RSS

Category Archives: Dari Kamar Office

Part- Timer Mangsa Kedengkian Staf

“Awak, ada orang tak suka saya. Diorang tak suka cara saya kerja. Yang problemnya, bos saya OK je dengan kerja saya. Tapi orang lain dari pejabat lain yang tak suka cara saya kerja. Tak tau nak buat macam mana dah,” kata seorang gadis berusia 24 tahun kepada saya.

Pernahkah saudara mengalami kejadian yang serupa seperti dialog di atas? Pernahkah anda berada di dalam situasi di mana majikan atau ketua menyukai cara kerja saudara tetapi orang lain, daripada unit yang berbeza tidak suka saudara serta cara kerja saudara? Read the rest of this entry »

Advertisements
 
3 Komen

Posted by di Januari 7, 2009 in Dari Kamar Office, Kisah Hidup

 

Terima Kasih PRO!

Hari ini, genap sudah saya berada di Pejabat Perhubungan Awam UIAM (PRO) selama dua tahun. Saya mula bekerja di sini semasa saya menjadi pelajar tahun kedua, kini saya merupakan seorang pelajar tahun keempat di UIAM.

Dua tahun di PRO, macam- macam pengalaman, orang- orang yang saya temui dan pelbagai cerita UIAM yang saya tidak tahu kesahihannya. Saya tidak pernah menyangka saya masih bertahan di sini.

Maklumlah, kerja separuh masa biasanya tidak tahan lama. Tidak sampai setahun, biasanya seseorang itu akan berhenti. Sepanjang dua tahun ini, pelbagai kisah suka dan duka terlakar di dalam diari hidup. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Januari 4, 2009 in Dari Kamar Office, Kisah Hidup

 

Pelajar, Pekerja dan Isu Pakaian

Dialog Pertama
Mentor Zamri: Aku tengok budak- budak junior Comm sekarang dah tak macam time aku la. Makin kurang disiplin, aku pun tak tau apasal. Kalau dressing, lagi la. Baik lelaki, perempuan. Yang laki tu, rambut panjang, warna pun ada juga. Pakai selipar, baju takde kolar. Kau sebagai student Comm yang baru, aku tak nak kau macam tu.

Aliff: Then, abang nak saya jadi macam mana? Read the rest of this entry »

 

Pekerja “Bintang” Lari

Baru- baru ini, seorang pensyarah dari Jabatan Komunikasi Media di salah satu universiti ternama meletakkan jawatan. Apabila saya selidik, salah satu sumber yang boleh dipercayai mengatakan pensyarah yang bertaraf “Prof. Madya” itu berhenti atas sebab- sebab kesihatan.

Sumber itu menambah pihak atasan yang tidak “menjaga” pensyarah ini sebaik mungkin, antara faktor- faktor yang membuatkan pensyarah ini meletakkan jawatan.

Saya bukan hendak menuduh pihak atasan universiti itu tidak pandai menjaga orang bawahan, tetapi selepas melakukan pemerhatian di jabatan tersebut, saya yakin pihak pentadbiran organisasi itu memang tidak tahu “menjaga” pekerja. Read the rest of this entry »

 
3 Komen

Posted by di Oktober 10, 2008 in Dari Kamar Office

 

Pemimpin NATO

Baru- baru ini, pihak Alumni UIAM melancarkan sebuah buku bertajuk “IIUM Silver Jubilee Coffee Table Book”. Buku ini memuatkan program- program penting berlaku sepanjang 25 tahun pembangunan UIAM.

Saya ditugaskan untuk membuat berita mengenai buku ini, maka saya pun pergi ke Pejabat Alumni UIAM setelah diarahkan oleh orang atasan di pejabat (PRO UIAM).

Setibanya di sana, pegawai Pejabat Alumni UIAM memberitahu beliau sudah pun menghantar semua maklumat tentang buku tersebut dua minggu lalu. Saya pun kembali semula ke PRO UIAM.

Lantas saya memberitahu perkara tersebut kepada orang atasan saya. Inilah jawapan beliau dengan muka selamba, langsung tiada rasa bersalah, “Saya dah delete hari tu.”

Bagaimana seorang yang berpangkat penting di dalam sesebuah organisasi boleh membuang maklumat- maklumat penting yang diberikan oleh pihak lain dan diperlukan oleh orang bawahan beliau? Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di September 18, 2008 in Dari Kamar Office

 

Bos Seperti Hantu Raya

Seorang rakan dari Berita Harian berbisik kepada saya, “Hari tu dah buat press conference untuk jubah ni. Kenapa nak buat lagi sekali?”

Saya hanya menjawab, “Mungkin masih ada orang yang tak clear kenapa UIAM ubah konsep kot..”

Saya bertanya kepada salah seorang pegawai di situ apakah relevannya menunjukkan jubah terbaru UIAM sedangkan ia sudah dipersembahkan kepada wartawan sebelum ini. Pegawai ini hanya menjawab, “Biarlah.”

Saya terdiam. Pegawai sebegini seperti seekor burung kakak tua, hanya pandai mengikut arahan orang atasan tetapi tidak tahu tujuan di sebalik sesuatu kejadian. Tidak ubah seperti seekor hantu raya dengan tuannya. Hanya menurut perintah tuannya asalkan habuan untuk menghisap darah dipenuhi. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 13, 2008 in Dari Kamar Office

 

Adab Pemakaian Jeans

Saya pernah menghadiri bermacam- macam program. Program ini tidak menentu, ia boleh berlaku pada bila- bila masa sahaja.

Kalau berlaku pada waktu malam, kenalah pergi. Kalau sesuatu isu itu terjadi pada hujung minggu, terpaksalah juga pergi.

Dan bagi seorang pencari berita, mereka juga tidak terlepas daripada mematuhi beberapa etika kod pemakaian. Imej pertama yang dilihat orang, itulah imej yang akan melekat di kepala mereka sampai bila- bila.

Saya pernah memakai seluar jeans dan pergi membuat liputan berita. Antara hadirin terhormat yang hadir pada ketika itu adalah Rektor UIAM dan beberapa individu berkepentingan dari Lembaga Zakat Selangor. Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di Jun 9, 2008 in Dari Kamar Office