RSS

Adab Tetamu Undangan

Cipta hubungan dengan kamera. Jaga adab percakapan dan postur badan ketika berbicara. Sebelum bercakap, fikirkan di minda apa yang penonton / pendengar mahukan. Melihat kamera adalah melihat masyarakat di hadapannya. Tidak kira di radio atau di tv, jadilah pendengar dan penjawab yang baik di studio. Soalan yang diajukan mesti difahami dan dibalas bersesuaian dengan kehendak hos.

 
Tinggalkan komen

Posted by di September 20, 2011 in Media & Orang Ramai

 

Pembunuh Tetamu Undangan

Tidak menjawab soalan, tidak bersedia menjawab soalan spontan, tidak mesra kepada set studio, bercakap terlalu laju dan terkeluar topik adalah pembunuh kepada tetamu undangan. Mungkin tetamu sebegini takut melakukan kesilapan ketika ke udara, takut membuat orang berasa bosan dengan mesej yang ingin disampaikan atau lupa akan apa yang ingin dibicarakan. Oleh itu, buat kajian dan berlatih bercakap sebelum muncul ke udara kerana tetamu undangan adalah mereka yang pakar dengan apa yang dibicarakan.

 
Tinggalkan komen

Posted by di September 19, 2011 in Media & Orang Ramai

 

Muncul PERCUMA di ‘Resensi Buku’

Salam rakan-rakan penulis! Berita baik! Sesiapa yang berminat untuk muncul secara PERCUMA di slot ‘Resensi Buku’, mohon e-mel nama pena penulis, tajuk buku, sinopsis & kekuatan buku, kod ISBN dan harga buku itu kepada ramleeawangmurshid@yahoo.com. Beliau adalah pengacara dan juga penerbit untuk slot ini. Ia ke udara setiap Khamis antara pukul 8 pagi hingga 9 pagi di TV1. Di sini adalah video ketika saya muncul di slot tersebut: http://www.youtube.com/watch?v=l1nbZvXOkL4

 
Tinggalkan komen

Posted by di September 15, 2011 in Media & Orang Ramai

 

Depan Kamera = Depan Orang Ramai

Sekiranya anda tidak suka bercakap di hadapan orang ramai, maka anda tidak layak untuk bercakap di depan kamera. Belajar bercakap dengan lancar. Berlatih, berlatih dan terus berlatih berbicara bagi meningkatkan respons positif. Berada di depan kamera adalah seperti berada di depan orang ramai. Dr. Irfan Khairi pernah membenci berdiri di khalayak ramai dan bercakap namun hari ini, itulah pekerjaan yang mengangkat nama beliau sebagai ahli motivasi dan usahawan Internet.Layari http://www.irfankhairi.com untuk mengetahui maklumat lanjut siapa Dr. Irfan Khairi.

 
Tinggalkan komen

Posted by di September 13, 2011 in Media & Orang Ramai

 

Kepentingan DIAM

Media sentiasa mengejar pemimpin bagi mendapatkan komen tentang sesuatu isu, ada pula sesetengah pemimpin yang tergila-gilakan publisiti media yang meluas. Maka pemimpin sebegini akan sentiasa bercakap apabila disapa media. Akibatnya banyak kata-kata manis ditabur dan perbuatan tidak menyerupai apa yang dituturkan. Sebab itu orang ramai mula hilang kepercayaan. Ada masanya kita perlu DIAM dan itu lebih baik daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

 
2 Komen

Posted by di September 9, 2011 in Media & Orang Ramai

 

PUBLISITI PERCUMA di KLfm

Salam sejahtera kepada semua rakan penulis yang dihormati! Sekiranya buku Tuan / Puan memerlukan PUBLISITI MEDIA PERCUMA, mohon Tuan / Puan tulis e-mel kepada buku@kl.fm. Buku Tuan / Puan akan diulas di slot “Prebiu Buku@KLfm”. Mohon dinyatakan nama pena penulis, tajuk buku, sinopsis & kekuatan buku, kod ISBN dan harga buku itu. Slot ini ke udara pada hari Selasa pukul 12:30 tengah hari di stesen radio KLfm. Promosi ini adalah PERCUMA! Maklumat lanjut, sila layari http://prebiubukuklfm.blogspot.com/

 
Tinggalkan komen

Posted by di September 8, 2011 in Media & Orang Ramai

 

Berhati-Hati dengan Promosi Ekstrem

Iklan iPhone diharamkan penyiarannya di Amerika Syarikat kerana menunjukkan kelajuan gajet itu yang tidak boleh diterima akal. Malah, iklan Colgate juga diharamkan kerana kenyataannya mengatakan ubat gigi itu disyorkan oleh 80% doktor pergigian padahal sebuah lagi ubat gigi juga menggunakan kenyataan sama untuk menarik pembeli. Tidak salah membuat promosi besar-besaran tetapi ia perlu mempunyai cara yang betul. Jika tidak kena caranya, ia mungkin mengelirukan dan tidak diterima orang ramai. Untuk melihat iklan iPhone, sila klik di sini: http://www.youtube.com/watch?v=-XR7o9CjkiM

 
Tinggalkan komen

Posted by di September 7, 2011 in Media & Orang Ramai