julai nanti, terpaksalah saya mencari teman sebilik yang baru.

 

Ingatkan kerja ini senang, rupanya payah juga. Apabila sudah jumpa dengan si tuan badan, beliau berkata diri sudah “ditempah” untuk bersama rakan sebilik yang lain.

 

Bercerita tentang rakan sebilik, ada beberapa cerita menarik yang saya berjaya korek daripada rakan- rakan untuk dikongsi bersama. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di April 9, 2008 in Coretan Pelajar