RSS

CGPA… Oh PGNK…

31 Okt

CGPA (Cumulative Grade Point Average) atau PGNK (Poin Gred Nilai Kumulatif) merupakan sistem keputusan pemarkahan yang digunapakai di semua institut pengajian tinggi, awam serta swasta.

Setiap kali apabila seorang pelajar baru sahaja menjejakkan kaki di kampus, maka beliau akan ditarbiyah oleh pihak pentadbiran akan pentingnya mendapat CGPA atau PGNK yang tinggi. Setiap semester, pasti pelajar- pelajar akan berusaha bersungguh- sungguh untuk mendapat atau mengekalkan CGPA/ PGNK yang tinggi.

PGNK/ CGPA yang baik ialah dari tangga 3.00 sehingga 4.00. Bagaimana pula nasib pelajar- pelajar yang mendapat PGNK/ CGPA di bawah 3.00? Ada sesetengah pelajar tidak berani memberitahu keputusan sebenar kerana malu dengan kawan- kawan.

Malah, ada juga pelajar berasa gusar untuk meminta kerja kerana PGNK/ CGPA mereka berada di tahap sederhana sahaja. Seperti kebiasaan, syarikat- syarikat besar hanya berminat untuk mengambil pelajar- pelajar yang mendapat keputusan yang baik sahaja tanpa mengambil kira nilai serta sikap bakal pekerja mereka.

Isu CGPA/ PGNK ini sememangnya penting tetapi masih ramai orang tidak mengerti kesan CGPA/ PGNK selepas tamat pengajian. Saya harap artikel ini dapat melegakan hati pelajar- pelajar yang mempunyai CGPA/ PGNK pada taraf sederhana.

Seandainya saudara ingin bekerja di dunia pendidikan, ya, CGPA/ PGNK sememangnya penting. Malah, CGPA/ PGNK itu meletakkan apakah aras tangga gaji saudara. Untuk melanjutkan pengajian pasca ijazah, CGPA/ PGNK menjadi titik penentu sama ada saudara layak atau tidak.

Di sesetengah organisasi, kadang- kadang keputusan CGPA saudara tidak dilihat langsung. Asalkan saudara mampu menyumbang kepada syarikat, InsyaAllah syarikat tersebut akan mengambil saudara bekerja.

Ibu saudara saya yang bekerja di bahagian Sumber Manusia, berpengalaman “menemuramah” mereka yang ingin meminta pekerjaan di sebuah syarikat swasta menyatakan, “Memang kami melihat CGPA/ PGNK student tu before dia bekerja. Tapi kami lihat sekali imbas sahaja. Yang kami mahu orang yang boleh bekerja bukan orang yang excel tapi tak boleh buat kerja.”

Berapa ramai graduan yang pandai- pandai di luar sana tetapi masih lagi menganggur ataupun tidak menemui pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan mereka? Jumlahnya terlalu ramai.

Tengku Farith Rithauddeen, CEO syarikat IT, Skali.com menceritakan pengalaman beliau bekerjasama dengan mereka yang mempunyai rekod cemerlang tetapi hancur daripada aspek pembangunan kendiri di dalam buku beliau bertajuk “Skali Lagi”.

“Kami menjalinkan hubungan dengan sebuah syarikat milik bumiputera untuk menyelesaikan sebuah projek. CEO syarikat itu seorang lelaki yang mempunyai rekod cemerlang di dalam bidang IT, dibantu oleh seorang wanita bijak dan cantik yang juga teman wanita kepada CEO itu. Pengarah syarikat itu seorang lelaki, anak kepada seorang ahli politik terkenal.”

“Tetapi CEO itu seorang kaki perempuan. Oleh kerana sifat panas baran dan cemburu yang menebal, CEO ini cemburu melihat teman wanitanya dan Pengarah syarikat selalu keluar bagi membincangkan projek. Akhirnya, hubungan putus di tengah jalan dan wanita serta Pengarah itu dibuang kerja atas sebab- sebab yang tidak munasabah. Usahasama kami pun terdendala. Egonya menguasai diri dan di sebalik membina pasukan, dia sendiri telah memusnahkannya.”

Baru- baru ini, sebuah syarikat perbadanan kerajaan terkemuka di Malaysia mengubah polisi sedia ada. Daripada mengambil graduan- graduan yang memperoleh CGPA/ PGNK yang tinggi, mereka membuka tawaran kepada semua.

Apabila diselidik, rupa- rupanya syarikat tersebut serik kerana sesetengah orang yang disangka cemerlang dari segi akademik rupanya hanya indah luaran sahaja.

Apabila bekerja, masalah lain pula yang mereka timbulkan seperti kurang kemahiran, kerenah melampau, ketiadaan ciri- ciri seorang pemimpin, nilai- nilai kesopanan yang pudar dan pelbagai lagi masalah.

