RSS

Category Archives: Penulisan

Pesaing Berkongsi Matlamat

Walaupun setiap orang memiliki kepakaran berbeza dan bersaing dalam bidang sama mencari rezeki halal, perlu ada kesepaduan dan persamaan dalam satu aspek bagi membangunkan masyarakat. TV1 mempunyai ‘Forum Perdana Ehwal Islam’, TV3 memiliki ‘Al-Kuliyyah’ dan Astro Oasis dengan ‘Anjakan Paradigma bersama Dato’ Dr. Fadzilah’. Penulis juga begitu, berada di bawah penerbit yang berbeza tetapi menetapkan matlamat memandaikan bangsa dan membuat duit untuk jangka masa panjang.

 
Tinggalkan komen

Posted by di Oktober 11, 2011 in Media & Orang Ramai, Penulisan

 

Sesi Autograf Bersama Penulis 31 Kisah dan Kuiz di PWTC

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya hormati,

Saya ingin menjemput tuan/ puan menghadiri program bersama penulis- penulis “31 Kisah”. Berikut adalah butiran- butirannya:

Penulis: Saridah Hamid & Mohd Aliff Md Nor

Tarikh: 18 April 2008 (Sabtu)

Masa: 5:00 hingga 6:00 petang

Tempat: Booth PTS (72-79), PWTC bersebelahan dewan Tun Hussien Onn

Anjuran: PTS Islamika Sdn. Bhd.

Diskripsi: Sesi autograf bersama penulis buku “31 Kisah”. Kuiz juga turut diadakan. Soalan mudah dan senang untuk dijawab. Pemenang akan menerima hadiah buku “31 kisah”. Maklumat lanjut, sila hubungi Siti Asyuura Jalaluddin , 016-6612014. Penyertaan adalah percuma. Semua dijemput hadir.

 
1 Komen

Posted by di April 16, 2009 in Kisah Hidup, Penulisan

 

Setelah Ditunggu- Tunggu…

cover-perisik-kota-saba2

Setelah berhempas- pulas dari bulan Julai 2008 sehingga ia siap sepenuhnya pada akhir tahun lepas, buku pertama saya siap akhirnya. Tiada apa yang saya mampu katakan kecuali kepuasan yang tidak terhingga apabila melihat karya- karya yang saya tulis dibukukan.

Buku bertajuk “Perisik Kota Saba’” menghimpunkan 31 koleksi kisah- kisah teladan berkisarkan cerita- cerita nabi, para sahabat dan rakyat biasa di mana terdapat binatang di dalam setiap cerita yang turut memberikan impak tersendiri dari awal sehingga kepada akhir sesebuah cerita tersebut.

Apa yang menarik, buku ini menghimpunkan kisah- kisah yang sarat dengan nilai- nilai murni yang boleh diambil sebagai pengajaran seperti sifat setia di dalam cerita “Qitmir dan Penghuni Gua”, taat kepada Tuhan dan pemerintah seperti di dalam cerita “Perisik Kota Saba’”, amanah di dalam menjalankan tugas dan berpegang teguh kepada janji seperti di dalam kisah “Perjanjian dengan Binatang” bukan sahaja dipersembahkan oleh manusia tetapi juga haiwan turut menampilkan kesemua sifat- sifat ini. Read the rest of this entry »

 
2 Komen

Posted by di Mac 15, 2009 in Penulisan

 

Susah Hendak Jadi Penulis

Cerita Pertama
Kawan: Aliff, is there any vacancy that got to do with writing at PR? Think I also want to be like U la. But, I hope U can trained me.
Aliff: Sure, no problem.

Dialog di atas berlaku pada pertengahan bulan Julai 2008, namun sehingga ke hari ini rakan saya ini hanya diam membisu apabila ditanya tentang bekerja sebagai penulis berita di PRO.

Cerita Kedua
Kawan: Awak, saya tak tau buat news la. Ajarlah saya.
Aliff: Yelah, nanti saya bagi pinjam buku macam mana nak jadi wartawan. Think buku tu boleh bantu awak. PTS ada anjur kursus penulisan tiap- tiap bulan. Kalau awak free, kita boleh pergi kursus tu satu hari nanti. 
Kawan: Iye? Ah, boleh la juga. Boleh dapat ilmu baru. Kalau ada guideline buat news, rasa dapat tolong saya kot.
Aliff: Takpe, nanti saya buat. Ada juga kawan- kawan lain yang minta saya ajar macam mana buat berita. Dah siap, nanti saya emel pada awak.

