RSS

Monthly Archives: Jun 2008

Menulis Kepada Media

Ah, seronoknya dua hari lepas. Saya terima pelbagai ucapan tahniah daripada staf PR dan rakan- rakan kerana artikel saya berjaya keluar di Utusan Malaysia bertarikh 18.6.2008.

Untuk pertama kali di dalam hidup, artikel saya diterbitkan dengan diberi ruang yang agak besar di bahagian forum. Alhamdulillah… Artikel tentang kekurangan lelaki di semua institusi awam di Malaysia.

Setinggi- tinggi ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu kerana turut menyumbang sedikit idea sehingga artikel itu boleh dibaca oleh khalayak umum.

Jutaan terima kasih kepada mentor saya, Tuan Zamri Mohammad. Kerana “semburan” beliau beberapa bulan lepas membangkitkan semangat saya untuk menulis kepada media pula.

Terima kasih kepada “si dia” kerana memaksa saya menulis isu lelaki di IPTA. Terima kasih kepada Abang Azhari. Selama dua jam saya telah menggunakan komputer beliau untuk menaip dan kemudahan Internet digunakan untuk menghantar isu tersebut ke Utusan.

Ada seorang staf PR berkata, “Abang dah hantar banyak artikel kat suratkhabar, tak pernah keluar pun.” Muka beliau nampak sayu sahaja…

Di sini, saya ingin berkongsi beberapa petua yang boleh diamalkan supaya artikel saudara mampu mendapat tempat di dalam media- media tempatan dan luar negara. Read the rest of this entry »

 
2 Komen

Posted by di Jun 20, 2008 in Penulisan

 

Penindasan Ke Atas Graduan Bertudung

Setiap bulan, kita menyaksikan institusi pengajian tinggi awam atau swasta, tempatan atau di luar negara melahirkan ribuan mahasiswa dan mahasiswi yang menamatkan pengajian masing- masing setelah berhempas- pulas selama beberapa tahun.

Kemudian, graduan- graduan ini akan berlumba- lumba mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan yang mereka ada. Apabila mereka telah diterima untuk bekerja, maka mereka bertemu rakan baru dan pesaing mereka.

Ada individu yang melayan individu lain di tempat mereka bekerja secara adil dan saksama, namun masih terdapat segelintir individu yang sengaja menindas rakan sepejabat mereka atas sebab agama dan kes sebegini terjadi kepada saudara saya sendiri. Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di Jun 18, 2008 in Media & Orang Ramai

 

Pengumuman Penting!

Entri yang diletakkan di ruangan ini merupakan artikel yang dihantar ke media tempatan dan berjaya diterbitkan. Isu yang merangkumi di dalam ruangan ini adalah berkenaan isu semasa. Harap maklum. Terima kasih dan selamat membaca!

 
Tinggalkan komen

Posted by di Jun 18, 2008 in Media & Orang Ramai

 

Pensyarah Mesti Menulis dan Menerbitkan Buku!

Alhamdulillah, hanya sedikit masa sahaja lagi saya dapat menghabiskan membaca buku bertajuk “Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku”. Hanya tinggal suku sahaja lagi, InsyaAllah selepas ujian hari Sabtu ini saya dapat menghabiskan buku ini.

Penulis buku tersebut, Tuan Nazrul Samsudin telah memberikan saya buku ini seikhlas hati sewaktu membuat lawatan ke pejabat PTS Publications and Distributors pada bulan lepas. Terima kasih Tuan!

Dalam banyak- banyak topik yang dikupas di dalam buku ini, saya amat tertarik dengan topik yang bertajuk “Anda Pensyarah?: Terbit Sendiri Buku Rujukan Untuk Pelajar Anda”. Read the rest of this entry »

 
3 Komen

Posted by di Jun 18, 2008 in Penulisan

 

Kekurangan Lelaki Di IPTA: Di Mana Silapnya?

