Kreatif Mencari Masa Membaca

Jun 13, 2009

Seorang rakan saya bertanya, bagaimana saya mencari masa untuk membaca buku. Ya, membaca buku. Kalau sesetengah daripada kita tidak sanggup untuk membelanjakan sedikit wang untuk membeli buku, apatah lagi untuk membaca buku.

Kehidupan saya sekarang ini, dari waktu siang hingga petang digunakan untuk ke kelas dan belajar. Di sebelah petang sehingga malam pula, saya ke kelas untuk mengajar. Apabila sampai bilik, jam sudah menunjukkan hampir 11 malam.

Persoalannya, bagaimana saya mencari masa untuk membaca buku dengan jadual harian yang padat? Ada pelbagai cara yang boleh digunakan bagi mencari waktu yang sesuai untuk membaca. Bergantung sama ada kita pandai mencari waktu tersebut atau tidak. Baca baki entri ini »


Tekanan Menghadapi Tingkatan 1

Jun 9, 2009

Semasa di dalam temu duga, bos saya awal- awal lagi sudah berkata pelajar Tingkatan 1 adalah pelajar yang bakal memberikan tekanan kepada saya dek kerana perangai mereka yang nakal. Sangkaan saya pada ketika itu, ia hanyalah sebagai ujian untuk menguji kredibiliti saya sebagai seorang tutor.

Rupa- rupanya, pelajar- pelajar yang nakal inilah saya bakal ajar sehingga ke akhir tahun ini. Tertekan, penat, meradang, kecewa, pening… Inilah semua perasaan yang bercampur- baur ketika saya mengajar pelajar- pelajar Tingkatan 1.

Sehingga sampai ke satu tahap, semua perasaan ini saya terbawa- bawa ke dalam mimpi. Rakan sebilik bertanya, “Aliff, malam tadi kau mengigau. Kau marah budak ke?” Baca baki entri ini »


Catatan Pertama Seorang Tutor

Jun 5, 2009

Pada akhir bulan April 2009, saya menemui sebuah kerja baru. Sebuah pekerjaan yang saya tidak pernah fikir saya akan lakukan. Menjadi seorang tenaga pengajar di salah sebuah pusat tuisyen di Selayang, mengajar subjek Bahasa Malaysia dan Geografi untuk pelajar Tingkatan 5, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1 serta Darjah 6.

Setakat ini, saya mempunyai 30 orang pelajar. Ada sesetengah kelas saya mengajar sekumpulan pelajar dan ada juga sesetengah kelas saya hanya perlu mengajar seorang pelajar sahaja.

Pada asalnya, saya ditugaskan untuk mengajar subjek Bahasa Malaysia sahaja pelajar- pelajar Tingkatan 5, Tingkatan 2 serta Tingkatan 1. Jadual asal adalah saya akan mengajar dari hari Isnin sehingga hari Rabu.

Kalau tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu… Alhamdulillah, rezeki saya murah sejak akhir- akhir ini. Sejak pertengahan bulan lepas sehingga kini, jumlah pelajar saya bertambah. Secara tidak langsung, jumlah kelas saya pun bertambah. Baca baki entri ini »


Jurnal Tutor

Jun 5, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog yang budiman,

Pada akhir bulan April 2009, saya telah memulakan kerjaya yang baru di Pusat Tuisyen Sri Jaya, Selayang. Mengajar subjek Bahasa Malaysia dan Geografi.

Maka kategori “Jurnal Tutor” ini dibangunkan bertujuan untuk menghidangkan kisah- kisah yang berlaku semasa saya menjadi seorang tenaga pengajar. Baik cerita tentang pelajar- pelajar saya serta pengalaman saya sendiri sebagai seorang tutor sambilan, semuanya akan diceritakan di dalam kategori ini.

Sebarang komen dan kritikan, amatlah dialu- alukan. Semoga tuan- tuan dan puan- puan menikmati cerita- cerita yang bakal saya tulis di dalam bahagian ini. Terima kasih. 


Sesi Autograf Bersama Penulis 31 Kisah dan Kuiz di PWTC

April 16, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya hormati,

Saya ingin menjemput tuan/ puan menghadiri program bersama penulis- penulis “31 Kisah”. Berikut adalah butiran- butirannya:

Penulis: Saridah Hamid & Mohd Aliff Md Nor

Tarikh: 18 April 2008 (Sabtu)

Masa: 5:00 hingga 6:00 petang

Tempat: Booth PTS (72-79), PWTC bersebelahan dewan Tun Hussien Onn

Anjuran: PTS Islamika Sdn. Bhd.

Diskripsi: Sesi autograf bersama penulis buku “31 Kisah”. Kuiz juga turut diadakan. Soalan mudah dan senang untuk dijawab. Pemenang akan menerima hadiah buku “31 kisah”. Maklumat lanjut, sila hubungi Siti Asyuura Jalaluddin , 016-6612014. Penyertaan adalah percuma. Semua dijemput hadir.