Dialog ini berlaku sekitar bulan Ogos 2008. Guideline yang dipinta sudah pun dihantar namun sehingga hari ini, saya tidak pernah melihat satu berita ataupun artikel daripada gadis ini. Cakap hendak pergi ke kursus anjuran PTS, sehingga ke hari ini tiada pula dia bertanyakan tentang kursus tersebut. Read the rest of this entry »

 
3 Komen

Posted by di Disember 25, 2008 in Cerita Teman, Kisah Hidup, Penulisan

 

Pengajaran Manuskrip Pertama

Setelah berhempas- pulas mencari dan memerah otak bagi mencari idea untuk mengembangkan cerita yang pendek daripada 3 muka surat menjadi sebuah cerita panjang yang mempunyai 5 sehingga 6 muka surat, akhirnya siap juga manuskrip saya yang pertama.

Jumlah cerita yang diminta oleh PTS Islamika adalah 31 buah cerita. Namun setelah melalui proses suntingan, ada beberapa buah cerita terpaksa ditolak kerana cerita tersebut sudah digunakan oleh penulis lain, ia lebih kepada memberi peringatan dan cerita tersebut memang tidak boleh dikembangkan lagi.

Buat, buat dan buat, akhirnya saya telah menyiapkan 43 buah cerita untuk PTS Islamika. Ada tujuh buah cerita terpaksa ditolak kerana mempunyai ciri- ciri sebuah cerita seperti yang saya sebut di atas. Banyak benda baru yang saya pelajari di dalam menyiapkan manuskrip ini. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di November 27, 2008 in Kisah Hidup, Penulisan

 

The Making of Manuskrip Pertama

Pada awal Oktober 2008, saya telah menghantar manuskrip yang pertama ke PTS Islamika. Disebabkan baru hendak berjinak- jinak dengan dunia penulisan buku, maka saya memilih untuk menulis buku yang menghimpunkan koleksi cerita- cerita untuk remaja.

Cerita tersebut berkisarkan kisah- kisah binatang yang mempunyai kaitan dengan Islam. Contoh yang paling mudah, saya ada menulis kisah Nabi Yakub bercakap dengan serigala. Manuskrip tersebut mempunyai 31 koleksi cerita.

Ingatkan menulis cerita ini mudah, rupanya boleh tahan penat otak untuk memerah idea bagi menghasilkan cerita- cerita yang bertepatan dengan kehendak editor. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di November 21, 2008 in Kisah Hidup, Penulisan

 

Merangkak Seorang Pengulas Buku

Kau dah buka emel tak hari ni?” Abang Roslan (bertugas sebagai Eksekutif PR di syarikat PTS Publications and Distributors) bertanya kepada saya.

“Belum bang. Kenapa?” saya bertanya.

“Media seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo dan Harian Metro memang mencari pengulas buku. Banyak orang tak tahu tentang benda ni,” beliau menjawab.

Saya mendengar dengan penuh minat. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di September 19, 2008 in Kisah Hidup, Penulisan

 

Menulis Kepada Media

Ah, seronoknya dua hari lepas. Saya terima pelbagai ucapan tahniah daripada staf PR dan rakan- rakan kerana artikel saya berjaya keluar di Utusan Malaysia bertarikh 18.6.2008.

Untuk pertama kali di dalam hidup, artikel saya diterbitkan dengan diberi ruang yang agak besar di bahagian forum. Alhamdulillah… Artikel tentang kekurangan lelaki di semua institusi awam di Malaysia.

Setinggi- tinggi ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu kerana turut menyumbang sedikit idea sehingga artikel itu boleh dibaca oleh khalayak umum.

Jutaan terima kasih kepada mentor saya, Tuan Zamri Mohammad. Kerana “semburan” beliau beberapa bulan lepas membangkitkan semangat saya untuk menulis kepada media pula.

Terima kasih kepada “si dia” kerana memaksa saya menulis isu lelaki di IPTA. Terima kasih kepada Abang Azhari. Selama dua jam saya telah menggunakan komputer beliau untuk menaip dan kemudahan Internet digunakan untuk menghantar isu tersebut ke Utusan.

Ada seorang staf PR berkata, “Abang dah hantar banyak artikel kat suratkhabar, tak pernah keluar pun.” Muka beliau nampak sayu sahaja…

Di sini, saya ingin berkongsi beberapa petua yang boleh diamalkan supaya artikel saudara mampu mendapat tempat di dalam media- media tempatan dan luar negara. Read the rest of this entry »

 
2 Komen

Posted by di Jun 20, 2008 in Penulisan

 

Pensyarah Mesti Menulis dan Menerbitkan Buku!