 
13 Komen

Posted by di Oktober 31, 2008 in Kisah Hidup, Motivasi

 

13 responses to “CGPA… Oh PGNK…

  1. hartini omar

    November 3, 2008 at 4:42 am

    Salam tuan penulis,

    Tidak semua pelajar dgn CGPA tinggi gagal dalam perlaksanaan di bidang kerjaya. Ada juga yang masih berhemah dan bersahsiah. Seharusnya lebih tinggi ilmu, lebih tinggi budi dan perilaku.. Cgpa bukan tiket kecemerlangan masa hadapan, tapi ia menjadi perisai keyakinan diri untuk menempuh hari depan..

    Terima kasih dan selamat menulis!

     
  2. lydiarayyan

    November 4, 2008 at 3:03 pm

    Setuju dengan Hartini…

    Don’t judge all graduates with those who came with good pointers but slacking…
    It all depends.. And of course.. Like Hartini commented.. You preparing a strong platform for you to stand on by struggling to get good pointer…Thus, for that… Obviously there are some good values to look at! Am I right?

     
  3. aliman

    November 5, 2008 at 3:27 pm

    Sekadar menambah komen

    1. Kajian mendapati mereka yang mempunyai kecemerlangan akademik yang tinggi tidak semua menjawat jawatan kepimpinan korporat kerana kemampuan akademiknya menyediakan mereka menjadi pekerja bukannya pemimpin.

    2. Kajian mendapati bilionaire dan jutawan di dunia terdiri daripada mereka yang mempunyai akademik yang sederhana dan menggajikan orang-orang pandai bagi mengayakan pemilik bertaraf akademik sederhana.

    3. Di US, CGPA bukan soalan utama mendapat kerja, mereka akan meminta anda pengalaman kerja yang berkait rapat dengan jawatan yang dimohon. Kerja part time dan projek sendiri adalah contoh track record yang dilihat. Tetapi hanya kerja part time dan projek sendiri yang relevan.

    ZAMRI MOHAMAD
    http://www.zamrimohamad.com

     
  4. TengkuAisha

    November 6, 2008 at 6:35 am

    Hmm… as an educator, I think I have to put my comments here. I am with Rayyan and Hartini, in saying that it is prejudicial if you indicate that a student with high CGPA will not perform at the workplace. CGPA indicates your level of academic performance and how much effort you put into your scholastic studies. Obviously, those who have good CGPA take their studies seriously, and this would indicate some strength of character. After all, you would not want to hire someone who slacks off at the workplace right? Having said that, yes, I also agree with you that it depends on what type of job you are looking into. In the education line, it is the most important yard stick to see if you are a suitable candidate or not, and will determine your qualification in post graduate studies. But don’t worry if you have a moderate CGPA; I’ve been rejected in job interview because my CGPA was too high! Just make sure you maintain a respectable CGPA. 🙂 Best of luck for final exams!

     
  5. aliman

    November 6, 2008 at 7:21 am

    Saya bersetuju dengan pandangan Tengku Aishah!

    Oh, entri ini menarik buat gaduh-gaduh hahahah!

     
  6. writerdruid

    November 6, 2008 at 7:42 am

    Memang khas untuk buat orang gaduh. Biar naik rating, ahahaha!

     
  7. Sean Dexter

    November 7, 2008 at 10:40 am

    Saudara, saya merasa lega bagai “melepaskan hajat yang sungguh besar’ selepas membaca blog saudara ni. Saya akui bahawa CGPA adalah salah satu faktor untuk diterima bekerja. Secara kritikal, mengapa perlu risau untuk makan gaji sedangkan anda mempunyai bakat dan kepandaian yang mampu di jadikan modal untuk menjadi SELF EMPLOYED-sendiri bos, sendiri kuli… Saya juga sependapat dengan Aliman. Siapa tahu berapa CGPA mendiang Tan Sri Lom Goh Tong? Confirm tidak tahu sebab DIA TIADA PELAJARAN TAPI DIA LEBIH PANDAI MEREBUT PELUANG dan MEMBUKA PELUANG pekerjaan pada mereka yang berkenaan.

    Kalau boleh, saya ingin cabar mereka yang gemar perlekeh golongan CGPA tak tinggi ini di gelanggang pekerjaan…Adakah budak2 CGPA yang tinggi ini faham dan mampu survive dalam SEPAK TERAJANG dunia karier? Adakah budak2 CGPA yang tinggi ni tahu apa yang majikan dan rakan sekerja harapkan sekiranya mereka di ambil bekerja?

    Saya berharap dan juga berdoa supaya kita yang masih belajar takkan di lempar dengan perkataan “Belajar tinggi-tinggi dekat kampus, tapi buat keje pun tak reti”…

     
  8. aliman

    November 7, 2008 at 8:51 pm

    Sean Dexter,

    Tadi saya berbincang dengan sahabat saya berkenaan entri ini. Ada satu kenyataan yang saya sendiri tak ambil kisah dan terlupa.

    Pernah atau tidak mana-mana ibu bapa kata begini,

    “Belajar rajin-rajin, dapat keputusan baik dan dapat kerja elok.”

