RSS

Monthly Archives: Julai 2008

Kredibiliti Seorang Blogger

Dewasa ini, kemudahan Internet telah membawa kepada kewujudan Weblog ataupun lebih dikenali sebagai blog.

Blog ialah sebuah laman web namun ia dibina menggunakan perisian yang telah diformat bagi membolehkan sesiapa sahaja membinanya tanpa mendalami pengetahuan teknikal yang mendalam.

Dalam erti kata lain, blog ialah sebuah laman web yang mudah dibina, dikemaskini, bersifat interaktif dan ia boleh dimulakan tanpa sebarang bayaran pendahuluan.

Jika dibandingkan dengan membangunkan sebuah laman web, sedikit modal perlu dikeluarkan untuk membayar hosting.

Ada yang berpendapat laman web agak sukar untuk membentuk kumpulan pelawat yang aktif berinteraksi di alam siber. Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di Julai 30, 2008 in Media & Orang Ramai

 

Berdepan dengan Peniaga Buta Ekonomi

Kalau pada semester- semester yang lepas, surat khabar seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia boleh dibeli di kiosk di dalam UIAM pada bila- bila masa sahaja. Sekarang, baru pukul 12 tengah hari, akhbar- akhbar ini sudah tiada lagi.

Yang tinggal hanyalah akhbar Harian Metro dan Kosmo. Memanglah surat khabar ini masih ada lagi, tetapi saya lebih suka membaca Berita Harian atau Utusan Malaysia kerana intipati dan isi yang lebih padat dibandingkan akhbar- akhbar tabloid tersebut.

Jadi, saya telah pergi ke sebuah kiosk yang diusahakan oleh bangsa Melayu untuk membuat pembayaran bagi mendapatkan akhbar Berita Harian selama seminggu.

Pergi ke kedai orang Melayu, bertujuan untuk menolong bangsa sendiri. Namun, respons yang saya terima agak mengecewakan. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Julai 18, 2008 in Kisah Hidup

 

Cabar Kemampuan Sendiri!

Baru sahaja dua minggu saya memulakan semula pengajian di UIAM, namun saya seperti tidak pandai mencari masa bagi mengemas kini blog ini.

Apa pun selagi ada kesempatan bagi mencoret sedikit tinta di ruangan ini, InsyaAllah saya akan terus menulis, menulis dan terus menulis.

Perkembangan hidup? Saya pernah membaca sebuah kenyataan daripada seorang tokoh di dalam buku “Kuasa Hijrah: Kuasa Untuk Berubah”.

Tokoh berkenaan berkata setiap hari beliau akan mencabar diri sendiri bagi meningkatkan kemajuan di dalam hidup.

Mentor saya pernah menegur saya kerana mengamalkan gaya hidup yang statik. Setiap hari, setiap minggu, setiap bulan produktiviti kerja saya sama sahaja. Pergi ke kelas, mengemas kini blog dan menulis untuk PRO UIAM. Itu sahaja, tiada peningkatan. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Julai 18, 2008 in Kisah Hidup

 

Malu la… Takut la…

Baca blog mentor saya mengenai kedatangan Steve Shapiro buat pertama kalinya ke Kuala Lumpur. Penulis yang terkenal ini menanggap diri beliau gagal kerana ketiadaan orang untuk bangkit bertanya soalan. Hakikatnya, itu adalah satu realiti di Malaysia.

Barangkali, beliau terkejut dengan kejutan budaya ini. Tertarik saya untuk bercerita mengenai isu malas, malu dan takut bertanya semasa menuntut ilmu.

Pengunjung MPH yang senyap sahaja semasa ceramah disampaikan membuat si penulis merasa diri beliau seorang yang gagal. Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di Julai 9, 2008 in Kisah Hidup

 

Hidup Aku Tanpa Bibik

Untuk selama ini saya hidup dengan semua kerja rumah dilakukan oleh orang gaji, bermula pada Ahad lepas saya sudah menginjak ke alam kehidupan baharu yakni hidup tanpa ketiadaan orang gaji.

Ibu yang baru membasuh sehelai seluar sekolah adik saya dua malam lepas mengeluh sakit seluruh badan. Kalau saya ada di rumah, mahu dekat sejam memicit seluruh badan ibu.

Tidak sempat pula saya mengetahui perkembangan terbaru adik- adik di rumah selepas ketiadaan Bibik.

Kalau duduk, sebiji pinggan pun malas hendak basuh. Kini, kalau tidak basuh pinggan makan sendiri kena bebel dengan ibu. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Julai 9, 2008 in Kisah Hidup