Alhamdulillah, hanya sedikit masa sahaja lagi saya dapat menghabiskan membaca buku bertajuk “Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku”. Hanya tinggal suku sahaja lagi, InsyaAllah selepas ujian hari Sabtu ini saya dapat menghabiskan buku ini.

Penulis buku tersebut, Tuan Nazrul Samsudin telah memberikan saya buku ini seikhlas hati sewaktu membuat lawatan ke pejabat PTS Publications and Distributors pada bulan lepas. Terima kasih Tuan!

Dalam banyak- banyak topik yang dikupas di dalam buku ini, saya amat tertarik dengan topik yang bertajuk “Anda Pensyarah?: Terbit Sendiri Buku Rujukan Untuk Pelajar Anda”. Read the rest of this entry »

 
3 Komen

Posted by di Jun 18, 2008 in Penulisan

 

Rahsia Penulisan Berkualiti Daripada PTS Islamika

Sabtu yang lalu, saya telah pergi ke kursus anjuran PTS Islamika. Sudah lama hati ini berkata ingin pergi, ingin pergi. Namun ada sahaja masalah dan hal yang timbul sebelum pergi ke sana.

Kali ini, saya paksa diri supaya dapat memijakkan kaki lagi ke kursus yang diadakan di Sek. Agama Al- Ikhlas, Taman Permata. Kali terakhir saya ke kursus anjuran PTS ialah pada tahun lepas. Rasa rugi kerana terlalu banyak ilmu yang saya terlepas.

Kursus percuma selama dua jam setengah ini telah disampaikan oleh Tuan Faris Hasbullah, Pengurus Penerbitan PTS Islamika. Antara bahan- bahan yang ingin saya kongsikan bersama saudara:

– Sesetengah buku agama zaman kini ditulis oleh penulis yang hidup pada zaman ini, tetapi menggunakan gaya bahasa dan stail penulisan orang yang hidup pada zaman 1890- an. Terlalu berat, istilah agama yang sukar difahami oleh mereka yang tiada asas pegangan agama yang kuat

– Penulis digalakkan menggunakan bahasa yang mudah difahami manakala penerbit akan mempakejkan semula buku- buku agama. Contohnya, hadis Nabi Muhammad SAW boleh diterjemahkan ke dalam bentuk cerita dan diselitkan dialog bagi menambah keseronokan membaca   

– Seorang penulis ialah seorang businessman juga. Penulis perlu menulis apa yang dikehendaki pembaca, bukan menulis untuk memenuhi agenda tertentu seperti bagi mendapatkan pangkat yang lebih tinggi di dalam sesebuah organisasi

– Apabila menulis, penulis juga perlu memandang jauh akan pasaran bagi buku mereka. Oleh itu, jangan menulis buku agama yang hanya akan dibeli oleh orang Islam sahaja. Hasilkan sebuah karya yang boleh dibaca dan dirujuk oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal agama dan kaum

– Untuk menjadi yang terbaik, kita perlu berguru dengan sesiapa sahaja tidak mengenal agama, bangsa, kulit, bahasa dan budaya. Tiru kejayaan orang lain untuk berjaya. Kalau saudara melihat buku- buku agama Kristian, ada sesetengah daripada buku tersebut menggunakan bahasa yang mudah, warna- warni, bergambar dan susunan juga kemas dan cantik. Inilah antara ciri- ciri buku yang boleh menarik orang ramai untuk membeli buku saudara  

– Ada penulis yang seronok menulis sehingga tersasar daripada matlamat asal penulisan. Sebagai penulis Muslim, berdakwah melalui penulisan merupakan satu kelebihan yang tidak terdapat pada semua orang. Ambil bulan Ramadhan sebagai contoh yang paling mudah. Apabila tibanya bulan ini, media lebih banyak menceritakan bazaar Ramadan, makanan yang boleh didapati ketika bulan ini, baju raya, kuih raya berbanding kehebatan bulan Ramadan itu sendiri.

Apa yang saya coretkan di atas merupakan sebahagian sahaja daripada keseluruhan isi pada kursus tersebut. Ahad ini, 15 Jun 2008, akan ada lagi sebuah bengkel anjuran PTS One pada pukul 10 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Untuk maklumat lanjut, sila klik universitipts.com. InsyaAllah, saya akan pergi ke sana lagi Ahad ini. 
 

 
1 Komen

Posted by di Jun 9, 2008 in Penulisan