Baru- baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan fenomena kurangnya pelajar lelaki berbanding pelajar perempuan di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Hakikatnya, situasi sebegini merupakan suatu situasi yang tidak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Ia sentiasa menjadi topik perbualan hangat di mana- mana.

Antara faktor- faktor yang menyumbang ke arah masalah ini ialah kurangnya kesedaran di kalangan pelajar lelaki dan ibu bapa tentang betapa pentingnya pelajaran itu. Kita sedia maklum IPTA merupakan tempat pengajian bagi pelajar lepasan sekolah menengah.

Kalau di bangku sekolah lagi ibu bapa tidak mengambil berat akan prestasi pelajaran anak mereka, secara tidak langsung golongan pelajar ini mempunyai masa depan yang kelam untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Jun 18, 2008 in Media & Orang Ramai

 

Sebatang Kara di D 2.1

Ah, bosannya…. Hendak berbicara dengan teman sebilik, selalu sahaja mereka tiada. Dua orang rakan sebilik berasal dari Fakulti Kejuruteraan UIAM. Seorang dari Jabatan Komunikasi dan seorang lagi dari Jabatan BioTeknologi.

Difikirkan dalam- dalam, salah saya pun ada juga. Semester pendek ini hanya berjaya mendapat satu subjek manakala dua rakan ini mendapat dua subjek. Akibatnya, saya merupakan penghuni yang paling lama berada di hostel Ali, D. 2.1.

Kalau bosan, boleh main permainan komputer. Kalau tidak bermain game, menulis dan menulis sehingga kekeringan idea. Kalau tidak menulis, membaca, membaca dan teruskan pembacaan sehinggalah buku pula yang membaca saya. Read the rest of this entry »

 
2 Komen

Posted by di Jun 11, 2008 in Kisah Hidup

 

Rahsia Penulisan Berkualiti Daripada PTS Islamika

Sabtu yang lalu, saya telah pergi ke kursus anjuran PTS Islamika. Sudah lama hati ini berkata ingin pergi, ingin pergi. Namun ada sahaja masalah dan hal yang timbul sebelum pergi ke sana.

Kali ini, saya paksa diri supaya dapat memijakkan kaki lagi ke kursus yang diadakan di Sek. Agama Al- Ikhlas, Taman Permata. Kali terakhir saya ke kursus anjuran PTS ialah pada tahun lepas. Rasa rugi kerana terlalu banyak ilmu yang saya terlepas.

Kursus percuma selama dua jam setengah ini telah disampaikan oleh Tuan Faris Hasbullah, Pengurus Penerbitan PTS Islamika. Antara bahan- bahan yang ingin saya kongsikan bersama saudara:

– Sesetengah buku agama zaman kini ditulis oleh penulis yang hidup pada zaman ini, tetapi menggunakan gaya bahasa dan stail penulisan orang yang hidup pada zaman 1890- an. Terlalu berat, istilah agama yang sukar difahami oleh mereka yang tiada asas pegangan agama yang kuat

– Penulis digalakkan menggunakan bahasa yang mudah difahami manakala penerbit akan mempakejkan semula buku- buku agama. Contohnya, hadis Nabi Muhammad SAW boleh diterjemahkan ke dalam bentuk cerita dan diselitkan dialog bagi menambah keseronokan membaca   

– Seorang penulis ialah seorang businessman juga. Penulis perlu menulis apa yang dikehendaki pembaca, bukan menulis untuk memenuhi agenda tertentu seperti bagi mendapatkan pangkat yang lebih tinggi di dalam sesebuah organisasi

– Apabila menulis, penulis juga perlu memandang jauh akan pasaran bagi buku mereka. Oleh itu, jangan menulis buku agama yang hanya akan dibeli oleh orang Islam sahaja. Hasilkan sebuah karya yang boleh dibaca dan dirujuk oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal agama dan kaum

