RSS

Category Archives: Motivasi

Kerja Sambilan Menjanjikan Faedah Lumayan

Buletin Utama malam tadi menyiarkan di Vietnam, separuh juta rakyatnya telah kehilangan pekerjaan.

Baru- baru ini, salah sebuah bank terkemuka di Malaysia telah memberikan cuti selama enam bulan tanpa gaji kepada ribuan pekerjanya dan pekerja- pekerja ini dipaksa ambil cuti tersebut. Lebih memeranjatkan, bank yang disangka selama ini kukuh terpaksa menutup beberapa buah cawangan akibat krisis ekonomi sekarang.

Krisis ekonomi sekarang yang dikatakan lebih teruk berbanding The Great Depression yang berlaku pada akhir 1929 juga mengakibatkan ribuan graduan terus menganggur.

Ada yang mengambil langkah selamat dengan menyambung pengajian ke peringkat pasca ijazah. Malah, ramai rakan- rakan saya yang telah tamat pengajian pada akhir tahun lepas sehingga kini masih mencari- cari pekerjaan.

Di saat sebahagian daripada kita susah hati demi mendapatkan pekerjaan, seorang rakan saya bernama Nizam (bukan nama sebenar) sedang sibuk memikirkan pelbagai tawaran kerja yang beliau terima. Read the rest of this entry »

Advertisements
 
4 Komen

Posted by di April 11, 2009 in Cerita Teman, Motivasi

 

Segelintir Kita Kurang Ajar

“ OK dear, nite. Minta ampun, maaf daripada awak tau. Gud nite.”

TQ sgt2 coz teman malam ni. Tido elok- elok, baca doa. Nite…”

“Terima kasih sangat- sangat sebab tolong saya.”

Apa yang saudara rasakan sekiranya semua ucapan di atas tidak mendapat sebarang respons atau  jawapan? Sekiranya orang itu mahukan anda memberitahu sesuatu dan anda memahami apa yang dia sampaikan, adakah anda akan menjawab “Terima kasih” atau pun sekadar menjawab “OK”? Read the rest of this entry »

 
5 Komen

Posted by di Februari 1, 2009 in Kisah Hidup, Motivasi

 

Pengembaraan Mencari Minat

“Sebenarnya Aliff, I pun tak tau apa sebenarnya yang I nak jadi. I ambil course ni pun coz dapat. Actually, I lagi minat kerja- kerja dalam office,” beritahu Azura.

Seorang lagi rakan berkata, “Apa saya nak buat dengan apa saya belajar sekarang, memang jauh beza. Saya nak Ekonomi tapi dapat Pelancongan. Sekarang dah pening kepala, tak tau macam mana nak buat kerja yang saya tak suka.”

Dua tahun yang lalu, seorang pensyarah di kampus saya pernah meluahkan rasa kecewa dengan sikap pelajar- pelajar Komunikasi Media. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata beliau, “I really disappointed with them. They are already final year student, yet they have no idea why they go for Mass Comm.” Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Disember 17, 2008 in Cerita Teman, Kisah Hidup, Motivasi

 

CGPA… Oh PGNK…

CGPA (Cumulative Grade Point Average) atau PGNK (Poin Gred Nilai Kumulatif) merupakan sistem keputusan pemarkahan yang digunapakai di semua institut pengajian tinggi, awam serta swasta.

Setiap kali apabila seorang pelajar baru sahaja menjejakkan kaki di kampus, maka beliau akan ditarbiyah oleh pihak pentadbiran akan pentingnya mendapat CGPA atau PGNK yang tinggi. Setiap semester, pasti pelajar- pelajar akan berusaha bersungguh- sungguh untuk mendapat atau mengekalkan CGPA/ PGNK yang tinggi.

PGNK/ CGPA yang baik ialah dari tangga 3.00 sehingga 4.00. Bagaimana pula nasib pelajar- pelajar yang mendapat PGNK/ CGPA di bawah 3.00? Ada sesetengah pelajar tidak berani memberitahu keputusan sebenar kerana malu dengan kawan- kawan.

Malah, ada juga pelajar berasa gusar untuk meminta kerja kerana PGNK/ CGPA mereka berada di tahap sederhana sahaja. Seperti kebiasaan, syarikat- syarikat besar hanya berminat untuk mengambil pelajar- pelajar yang mendapat keputusan yang baik sahaja tanpa mengambil kira nilai serta sikap bakal pekerja mereka.

Isu CGPA/ PGNK ini sememangnya penting tetapi masih ramai orang tidak mengerti kesan CGPA/ PGNK selepas tamat pengajian. Saya harap artikel ini dapat melegakan hati pelajar- pelajar yang mempunyai CGPA/ PGNK pada taraf sederhana. Read the rest of this entry »

 
13 Komen

Posted by di Oktober 31, 2008 in Kisah Hidup, Motivasi

 

Kawan, Rakan dan Sahabat

Dua minggu yang lalu, saya telah berkunjung ke MPH yang terletak di Mid Valley, Kuala Lumpur. Pergi ke sana bertujuan untuk menambah bahan bagi manuskrip yang saya tulis, membeli buku yang ibu minta dan mendengar ceramah daripada penulis- penulis PTS.

Pada hari tersebut, mentor saya dan seorang rakan yang saya kenali semasa di tahun pertama pengajian di UIAM, Tuan Zamri Mohammad dan Tuan Sharifuddin Sulaiman berhempas- pulas memberikan persembahan terbaik untuk mempromosikan buku mereka.

Mentor saya dengan buku “Mengurus Bos Gaya StreetSmart”  manakala Tuan Syarafuddin dengan dua buah buku beliau bertajuk “Hidup Sebagai Sebuah Akademi” dan “Akademi Kehidupan untuk Remaja Kreatif”.

Semasa program bicara buku itu diadakan, saya tertarik apabila Tuan Syarafuddin mengutarakan konsep kawan, rakan dan sahabat. Apa istimewanya konsep- konsep ini? Ada perbezaankah antara semua ini? Read the rest of this entry »

 
2 Komen

Posted by di September 13, 2008 in Motivasi

 

Soalan Dr. Irfan Khairi dan Angan- Angan

Habis sahaja solat Maghrib, saya terus bergegas ke Dewan Kuliah 5, UIAM bagi mendengar cerita dan idea yang bakal disampaikan oleh jutawan muda, Dr. Irfan Khairi.

Sambil menyelam minum air. Pergi ke sana juga untuk mempelajari bagaimana seorang anak muda melakukan pembentangan yang mampu menarik begitu ramai orang untuk tidak berganjak daripada ceramah beliau.

Walaupun ia hanya berlangsung selama sejam, namun banyak input- input berguna yang saya ingin kongsi bersama saudara.

Dr. Irfan berkata, “Saya dulu seorang yang pemalu. Bagi saya, orang lain lebih hebat. Saya ini tidak punya apa- apa. Namun, ia semua berubah setelah saya membaca buku “Acres of Diamond”.

“Buku itu berjaya mengubah diri saya sehingga anda semua melihat siapa saya sekarang ini. Setiap hari, saya bertanya tujuh soalan kepada diri saya sendiri.” Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 5, 2008 in Motivasi