RSS

Siapakah Saya?

pict0086.jpg

 

 

 

Dilahirkan pada 22 November, 1986 pada hari Sabtu. Dinamakan Mohd Aliff Mohd Nor. Aliff yang bermaksud ‘jinak’. Setelah hidup selama 22 tahun, beliau mempunyai 4 orang adik lelaki yang perlu dijaga di samping menolong ibunya yang kini bekerja, membanting tulang seorang diri.

Saudara Aliff kini tinggal di Petaling Jaya dan berulang- alik setiap minggu ke tempat belajarnya yang terletak di Gombak.Beliau mendapat pendidikan awal pada usia 5 tahun di Chim Kindergarten, cawangan Damansara Utama.

Apabila telah mencecah umur 7 tahun (1993), beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Damansara Utama, S.R.K.D.U (kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Damansara Utama) sehinggalah pada tahun 1998.

Genap usianya 13 tahun (1999), beliau seterusnya menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama ataupun lebih dikenali sebagai S.M.K.D.U. dan menerima sijil berhenti sekolah pada tahun 2003.

Tamat sahaja kehidupan beliau sebagai seorang pelajar sekolah, beliau telah bekerja separuh masa sebagai pelayan di sebuah restoran berhampiran rumah beliau selama 7 bulan kerana mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran.

Beliau sempat merasai kehidupan sebagai pelajar Tingkatan 6 Bawah di Sekolah Menengah (L) Bukit Bintang, walaupun sesi tersebut hanya bertahan selama 11 hari sahaja.

Tempoh yang singkat itu berlaku kerana saudara Aliff ditawarkan untuk memasuki Pusat Matrikulasi UIAM (MCIIUM) dalam bidang Jurusan Sains Kemanusiaan/ Bahasa Inggeris dan Sastera (BEN).

Pilihan terpaksa dibuat dan beliau mula mengorak langkah untuk memasuki menara gading dengan memilih MCIIUM, Petaling Jaya. Maka, bermulalah kehidupan beliau sebagai seorang pelajar BEN.

Selepas berhempas- pulas selama satu tahun setengah, beliau telah melebarkan sayap ke kampus utama UIAM di Gombak, Kuala Lumpur pada akhir tahun 2006. Kita merancang, tetapi Tuhan yang menentukan segalanya.

Selepas setahun di dalam BEN, beliau telah menukar jurusan kepada Komunikasi Media kerana sedar, minatnya bukan terletak di dalam bidang sastera, tetapi kekuatan beliau terletak di bahagian lain.

Dan kini, beliau merupakan seorang pelajar tahun ke-3 dan sedang mengikuti pembelajaran di dalam Jurusan Komunikasi Media di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Di samping itu, beliau merupakan penulis bebas bagi suratkhabar tempatan dan berkhidmat separuh masa sebagai News Seeker (Pencari Berita) di Pejabat Perhubungan Awam UIAM.

 

 

 

 

20 responses to “Siapakah Saya?

  1. Web Sutera

    Jun 5, 2007 at 3:41 pm

    Assalamualaikum Tuan rumah. Apa khabar? Teruskan menulis.

     
  2. zuriaf

    Jun 27, 2007 at 4:44 pm

    Oooh…Student UIAM rupanya…Selamat kembali ke kuliah ye…

     
  3. Puteri

    Julai 11, 2007 at 5:15 am

    Alif is a good person as much as he is a good writer.
    Good luck w everything, alif.
    Nice effort of exposure here!
    =)
    I’ll be reading from time to time.
    InsyaAllah.

     
  4. writerdruid

    Julai 12, 2007 at 12:07 am

    Hi Putri! Thanks for dropping by. So, how are you now? How is your debating and writing doing? Please tell me the full coverage ya.. Thank you for your time reading my ‘newbie’ blog!

     
  5. nurulizz

    September 21, 2007 at 2:52 pm

    huu. aliff. ade bakat ehhhh….bole join la nihhhh….

     
  6. nurulizz

    September 21, 2007 at 2:55 pm

    huu. leh la mencontohi jejak2 langkah sang penulis berbakat laksana er…huu. leh berguru nanti. o ye. u must remember me la kan. satu grup mase SOQ dulu. haha.

     
  7. Zamri Mohamad

    September 25, 2007 at 7:30 am

    Apalah susah sangat nak hubungi kamu.
    Ada wartawan minta nombor sofia, ada tak, ASAP call me okay
    Thank YOu!