– Untuk menjadi yang terbaik, kita perlu berguru dengan sesiapa sahaja tidak mengenal agama, bangsa, kulit, bahasa dan budaya. Tiru kejayaan orang lain untuk berjaya. Kalau saudara melihat buku- buku agama Kristian, ada sesetengah daripada buku tersebut menggunakan bahasa yang mudah, warna- warni, bergambar dan susunan juga kemas dan cantik. Inilah antara ciri- ciri buku yang boleh menarik orang ramai untuk membeli buku saudara  

– Ada penulis yang seronok menulis sehingga tersasar daripada matlamat asal penulisan. Sebagai penulis Muslim, berdakwah melalui penulisan merupakan satu kelebihan yang tidak terdapat pada semua orang. Ambil bulan Ramadhan sebagai contoh yang paling mudah. Apabila tibanya bulan ini, media lebih banyak menceritakan bazaar Ramadan, makanan yang boleh didapati ketika bulan ini, baju raya, kuih raya berbanding kehebatan bulan Ramadan itu sendiri.

Apa yang saya coretkan di atas merupakan sebahagian sahaja daripada keseluruhan isi pada kursus tersebut. Ahad ini, 15 Jun 2008, akan ada lagi sebuah bengkel anjuran PTS One pada pukul 10 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Untuk maklumat lanjut, sila klik universitipts.com. InsyaAllah, saya akan pergi ke sana lagi Ahad ini. 
 

 
1 Komen

Posted by di Jun 9, 2008 in Penulisan

 

Mari Melawat PTS

Cuti selama dua minggu, saya sempat mencari peluang melawat syarikat penerbitan buku, PTS Publishings and Distributors Sdn. Bhd. Lawatan yang saya dan rakan saya aturkan ini, hanya kami berdua sahaja yang pergi.

Pada 22 Mei 2008, kami pergi ke sana dan masa yang dijanjikan dengan pihak PTS adalah pada pukul 3 petang. Namun disebabkan takut sesat, kami telah sampai di sana pukul 2.20 petang.

Apabila pengurus PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., Tuan Nazrul Samsudin masuk ke pejabat pukul 2.30 petang, kami terus dilayan seperti VIP yang bertandang ke rumah.

Hanya kami berdua tetamu pada petang itu. Tidak sangka kami menghabiskan masa selama hampir tiga jam di situ. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Jun 9, 2008 in Penulisan

 

Adab Pemakaian Jeans

Saya pernah menghadiri bermacam- macam program. Program ini tidak menentu, ia boleh berlaku pada bila- bila masa sahaja.

Kalau berlaku pada waktu malam, kenalah pergi. Kalau sesuatu isu itu terjadi pada hujung minggu, terpaksalah juga pergi.

Dan bagi seorang pencari berita, mereka juga tidak terlepas daripada mematuhi beberapa etika kod pemakaian. Imej pertama yang dilihat orang, itulah imej yang akan melekat di kepala mereka sampai bila- bila.

Saya pernah memakai seluar jeans dan pergi membuat liputan berita. Antara hadirin terhormat yang hadir pada ketika itu adalah Rektor UIAM dan beberapa individu berkepentingan dari Lembaga Zakat Selangor. Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di Jun 9, 2008 in Dari Kamar Office

 

Keretakan Hubungan Isi Dengan Kuku?

Tidak sangka, percutian saya bermula dan berakhir serentak dengan percutian budak- budak sekolah. Secara tidak langsung, saya bercuti bersama- sama adik- adik saya di rumah.

Kalau ada sebilangan kecil pelajar lelaki tidak mahu pulang ke rumah takut disuruh menjaga adik- adik, takut kena buat kerja rumah. Saya pula berasa sebaliknya.

Setiap kali apabila saya pulang ke rumah, kesemua adik- adik saya akan gembira. Bukan gembira sebab ingin menyambut kepulangan abang tetapi gembira sebab komputer riba saya sudah sampai ke rumah. Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di Jun 9, 2008 in Kisah Hidup