RSS

Category Archives: Kisah Hidup

Membina Network dengan Media

Apakah faedah menjalinkan hubungan rapat dengan media? Adakah ia dapat membantu daripada sudut promosi atau mencipta kontroversi semata-mata? Jika ia membantu, apakah cara-cara bagi membina hubungan yang baik dengan media?

Soalan-soalan sebegini biasanya muncul apabila kita mempunyai bahan menarik untuk dihebahkan tetapi kita tidak tahu bagaimana untuk memulakan hubungan dengan pihak media. Read the rest of this entry »

Advertisements
 

Kreatif Mencari Masa Membaca

Seorang rakan saya bertanya, bagaimana saya mencari masa untuk membaca buku. Ya, membaca buku. Kalau sesetengah daripada kita tidak sanggup untuk membelanjakan sedikit wang untuk membeli buku, apatah lagi untuk membaca buku.

Kehidupan saya sekarang ini, dari waktu siang hingga petang digunakan untuk ke kelas dan belajar. Di sebelah petang sehingga malam pula, saya ke kelas untuk mengajar. Apabila sampai bilik, jam sudah menunjukkan hampir 11 malam.

Persoalannya, bagaimana saya mencari masa untuk membaca buku dengan jadual harian yang padat? Ada pelbagai cara yang boleh digunakan bagi mencari waktu yang sesuai untuk membaca. Bergantung sama ada kita pandai mencari waktu tersebut atau tidak. Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di Jun 13, 2009 in Coretan Pelajar, Kisah Hidup

 

Sesi Autograf Bersama Penulis 31 Kisah dan Kuiz di PWTC

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya hormati,

Saya ingin menjemput tuan/ puan menghadiri program bersama penulis- penulis “31 Kisah”. Berikut adalah butiran- butirannya:

Penulis: Saridah Hamid & Mohd Aliff Md Nor

Tarikh: 18 April 2008 (Sabtu)

Masa: 5:00 hingga 6:00 petang

Tempat: Booth PTS (72-79), PWTC bersebelahan dewan Tun Hussien Onn

Anjuran: PTS Islamika Sdn. Bhd.

Diskripsi: Sesi autograf bersama penulis buku “31 Kisah”. Kuiz juga turut diadakan. Soalan mudah dan senang untuk dijawab. Pemenang akan menerima hadiah buku “31 kisah”. Maklumat lanjut, sila hubungi Siti Asyuura Jalaluddin , 016-6612014. Penyertaan adalah percuma. Semua dijemput hadir.

 
1 Komen

Posted by di April 16, 2009 in Kisah Hidup, Penulisan

 

Segelintir Kita Kurang Ajar

“ OK dear, nite. Minta ampun, maaf daripada awak tau. Gud nite.”

TQ sgt2 coz teman malam ni. Tido elok- elok, baca doa. Nite…”

“Terima kasih sangat- sangat sebab tolong saya.”

Apa yang saudara rasakan sekiranya semua ucapan di atas tidak mendapat sebarang respons atau  jawapan? Sekiranya orang itu mahukan anda memberitahu sesuatu dan anda memahami apa yang dia sampaikan, adakah anda akan menjawab “Terima kasih” atau pun sekadar menjawab “OK”? Read the rest of this entry »

 
5 Komen

Posted by di Februari 1, 2009 in Kisah Hidup, Motivasi

 

Part- Timer Mangsa Kedengkian Staf

“Awak, ada orang tak suka saya. Diorang tak suka cara saya kerja. Yang problemnya, bos saya OK je dengan kerja saya. Tapi orang lain dari pejabat lain yang tak suka cara saya kerja. Tak tau nak buat macam mana dah,” kata seorang gadis berusia 24 tahun kepada saya.

Pernahkah saudara mengalami kejadian yang serupa seperti dialog di atas? Pernahkah anda berada di dalam situasi di mana majikan atau ketua menyukai cara kerja saudara tetapi orang lain, daripada unit yang berbeza tidak suka saudara serta cara kerja saudara? Read the rest of this entry »

 
3 Komen

Posted by di Januari 7, 2009 in Dari Kamar Office, Kisah Hidup

 

Terima Kasih PRO!

Hari ini, genap sudah saya berada di Pejabat Perhubungan Awam UIAM (PRO) selama dua tahun. Saya mula bekerja di sini semasa saya menjadi pelajar tahun kedua, kini saya merupakan seorang pelajar tahun keempat di UIAM.

Dua tahun di PRO, macam- macam pengalaman, orang- orang yang saya temui dan pelbagai cerita UIAM yang saya tidak tahu kesahihannya. Saya tidak pernah menyangka saya masih bertahan di sini.

Maklumlah, kerja separuh masa biasanya tidak tahan lama. Tidak sampai setahun, biasanya seseorang itu akan berhenti. Sepanjang dua tahun ini, pelbagai kisah suka dan duka terlakar di dalam diari hidup. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Januari 4, 2009 in Dari Kamar Office, Kisah Hidup

 

Pelajar, Pekerja dan Isu Pakaian

Dialog Pertama
Mentor Zamri: Aku tengok budak- budak junior Comm sekarang dah tak macam time aku la. Makin kurang disiplin, aku pun tak tau apasal. Kalau dressing, lagi la. Baik lelaki, perempuan. Yang laki tu, rambut panjang, warna pun ada juga. Pakai selipar, baju takde kolar. Kau sebagai student Comm yang baru, aku tak nak kau macam tu.

Aliff: Then, abang nak saya jadi macam mana? Read the rest of this entry »