Kerja Sambilan Menjanjikan Faedah Lumayan

April 11, 2009

Buletin Utama malam tadi menyiarkan di Vietnam, separuh juta rakyatnya telah kehilangan pekerjaan.

Baru- baru ini, salah sebuah bank terkemuka di Malaysia telah memberikan cuti selama enam bulan tanpa gaji kepada ribuan pekerjanya dan pekerja- pekerja ini dipaksa ambil cuti tersebut. Lebih memeranjatkan, bank yang disangka selama ini kukuh terpaksa menutup beberapa buah cawangan akibat krisis ekonomi sekarang.

Krisis ekonomi sekarang yang dikatakan lebih teruk berbanding The Great Depression yang berlaku pada akhir 1929 juga mengakibatkan ribuan graduan terus menganggur.

Ada yang mengambil langkah selamat dengan menyambung pengajian ke peringkat pasca ijazah. Malah, ramai rakan- rakan saya yang telah tamat pengajian pada akhir tahun lepas sehingga kini masih mencari- cari pekerjaan.

Di saat sebahagian daripada kita susah hati demi mendapatkan pekerjaan, seorang rakan saya bernama Nizam (bukan nama sebenar) sedang sibuk memikirkan pelbagai tawaran kerja yang beliau terima. Baca baki entri ini »


Setelah Ditunggu- Tunggu…

Mac 15, 2009

cover-perisik-kota-saba2

Setelah berhempas- pulas dari bulan Julai 2008 sehingga ia siap sepenuhnya pada akhir tahun lepas, buku pertama saya siap akhirnya. Tiada apa yang saya mampu katakan kecuali kepuasan yang tidak terhingga apabila melihat karya- karya yang saya tulis dibukukan.

Buku bertajuk “Perisik Kota Saba’” menghimpunkan 31 koleksi kisah- kisah teladan berkisarkan cerita- cerita nabi, para sahabat dan rakyat biasa di mana terdapat binatang di dalam setiap cerita yang turut memberikan impak tersendiri dari awal sehingga kepada akhir sesebuah cerita tersebut.

Apa yang menarik, buku ini menghimpunkan kisah- kisah yang sarat dengan nilai- nilai murni yang boleh diambil sebagai pengajaran seperti sifat setia di dalam cerita “Qitmir dan Penghuni Gua”, taat kepada Tuhan dan pemerintah seperti di dalam cerita “Perisik Kota Saba’”, amanah di dalam menjalankan tugas dan berpegang teguh kepada janji seperti di dalam kisah “Perjanjian dengan Binatang” bukan sahaja dipersembahkan oleh manusia tetapi juga haiwan turut menampilkan kesemua sifat- sifat ini. Baca baki entri ini »


Segelintir Kita Kurang Ajar

Februari 1, 2009

“ OK dear, nite. Minta ampun, maaf daripada awak tau. Gud nite.”

TQ sgt2 coz teman malam ni. Tido elok- elok, baca doa. Nite…”

“Terima kasih sangat- sangat sebab tolong saya.”

Apa yang saudara rasakan sekiranya semua ucapan di atas tidak mendapat sebarang respons atau  jawapan? Sekiranya orang itu mahukan anda memberitahu sesuatu dan anda memahami apa yang dia sampaikan, adakah anda akan menjawab “Terima kasih” atau pun sekadar menjawab “OK”? Baca baki entri ini »


Part- Timer Mangsa Kedengkian Staf

Januari 7, 2009

“Awak, ada orang tak suka saya. Diorang tak suka cara saya kerja. Yang problemnya, bos saya OK je dengan kerja saya. Tapi orang lain dari pejabat lain yang tak suka cara saya kerja. Tak tau nak buat macam mana dah,” kata seorang gadis berusia 24 tahun kepada saya.

Pernahkah saudara mengalami kejadian yang serupa seperti dialog di atas? Pernahkah anda berada di dalam situasi di mana majikan atau ketua menyukai cara kerja saudara tetapi orang lain, daripada unit yang berbeza tidak suka saudara serta cara kerja saudara? Baca baki entri ini »


Terima Kasih PRO!

Januari 4, 2009

Hari ini, genap sudah saya berada di Pejabat Perhubungan Awam UIAM (PRO) selama dua tahun. Saya mula bekerja di sini semasa saya menjadi pelajar tahun kedua, kini saya merupakan seorang pelajar tahun keempat di UIAM.

Dua tahun di PRO, macam- macam pengalaman, orang- orang yang saya temui dan pelbagai cerita UIAM yang saya tidak tahu kesahihannya. Saya tidak pernah menyangka saya masih bertahan di sini.

Maklumlah, kerja separuh masa biasanya tidak tahan lama. Tidak sampai setahun, biasanya seseorang itu akan berhenti. Sepanjang dua tahun ini, pelbagai kisah suka dan duka terlakar di dalam diari hidup. Baca baki entri ini »