    Selalu benarkan?

    “Belajar rajin-rajin, dapat keputusan baik dan dapat buka bisnes.”

    Jarang benarkan?

    Kerana itu orang bisnes CGPA nya sudah layak dikategori ‘layak ditertawakan’ tapi isi poketnya ‘layak dipelajari’

    Nota: Pemikir kreatif juga terdiri daripada mereka yang bukannya cemerlang dan Dean List, Prof Diraja Engku Aziz hanya gred 2 ketika SPM.

    Yang penting, kecemerlangan datang daripada kefahaman kita dalam Kreativiti dalam tindakan.

    Sekali lagi saya tekankan, yang CGPA tinggi mahupun so-so kedua-duanya penting untuk pembangunan negara.

    ZAMRI MOHAMAD
    http://www.motivasimindamu.blogspot.com

     
  9. sekilas

    Disember 8, 2008 at 11:29 am

    saya suka membaca entri ini…

    saya ingin berkongsi kisah mengenai seorang teman…
    teman saya ini seorang yang sangat kreatif, bijak dan hasil kerjanya dipuji ramai serta diiktiraf oleh pihak tertentu sebagai seorang editor video yang bagus.
    mempunyai companynya sendiri hasil usaha bersama bapanya.
    memang membanggakan keluarga kerana sejak usia 15 tahun sudah berjinak di dalam bisnes dan sekarang usianya 23 tahun sudah bergelar majikan kepada pekerja-pekerjanya. itu tuahnya bersama bapanya yang memang datang dari bidang tersebut serta dianugerahkan kreativiti yang baik dan otak yang bijak.
    tetapi sayangnya…teman saya ini seorang yang sangat ego. tidak mahu orang lain lebih bagus daripadanya, berlagak umpamanya hanya dia seorang yang bijak dalam sesuatu bidang tersebut sehinggakan tidak boleh orang lain memberi tunjuk ajar padanya. sering membawa masalah di dalam syarikatnya dari segi disiplin (menangguhkan kerja, dateline lambat dan sbgnya), membawa masalah juga di dalam keluarga (ingin segala kemahuan dipenuhi – duit terutamanya..hal-hal dengan teman wanitanya), sikapnya yang kurang ajar kepada kedua orang tuanya dan orang lain (pekerja-pekerjanya)…

    sebenarnya dia seorang yang baik hati tetapi mempunyai sikap seperti ini…
    saya tidak tahu kemanakah hilangnya akal fikirannya yang bijak? puas saya fikirkan..adakah kerana silap didikan dari keluarga?

     
  10. naim

    Februari 3, 2009 at 6:11 am

    saya kerja dgn SKALI.
    dan saya mahu ketawa untuk komen anda ini.

    izinkan saya ketawa. Sepuas hati!

     
  11. Mohd Firdaus Bin Omar

    Februari 11, 2009 at 5:33 pm

    Saya baru abes blaja kt puo…dip in electronic computer(programming)…dan skang sy maseh mencari-cari kerja dan di mase yg same sy wat keje sendiri servis komputer org..sy cas rm20 je utk format komputer…sy ade skit pengetahuan psl mySQL,PHP utk wat website…sy blaja sendiri care gunakan adobe dreamveawer…di puo sy lebih kpd integrated circuit design gne L-Edit software,design PCB Layout gne Eagle-Cad software,PLC Programming utk kawal mesin dan create animation using Adobe Flash 8…tp pointer sy mmg x tinggi…sy mengaku sy blaja secara biase aje..sy x study hard smpai x tdo mlm..tp akhirnya sy dpat CGPA 2.57…SY BERMINAT UTK BEKERJA di SKALI…adakah sy perlu join SPIKE program selama 3bln…atau sy boleh terus diambil bekerja oleh SKALI…memandangkn background sy masih dlm bidang IT juga…minta tolong sape2 yg berkenaan utk membantu sy…emel sy epy_animeworld@yahoo.com tima kaseh ek..

     
  12. Ahmad Rifaei

    Mei 15, 2011 at 3:17 am

    PERINGATAN

    Bagi mereka yang memiliki email yang ejaan yang tidak serius/suka2, seperti “rio_misterio@yahoo.com” atau “sakura_gaia86@gmail.com”, saya nasihatkan TUKAR EMAIL ANDA dengan segera jika ingin memohon untuk mendapatkan kerja.

    Kita dalam dunia yang penuh cabaran dan pengambilan pekerja perlu saingan yang tinggi. Jadi, ubahlah email anda kepada email yang LEBIH SENONOH, misalnya nama sendiri, contoh :

    “zulkifli86@yahoo.com” atau “nurul_hida@gmail”

    Sekarang bukan masanya untuk main2, khususnya sudah tamat pengajian. You need to WAKE UP and know the high and low of the sky (langit tinggi rendah!).

     

Tinggalkan Jawapan kepada Ahmad Rifaei Batal balasan