RSS

Category Archives: Diari PDAJ

Selamat Hari Lahir ke- 22, Aliff

Pada hari Sabtu yang lalu, genaplah usia saya 22 tahun dan menyambut hari lahir pada November 22. Tidak sangka, tahun ini menyambut hari lahir pada angka yang cantik.  Kepada mereka yang menghantar SMS, emel dan apa juga bahan yang bertujuan untuk memberitahu 22 November adalah hari lahir saya, terima kasih!

Hadiah apa yang saya dapat? Setakat ucapan daripada keluarga, orang tersayang dan rakan- rakan sudah cukup memadai untuk membuat saya tersenyum seorang diri.

Beberapa hari kemudian, saya menatap wajah seorang pelakon muda yang namanya sedang meningkat naik, Diana Danielle di dalam surat khabar Harian Metro. Tidak sangka, beliau juga menyambut hari lahir pada 22 November.

Bezanya antara beliau dan saya, beliau menyambut hari lahir di dalam satu majlis gilang- gemilang sehingga wakil media dijemput hadir untuk meraikan hari jadi beliau.

 Saya pula meraikan hari lahir di rumah, berbekalkan lauk tom yam dan nasi putih yang terpaksa menunggu hampir dua jam untuk dimakan. Lebih memilukan, baik ibu atau adik- adik, tiada seorang pun mengingati Sabtu yang lepas merupakan hari lahir saya. Read the rest of this entry »

 
4 Komen

Posted by di November 25, 2008 in Diari PDAJ, Kisah Hidup

 

Dari Negatif, Positif dan Negatif

Sudah agak lama saya tidak meletakkan apa- apa  cerita di bahagian ini. Dengan masa yang banyak diperuntukkan di universiti, agak payah untuk saya pulang ke rumah mengorek rahsia- rahsia sulit dan cerita yang terjadi di taska ibu.

Apa pun, saya akan cuba mencari lagi sebanyak mungkin kerana terdapat pembaca yang seronok membaca kisah tentang keletah dan masalah yang ditimbukan oleh si kecil.

Entah apa yang tidak kena, taska ibu selalu menerima kehadiran kanak- kanak yang bermasalah dan selalu menimbulkan kekacauan apabila tiba.

Walaupun majoriti daripada mereka berjaya dibentuk menjadi menjadi lebih baik daripada sebelum datang, masih ada beberapa lagi kanak- kanak nakal yang ibu sudah kehabisan idea dan kudrat bagi melentur perangai mereka. Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di Mei 14, 2008 in Diari PDAJ

 

Kebalnya Kanak- Kanak Zaman Sekarang

Prestasi seorang pelajar di taska ibu tiba- tiba jatuh merudum. Dahulu, beliau merupakan salah seorang pelajar yang memperolehi markah cemerlang di dalam ujian. Apa sudah jadi dengan kanak- kanak ini?

Adakah disebabkan kurangnya didikan daripada ibu bapa beliau, guru- guru di taska ibu saya tidak mengajar dengan betul atau ada faktor lain yang menyumbang kearah permasalahan ini? Wallahuallam.

Dahulunya, ibu kepada kanak- kanak ini tidak sudah- sudah memuji taska ibu saya kerana berjaya mendidik anak beliau.

Daripada tidak kenal huruf di usia empat tahun, pada usia kanak- kanak ini mencecah lima tahun, beliau sudah kenal nombor, huruf dan pandai membaca.

Mungkin kerana kejatuhan si anak, si ibu terus menemui ibu saya dan berkata beliau ingin memindahkan anak beliau ke pusat didikan yang lain tahun hadapan.

Hai, dulu puji melambung- lambung. Disebabkan prestasi anak jatuh, sudah ingin hantar ke tempat lain? Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di November 19, 2007 in Diari PDAJ

 

Adegan Panas Si Kecil

Seorang anak kecil bernama Ani(bukan nama sebenar) dihantar ke taska ibu setelah tidak ‘diterima’ oleh tiga pusat taska.

Berumur lima tahun. Pada hari pertama mereka sampai di taska ibu, si kakak sudah berani mula menunjukkan “taring”.

Baju yang yang cantik dan elok dipakai, sengaja Ani londehkan sedikit, nampaklah bahu yang hitam legam serta berkudis itu.

Apabila memakai skirt, sengaja beliau menarik skirt ke atas sehingga menampakkan seluar dalamnya. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di September 26, 2007 in Diari PDAJ

 

Perhatian! Perhatian! Perhatian!

Seorang peniaga yang menghantar anak beliau ke taska ibu saya, mengadu mengapa anak bongsu beliau tidak mendengar kata. Si anak baru berumur empat tahun, sudah mula pandai buat perangai.

Anak adalah anugerah dari Allah, ternyata bukan mudah hendak menjadi ibu bapa. Ibu saya pernah berkata “Apabila kau kahwin, Aliff, macam- macam tanggungjawab datang. Tanggungjawab paling berat yang kau kena pikul adalah mendidik anak.”

Ibu pun bercerita panjang- lebar tentang perihal si anak, barulah saya faham mengapa si anak tidak mahu mendengar cakap si ibu. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di September 10, 2007 in Diari PDAJ

 

Anak Bermasalah, Ibu Bapa Pembawa Masalah

Ibu tidur awal malam tadi. Terlalu penat atau ingin tidur awal, saya tidak tahu mengapa. Seperti biasa, beliau memanggil saya untk memicit kaki.

Sedang sibuk memicit kaki, saya sengaja meringankan mulut ini bertanya apa yang beliau lalui semasa di taska semalam. Ibu hanya berkata beliau terlalu penat untuk memikirkan apa yang telah terjadi.

Korek, korek, korek, dapat juga sedikit perkembangan tentang taska ibu. Sekarang, ibu bertanggungjawab untuk menguruskan 41 orang kanak- kanak yang dipenuhi dengan pelbagai kerenah dan macam- macam ragam.

Kalau kanak- kanak memberi masalah, saya masih boleh faham lagi. Kalau ibu bapa kanak- kanak penyebab masalah, rasanya ada yang tidak kena di sini.

Begitulah yang terjadi kepada ibu semalam. Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di September 4, 2007 in Diari PDAJ

 

Demam Seorang Budak Taska

Hazwan (bukan nama sebenar) sudah empat hari tidak mandi, bukan sebab tidak mahu mandi tetapi ditegah oleh ibu bapa beliau kerana menghidap demam. Sesampai sahaja di taska ibu saya, ibu Hazwan berkata “Mandikan dia, kak. Sudah empat hari Hazwan tidak mandi.”

Hazwan merupakan seorang budak berumur lima tahun dan merupakan anak tunggal kepada pasangan Herman (bukan nama sebenar) dan Lina (bukan nama sebenar) yang membuka bisnes sendiri di ibu kota.

Saya tidak tahu mengapa seorang budak berusia lima tahun yang sedang demam tidak dibenarkan mandi selama empat hari… Saya melayari Internet mencari segala cabang ilmu tentang demam. Alhamdulillah, pencarian saya berakhir dalam masa yang singkat sahaja. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Jun 28, 2007 in Diari PDAJ