    ZAMRI MOHAMAD
    http://www.zamrimohamad.com

     
  8. mas

    September 29, 2007 at 8:57 am

    Actualy, saya sedang mencari teman-teman lama yang dah lama terpisah. Tertarik pula saya dengan tajuk blog nie. Saye pernah tinggal di PJ and bersekolah di SRK Damansara Jaya. Mase kecil-kecil dulu selalu jugak pergi ke sek. Damansara Utama. I’t make me wonder bestnye kalau dapat pulang ke masa lampau untuk mengimbau kembali kenangan lalu. To Aliff, I wish you good luck n may Allah bless you….Amin

     
  9. Affuan

    November 10, 2007 at 9:11 am

    Kira kita kongsi b’day ar. Kui3.

     
  10. lydiarayyan

    Disember 4, 2007 at 1:01 pm

    belajar memolek

     
  11. ixora

    Mac 12, 2008 at 3:28 am

    Tumpang lalu..
    eh,nama bapa kita samalah ;)

     
  12. bdk hadith

    Mac 19, 2008 at 2:32 pm

    erm…..hai2222 gdliuck in ur life n i dh bce cte pnas gune name i 2….eeeeeiiiii, nsib baik i mrh tau!!!! hahaha

     
  13. Norshazwani aka Wanie

    September 4, 2008 at 4:51 am

    salam.
    abg alif ni penulis buku ke?
    sy nk sgt interview penulis buku..
    kalau dpt interview abg ni pon ok jugak.
    =))
    email sy kalau senang.
    thanks~

     
  14. aliman

    September 4, 2008 at 9:41 pm

    Cik Norshazwani yang dihormat dan dirahmati,

    Asas pertama dalam membina hubungan bagi tujuan formal.

    1. Gunakan ejaan bahasa Melayu yang tertib dan betul. Bahasa yang elok melambangkan adab santun, tingkah laku, peribadi dan sikap kita. Bahasa yang elok menjadikan diri cik puan disegani dan dihormati oleh sesiapa sahaja.

    2. Kedua, kenalpasti sama ada individu yang mahu ditemuramah itu sudah saudari kenalpasti karya-karyanya yakni membacanya terlebih dahulu sebelum ditemuramah. Ini akan mempermudahkan cik puan membuat rangka soalan yang mantap.

    Salam Ramadan

     
  15. armadrafar

    September 17, 2008 at 7:16 am

    SALAM BERKENALAN…
    SAJER MELAWAT BLOG…
    OK LAR…
    WASALAM…

     
  16. hamzah bin md ali

    November 12, 2008 at 11:31 am

    assalamualaikum saudara aliff,
    masihkah aktif bermain catur,
    saya bermain catur ketika dajah 6 (1990)
    mempelajari teknik dan opening orthodox pada 1995 melalui buku catur usang terbitan firechess yg terselit di maktabah (perpustakaan) maahad johor bahru
    sayangnya, aktif bermain kompetitif chess bermula tahun 2000 di johor kerana kurang pendedahan pada tahun2 sebelumnya
    seiring dengan perkembangan internet
    saya mempelajari banyak teori-teori pembukaan dengan melayari internet
    hasilnya saya hanya menjadi average player
    kerana kurang menguasai middle game dan ending game
    pernah tewas pada nama2 besar di johor bahru
    seperti abdullah che hassan, rabbani che hassan, michael siong (spore), ahmad jais, marzuki, salman mistam, herman dll.
    kepuasan bagi saya adalah dapat memberikan tentangan pada mereka sehinggalah menyerah pada ending game.
    walaupun begitu saya berhasrat untuk menerbit kan buku catur berilustrasi berbahasa melayu khusus pada teori pembukaan kerana itu lah yang saya tahu sikit. kalau berminat hubungilah saya.

    permbukaan kegemaran untuk putih:
    king’s gambit, open sicilian, colle system

    pertahanan kegemaran untuk hitam:
    sicilian dragon, slav, dutch

     
  17. insan_biasa

    Januari 13, 2009 at 1:15 am

    Kepada saudara hamzah:
    Owh…tak tau lak cik alip ni men chess.tak kot.huhu.die sibuk wat buku,mane de mase. tapi saye tau ade kawan die reti la sket men.Suh la cik alip ni rekemen u ngan kawan die tu.

     
  18. mira

    Februari 6, 2009 at 6:14 am

    junior uia rupanya :)

     
  19. AzmanMSharif

    April 25, 2009 at 3:03 am

    selamat berkenalan.baru belajar mengulas buku yang dibaca sendiri at http://bookreviewbyazman.blogspot.com
    I write book, http://jutawanmarhaen.blogspot.com

    wasalam

     
  20. shawal

    Mac 15, 2010 at 7:13 am

    salam. ingin bertanya. macam mana apply jd freelance writer? or you just hantar you punya piece ke mana2 publishing house?

    shawal.

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: